Saturday, November 29, 2014

Telus perlu jadi asas utama penstrukturan semula MAS

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata, prinsip ketelusan harus menjadi asas utama dalam penstrukturan semula Malaysia Airlines System (MAS) bagi memastikan ia mampu menamatkan kerugian.

Kelmarin, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Malaysia Airlines System Berhad (Pentadbiran) 2014 bagi melaksanakan penstrukturan semula syarikat itu.
RUU itu antaranya memberi kuasa meluas kepada pentadbiran baru atau ‘NewCo’ yang akan menggantikan MAS.
Mengulas isu itu kata beliau, kerajaan antaranya perlu membentangkan terma penstrukturan kewangannya kepada rakyat.
“Oleh kerana kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar mengatakan suntikan kewangan RM6 bilion dari kerajaan bukan ‘bail out’, namun terma penstrukturan kewangannya perlu dibentangkan.
“Contohnya pembayaran MAS kepada tiga syarikat; Assets Global Network Sdn Bhd, Penerbangan Malaysia Berhad dan Turus Pesawat Sdn Bhd yang berperanan membeli aset (kapal terbang dan bangunan) dan menyewanya kembali kepada MAS,” katanya dipetik Roketkini.
Ketiga-tiga syarikat itu menanggung hutang terkumpul berjumlah RM12.1 bilion yang dijamin kerajaan.
“Sebarang perubahan pembayaran oleh ‘NewCo’ akan memberi kesan kepada kewangan kerajaan, maka kerajaan perlu telus dan memaklumkan terma itu kepada rakyat,” katanya.
Selain itu, ujar beliau lagi, pentadbiran baru juga perlu memastikan rundingan semula terhadap kontrak sebelumnya diadakan dengan adil dan saksama.

Batu api dah biasa dalam Umno - Najib

KUALA LUMPUR: "Jadi batu api sikit-sikit tak apa, dah biasa dalam Umno," ujar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada perhimpunan agung parti itu di PWTC, petang tadi.
Beliau menyatakan demikian mengenai Akta Hasutan yang dikekalkan.
Katanya, akta itu ditokok tambah dan akan dibawa ke persidangan Parlimen akan datang.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Peguam Negara supaya mempunyai kuasa pendakwaan.
"Kita minta ketegasan daripada Peguam Negara, polis buat siasatan rapi, SKMM buat siasatan sewajar supaya kita bagi isyarat jelas, tiada siapa harus takut dan bimbang kalau tidak melanggar undang-undang negara kita," ujarnya.
Justeru, katanya tiada sesiapapun harus takut dengan akta itu jika tidak mengapi-apikan dan menghasut orang. - HARAKAHDAILY 29/11/2014

Khalid sedia disiasat Selcat isu pampasan RM2.3 juta

PELABUHAN KLANG: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembayaran pampasan kepada pegawai-pegawainya semasa beliau menjadi menteri besar Selangor dilakukan dengan mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor.

Beliau berkata pembayaran berjumlah RM2.3 juta kepada lapan pegawai kontrak MBI dilakukan mengikut skim pemisahan sukarela selepas pertukaran menteri besar.

"Pembayaran dilakukan secara telus dan profesional serta berhemah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program 'jamuan rakyat' di sebuah masjid dekat Telok Gong di sini, hari ini.

Pembayaran itu, yang disifatkan oleh beberapa pihak sebagai tidak munasabah, dilakukan pada akhir tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebagai menteri besar sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih pada 23 Sept.

Dalam hubungan ini, Abdul Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri bagi Pelabuhan Klang berkata beliau sedia disiasat oleh Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) berhubung isu pembayaran pampasan, jika perlu. 

'Kami telah tiada waktu itu, jagalah perjuangan ini'

KUALA KANGSAR: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff meminta kepimpinan muda menjaga PAS dengan baik agar parti itu terus mantap pada masa hadapan.
Beliau turut berharap agar kepimpinan muda yang akan menerajui PAS dalam tempoh 63 tahun akan datang menghayati pengorbanan kepimpinan terdahulu yang membawa parti ke tahap sekarang.
"Kepada pimpinan muda serta anak muda yang ada sekarang di dalam PAS, saya menyeru agar mereka menjaga parti ini dengan baik.
"Pengorbanan pimpinan terdahulu sangat besar untuk mereka bawa PAS sehingga tahap sekarang, ini yang sepatutnya pimpinan muda hargai," katanya ketika ditemui pada Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di sini, hari ini.
‎Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut berpesan agar anak muda beristiqamah meneruskan perjuangan dan menghadapi cabaran dengan penuh kesabaran.

"‎Remaja yang lahir hari ini, untuk 63 tahun akan datang akan jadi pemimpin dan kami semua telah tiada pada waktu itu.
"Jagalah perjuangan ini sebab perjuangan yang dibina sebelum ini penuh dengan cabaran, bukan setakat keringat tetapi turut disulami air mata dan ada yang terkorban dalam menegakkan perjuangan Islam," sambung beliau.
Beliau juga berharap agar pemimpin akan datang mengambil pengalaman mereka sebelum ini sebagai panduan untuk memelihara PAS pada masa hadapan. - HARAKAHDAILY 29/11/2014

Mampukah Umno pertahan kampung warisan?

BANDAR JENGKA: Akhirnya nasib, keluhan dan suara hati penduduk Matau di sini diserahkan melalui memorandum kepada pemimpin Umno pada perhimpunan agung parti itu pada Jumaat lalu melalui Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis). (Foto atas oleh Nasir Sudin)
Memorandum berkenaan antara lain meminta pemimpin-pemimpin parti pemerintah turut mempertahankan tanah warisan yang telah diteroka sejak berpuluh-puluh tahun lalu, daripada terlepas kepada kaum kapitalis terutama bukan Melayu.

Memorandum tersebut dirasakan tepat pada masanya di saat terdapat beberapa kerat perwakilan Umno yang begitu lantang mahukan kerajaan dan Umno sendiri mempertahankan tanah milik Melayu daripada terlepas ke tangan bangsa lain.

Seperti perjuangan mempertahankan Kampung Banggol Donas di Terengganu dan Kampung Chubadak di Kuala Lumpur, Matau yang kini dalam proses dimangsakan atas nama pembangunan juga turut menuntut perhatian pemimpin Umno.

Mengikut catatan sejarah, Matau ialah penempatan awal di kawasan Felda terbesar itu dan mula diduduki pada tahun 1969 oleh pekerja-pekerja sebuah syarikat pembalakan dari Kanada yang beroperasi di situ. Selain daripada itu ada juga penghijrah-penghijrah berbangsa Melayu dari luar Pahang yang membuka tanah di situ.

Ketika Bandar Pusat Jengka dibangunkan sekitar 1980-an di kawasan Jengka Tiga Segi merangkumi tiga daerah iaitu Maran, Temerloh dan Jerantut, penduduk Matau sudah pun bermastautin dan mengusahakan pelbagai aktiviti perniagaan.

Bermula pada tahun 1986 penempatan di Matau telah diiktiraf oleh Majlis Daerah Maran (MDM) dan penduduk telah dikenakan bayaran TOL (cukai pendudukan tanah sementara). Bagaimana pun pada tahun 2000 ketika penduduk ingin menjelaskan bayaran tol seperti biasa, tiba-tiba tidak diterima oleh MDM tanpa sebarang penjelasan. Pada tahun 2003 pula MDM mengisytiharkan kawasan Matau sebagai milik MDM.

Permasalahan penduduk Matau yang tidak mendapat geran tanah dan ketiadaan bekalan air paip telah lama diperjuangkan mereka dan mendapat perhatian pemimpin politik terutama dari Umno sehingga sering kali berjanji untuk menyelesaikan permasalahan penduduk setiap kali pilihan raya.

Terdapat hampir 600 penduduk Matau dengan seratus peratus Melayu daripada 101 buah rumah termasuk 33 premis kedai di kawasan seluas 27 ekar itu.

Akhirnya MDM telah mengeluarkan notis arahan kepada penduduk supaya mengosongkan premis dan tapak di kawasan tersebut. Alasannya MDM telah menandatangani satu perjanjian dengan pemaju Mentiga Corporation Bhd.

Bagi penduduk, mereka tidak boleh menerima apapun alasan untuk pembangunan berkenaan kerana di pekan Sungai Jerik, iaitu juga dalam daerah Maran, diizinkan pula peneroka awal bukan Melayu meneruskan perniagaan mereka. Begitu juga dengan Gambang dan Sri Jaya.

Perkembangan terkini menyaksikan sudah banyak premis dirobohkan dan tanah diratakan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan tersebut.

Difahamkan pemaju akan membina lot kedai bangunan tiga tingkat dengan harga menjangkau setengah juta ringgit setiap unit.

Penduduk telahpun membawa kes berkenaan di mahkamah namun rayuan mereka untuk terus kekal menetap di situ telah ditolak.

“Kita mungkin tidak dapat lagi untuk mengembalikan tanah Matau kepada penduduknya, akan tetapi kita mahukan keadilan kepada mangsa-mangsa terutamanya peniaga,” kata salah seorang pejuang tanah Matau Mohd Syafie Mohd Isa.

“Apa yang dapat kita perjuangkan sekarang ialah menuntut kerajaan negeri memberikan pampasan setimpal yang sesuai dengan mereka.

“Umpamanya mereka perlu diberi tapak gantian yang sesuai sesuai kepada pengusaha-pengusaha kilang keropok, kilang sos, bengkel motosikal, tapak pasar mini, kedai runcit, kedai tayar, hardware dan lain-lain agar mereka dapat meneruskan perniagaan mereka seperti sedia kala.

“Mereka tidak minta jutaan ringgit sebagai tekanan atau pampasan tetapi yang mereka minta ialah tempat berteduh dan premis atau tapak yang sesuai untuk mereka meneruskan perniagaan,” katanya.

Menurut Syafie, pada masa ini perniagaan penduduk Matau terpaksa ditutup sedangkan mereka dapat menyaksikan tanah milik mereka sedang diagihkan kepada bangsa lain di atas nama pembangunan.

“Dengan itu kita minta siapa saja terutama wakil rakyat agar berbuat sesuatu demi sedikit keadilan untuk penduduk yang teraniaya ini,” keluhnya.

Tambahnya, sudah tiga generasi penduduk bermukim di situ dan setiap kali menjelang kali pilihan raya mereka dijanjikan dengan penyelesaian yang menang-menang. Namun pada hakikatnya, janji tidak pernah ditepati. - HARAKAHDAILY 30/11/2014

35,000 Rumah Selangorku sebelum 2018 realistik - Exco

KUALA LUMPUR: Jumlah 15,000 unit Rumah Mampu Milik atau Rumah Selangorku yang diumumkan oleh Menteri Besar semasa Ucapan Belanjawan adalah sasaran di bawah insentif yang diumumkan dan mesti dibina pada tahun 2015.
"Walau bagaimanapun seperti yang saya telah umumkan pada hari pertama sidang kali ini bahawa terdapat 15,529 unit Rumah Selangor yang sama ada telah dibina, sedang dibina atau telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)," ujar Iskandar Abdul Samad.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan negeri itu berkata sebanyak 5,473 unit dibina oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri dan 9,786 unit oleh pemaju swasta.
Selain dari itu, ujarnya kerajaan negeri terus menerima permohonan dari pemaju-pemaju untuk membina Rumah Selangorku.
"Malah jawapan saya pada hari pertama sidang dewan tidak melibatkan projek-projek yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada minggu lepas. Ia merangkumi 4,346 unit Rumah Selangorku," katanya lagi.
Ini, jelas beliau bermakna bilangan keseluruhan Rumah Selangorku yang diluluskan setakat ini adalah 19,865 unit.
Oleh yang demikian, katanya sasaran agar 35,000 unit mula dibina sebelum tahun 2018 adalah sesuatu sasaran yang realistik.
Walau bagaimanapun, tambah beliau perlu ada pemantauan agar projek-projek yang diluluskan oleh MMKN mendapat kebenaran merancang (KM) secepat mungkin.
"Untuk memastikan ini berlaku, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku yang dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar sendiri," katanya.
Beliau menambah, ianya bertindak untuk membincangkan projek-projek Rumah Selangorku sebelum memasuki unit pusat setempat (OSC) di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
Jelas Iskandar, PBT dan agensi-agensi yang terlibat akan dipanggil supaya apabila projek itu memasuki OSC, ia tidak mempunyai masalah untuk diluluskan.
Kerajaan negeri juga, kata beliau akan menghukum pemaju-pemaju yang mendapat kelulusan MMKN untuk membina Rumah Selangorku tetapi gagal membuat permohonan KM.
Tambahnya, tindakan menyenarai hitam (blacklist) akan dilaksanakan untuk pemaju-pemaju yang gagal. - HARAKAHDAILY 30/11/2014

'Kecewa jika miliki aset maju tetapi tidak boleh diguna'

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang secukupnya bagi penyeliaan dan penyelenggaraan peralatan ketenteraan.
Baginda bertitah bagi menghadapi musuh-musuh yang mengancam negara, peralatan dan persenjataan sedia ada mestilah diselia dengan baik dan sempurna supaya dapat digunakan pada bila-bila masa.
"Adalah amat mengecewakan jika memiliki aset yang maju dan canggih tetapi tidak boleh digunakan dan disimpan di dalam stor atau gudang kerana tidak mempunyai alat ganti disebabkan kekurangan kewangan," titah baginda yang juga Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Baginda bertitah demikian pada majlis Santapan Diraja Kapten Yang Dipertua TLDM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Istana Alam Shah di Istana Alam Shah, Klang, Sabtu malam.
Hadir sama Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Datuk Seri Roslan Saad, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kira-kira 800 pegawai TLDM, TUDM dan PDRM.
Selain itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga meminta semua peringkat pasukan keselamatan negara supaya berkhidmat dengan penuh jujur dan ikhlas serta mengutamakan kualiti kerja yang cemerlang.
"Gejala rasuah, salah guna kuasa dan mengutamakan kepentingan peribadi hendaklah dielakkan," titah baginda.
Baginda memuji langkah kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan meminta ia diperluaskan dari semasa ke semasa.
Baginda menyeru rakyat supaya memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan agar matlamat untuk mengekalkan keamanan di negara ini dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya. 

63 tahun, istiqamah perkuatkan parti - Presiden PAS

KUALA KANGSAR: ‎Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan semua pemimpin dan ahli parti wajib beristiqamah dalam memperkuatkan parti.
Berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 beliau berkata‎ dalam usia 63 tahun, setiap ahli perlu kesepakatan dalam membentuk parti.
"Walaupun ramai yang telah meninggalkan kita termasuk mereka yang berjawatan tetapi semakin ramai yang menyertai kita.
"Kita wajib beristiqamah dalam membawa parti kita yang telah berusia 63 tahun ini agar lebih teguh," ucap beliau.
Ahli Parlimen Marang itu turut berkata, PAS ditubuhkan dengan tujuan membawa politik mengikut ajaran Islam.
"Kita memilih jalan damai untuk perjuangan sebab itu demokrasi menjadi keutamaan kita.
"Namun dalam masa kita menebarkan perjuangan yang betul, muncul kumpulan yang rakus menentang Islam.
"Jadi untuk mendirikan negara Islam dan menentang kerakusan tersebut kita perlu mempunyai asas yang teguh dan kuat," ujar beliau.
Mengulas tema sambutan 'Istiqamah Menggalas Perjuangan' beliau menasihatkan setiap ahli agar perlu bersabar kerana kemenangan belum diperolehi sepenuhnya.
Katanya, walaupun belum mencapai kejayaan tetapi perjuangan Islam akan tetap menemui kemenangan.
Beliau turut melancarkan kad keahlian PAS yang baru dengan wajah baru yang mempunyai gambar ahli.‎
Sebelum itu, beliau tiba di tapak program kira-kira jam 9 pagi turut memeriksa‎ perbarisan Jabatan Amal Malaysia, Pemuda dan Briged Muslimat. - HARAKAHDAILY 30/11/2014



Friday, November 28, 2014

Siasat segera fitnah jahat Dr Mashitah.!!

DAP hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah jahat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim, kononnya masyarakat Cina di Kedah membakar Al- Quran. Laporan dibuat di balai polis Tun HS Lee, Jalan Stadium pagi tadi oleh Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto dan Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP Dyana Sofya. Teo berkata, kenyataan Mashitah tersebut sangat tidak bertanggungjawab dan cuba menimbulkan permusuhan antara masyarakat Islam dan bukan Islam. “Mashitah sangat tidak bertanggungjawab untuk mengatakan seolah-olah orang bukan Islam, terutama masyarakat Cina di Kedah menghina Islam. “Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kenyataan seperti itu dan harap polis akan siasat dengan segera,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan. Menurut laporan Malaysiakini semalam, Mashitah yang juga perwakilan Wanita Umno Kedah membuat fitnah itu ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno semalam. Ketua bahagian Umno baling itu dilaporkan berkata itu berkata diberitahu bahawa terdapat dakwaan bukan Islam di sebuah negeri di utara membakar helaian al-Quran pada waktu sembahyang. “Rasa tercabar atau tidak? Rasa sensitif atau tak? Rasa sedih atau tak??” katanya seperti dipetik ketika berucap kepada para perwakilan ketika membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial sempena perhimpunan agung Wanita Umno di PWTC semalam. Namun setakat ini, hanya satu insiden seumpama itu yang dilaporkan berlaku, iaitu pada 20 November lalu yang membabitkan seorang lelaki Melayu kurang siuman yang mendapat rawatan di Wad Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar. “Malah jika benar ada orang Cina yang bakar Al-Quran, ia adalah tindakan peribadi dan bukan minoriti. Saya juga pasti semua orang bukan Islam turut mengecamnya,” kata Ahli Parlimen Kulai itu lagi. Dalam pada itu, Kasthuri menggesa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak agar menambil tindakan, memandangkan ia dibuat ketika perhimpunan agung parti itu. “Setiap kali PAUperhimpunan agung Umno, ia jadi medan menghemtam kaum lain. Sedangkan banyak isu nasional boleh dibincangkan seperti keganasan rumah tangga dan pemerdagangan wanita. “Najib perlu bertanggungjawab kerana ini berlaku di bawah pemerhatiannya. Berdiam diri bermaksud beliau menyokongnya,” katanya lagi. Dyana Sofya yang trut hadir ke balai polis berkata tiada sebab untuk Mashitah cuba menggunakan fitnah itu untuk menimbulkan permusuhan. Ini kerana Mashitah melakukan provokasi dengan bertanya sama ada perwakilan Umno ‘merasa tercabar’ dengan tindakan itu. “Walhal Ketua Polis Kedah sendiri menggesa agar insiden bakar Quran (oleh lelaki kurang siuman itu) tidak dibesar-besarkan.sehingga timbul salah faham,” katanya lagi.

RUM tidak berpuas hati dengan penyelesaian isu piket

KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) masih tidak berpuas hati dengan penyelesaian isu pemecatan 97 anggota kesatuan itu kerana menyertai piket pada 9 Mei lepas.
Presidennya Abdul Razak Md Hassan mendakwa memorandum persetujuan, yang ditandatangani anggota kesatuan itu pada Rabu lepas, adalah berat sebelah dan tidak serupa dengan draf yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia.
"Memorandum itu berpihak kepada satu pihak dan bukannya yang memanfaatkan kedua-dua pihak seperti yang diminta oleh Kementerian Sumber Manusia.
"Bagaimanapun, saya sebagai presiden, meminta semua anggota untuk tanda tangan perjanjian itu supaya dipulihkan ke jawatan mereka dengan segera, walapun saya tidak menandatangani perjanjian itu untuk menegakkan keadilan kepada anggota kesatuan," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.
Abdul Razak berkata beliau juga tidak berpuas hati kerana kandungan memorandum itu mendesak beliau memohon maaf kepada Presiden KTMB Datuk Elias Kadir setiap hari berturut-turut selama tiga bulan di laman Facebook dan blog rasmi RUM.
"Saya anggap ia tidak masuk akal," katanya.
Kesemua kakitangan itu dipulihkan ke jawatan masing-masing selepas menandatangani memorandum persetujuan yang diadakan secara tertutup dan disaksikan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.
Sementara itu, Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad ketika dihubungi Bernama, enggan mengulas mengenai kandungan memorandum itu.
Namun, katanya beliau gembira kerana pekerja dapat dipulihkan ke perkhidmatan mereka.
"Keutamaan saya ialah pekerja yang dibuang dapat kembali ke jawatan mereka dengan segera. Sebagai pengerusi saya gembira isu ini diselesaikan atas dasar kemanusiaan," katanya.

Mahfuz cabar Mukhriz dedah kontraktor projek lanskap

ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir agar memaklumkan kepada orang ramai kontraktor yang dilantik untuk projek lanskap di kediaman rasminya di Seri Mentaloon.
Menurut Mahfuz, projek pengubahsuaian lanskap di Seri Mentaloon itu menelan belanja sehingga RM2.9 juta.
"Kita minta Mukhriz mendedahkan siapakah yang tender penanaman pokok kurma dan royal itu dan mohon diperjelaskan adakah projek berkenaan dalam pengetahuan UPEN dan adakah ianya melalui JKR?
"Saya minta dia jelasnya kepada umum dalam tempoh seminggu.Selain itu saya minta dia maklumkan juga berapa belanja penanaman sebatang pokok kurma dan royal palm sehingga peruntukan RM2.9 juta dibelanjakan," kata beliau kpeada pemberita dalam sidang media, semalam.
Menurutnya lagi, kebanyakan pokok kurma dan royal palm yang ditanam di Malaysia diimpot dari Thailand dan dalam pengetahuannya, kos sebatang pokok kurma sehingga selesai urusan hanya RM1000 dan royal palm antara RM500 hingga RM600 sahaja.
Justeru beliau meohon supaya Mukhriz bersikap telus memaklumkan hal demikian kerana jumlah peruntukan yang besar itu tidak munasabah sama sekali serta tidak berpadanan dengan jumlah pokok yang ditanam di kediamaan rasminya itu.
"Saya dimaklumkan dalam tempoh empat tahun kurma itu dijangka mengeluarkan buah dan kononnya dapat menampung keperluan orang ramai menjelang bulan Ramadan. Tapi belum tentu ianya berbuah dan mengeluarkan hasil sedangkan jumlah yang dikeluarkan terlalu tinggi serta tidak senilai dengan keperluan yang dikatakan.
"Rakyat Kedah bukan mengharapkan kurma dari Seri Mentaloon, setiap tahun mereka boleh beli di Pekan Rabu tapi rakyat memerlukan kebajikan yang lain dan jangan sewenang-wenangnya menggunakan duit rakyat pada perkara yang tidak terlalu diperlukan oleh rakyat," tambahnya lagi.
Sehubungan itu, beliau merasa amat kesal akan sikap Mukhriz yang cuba berselindung perkara sedemikian dan sebaliknya mencanang projek pengubahsuaian Seri mentaloon diberikan kepada 'abang Ahli Parlimen Pokok Sena' seperti yang didedahkan semasa penggulungan perbahasan bajet Kedah 2015 minggu lalu.
"Perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan saya kerana projek berkenaan diberi kepada abangnya melalui tender yang dikeluarkan oleh JKR.
"Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat sokongan agar abang saya memperolehi tender berkenaan, tetapi yang dipertikaikan ialah apakah keperluan rumah itu di ubahsuai sedangkan perkara yang sama telah dibuat semasa pemerintahan Pakatan Rakyat dulu.
"Tahun 2011, rumah tu sudah di baikpulih untuk dijadikan istana tetamu menyambut Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Brunei. Apakah tak cukup lagikah segala kelengkapan yang diubahsuai?" soal Mahfuz.
Mukhriz juga dibidas kerana berbohong di dalam Sidang Dun tersebut ini dengan mengatakan kedua-dua projek berkenaan diberi kepada abang beliau sedangkan menurut Mahfuz kedua-dua tender berkenaan diberi kepada kontraktor yang berbeza.
"Saya minta dia jawab. Kalau dia tak jawab, saya akan maklumkan. Saya tahu siapa kontraktor tanam pokok kurma dan royal palm tu. Tapi saya nak dia jawab dulu," ujarnya.
Harakahdaily dimaklumkan bahawa kos pengubahsuaian di Seri Mentaloon membabitkan kos RM4.3 juta iaitu rumah kediaman sebanyak RM1.4 juta dan bahagian lanskap sebanyak RM2.9 juta.
Dalam sidang media yang sama, Mahfuz yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat, mengharapkan Kerajaan Kedah mengikuti langkah Selangor yang memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk Adun Pembangkang walaupun disifatkan sebagai satu penghinaan kepada mereka.
"Sebenarnya, Pakatan Rakyat Kedah juga mempunyai perancangan, andainya diberi mandat oleh rakyat sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, akan memberi peruntukan kepada Adun Pembangkang untuk membantu menyelesaikan urusan-urusan berkaitan kebajikan rakyat. Jadi saya harap kerajaan sekarang bolehla meniru macam apa yang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor buat," tambah beliau.
Terdahulu, Mahfuz telah menyempurnakan Program Santuni Denyutan Rakyat (Sedara) di Gelanggang Bola Keranjang, Taman Lam sun, Telok Wan Jah di sini.
Hadir sama dalam program tersebut Adun Derga, Tan Kok Yew dan Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim.- HARAKAHDAILY 29/11/2014

Perhimpunan Umno: 'Setakat habiskan karipap saja bang'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Aspan Alias menceritakan mengenai seorang perwakilan Umno pada bahawa Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung di PWTC hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja.
Beliau menerusi tulisan dalam blognya bertanya kepada salah seorang perwakilan perhimpunan itu tentang hasil perhimpunan yang begitu mendapat liputan meluas itu.
Tulisnya, perwakilan itu menjawab, “tak ada apa-apa, setakat menghabiskan karipap sajalah bang! Rasanya sudah malas hendak bergiat lagi sebabnya ia hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja..dibawanya kita di bawah ni bersorak dan bertepuk sahaja”.
Tulisan penuh beliau seperti di bawah.
Apakah hasil Perhimpunan Agung UMNO 2014 perolehi? Jawapannya semua tahu. UMNO tetap sama…sama keadaannya seperti sebelum Perhimpunan Agung itu. Kalau ada pun hasilnya ia tidak begitu diminati oleh rakyat yang tidak suka dan gemar dengan Akta Hasutan 1948 di kekalkan. Ya, itu sahaja perbezaan diantara sebelum dan selepas Perhimpunan Agung itu.
Selain dari itu UMNO tetap UMNO sebelum perhimpunan agung dahulu. Ia masih memainkan isu yang boleh menyatukan ahli-ahli UMNO walaupun buat seketika walau seburuk mana pun isunya. Selepas perhimpunan perwakilan yang tidak tahu isu sebenar yang dihadapi oleh UMNO akan balik kampung dan seperti yang saya sebut beberapa hari lepas, ‘business as usual’.
Tidak ramai di antara perwakilan itu balik ke kawasan masing-masing dengan memahami kenapa mereka mewakili UMNO kawasan mereka ke Perhimpunan Agung itu dan apakah yang mereka perolehi yang baik dari perhimpunan tahunan itu. Cuba kita tanya mereka apa yang mereka sumbangkan dalam perhimpunan itu selain dari membaham karipap yang disediakan oleh urusetia pusat UMNO itu?
Perhimpunan seperti itu pada asasnya ialah bermatlamatkan untuk melihat apakah perbezaan yang manambah kebaikan kepada parti itu, dengan perwakilan dan pemimpin yang berbaris duduk di atas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu lakukan.
UMNO yang sepatutnya menumpukan untuk menambah keyakinan terhadap kepimpinan yang sedang menghadapi krisis keyakinan yang amat kritis itu. Isu ekonomi tidak langsung disentuh oleh Presiden parti dalam ucapan dasar Presiden dan itu amat pelik sedangkan itulah masalah dan isu terbesar yang dihadapi oleh UMNO dan kepimpinan kita.
Isu rasuah tidak dapat dibangkitkan dengan baik dan tidak ada perwakilan yang mengupas itu itu dengan teliti sedangkan imej rasuah yang sedang melekat dan bergayut kepada kepimpinan negara yang kebanyakannya adalah dari UMNO tidak hilang-hilang lagi, malahan bertambah kuat lagi.
Yang membuat masalah kepada negara adalah kepimpinan UMNO yang duduk diatas ‘high table’ itu. Jika keadaannya sama maka UMNO tidak boleh berharap yang kejayaan mereka akan pasti dalam pilihanraya yang akan datang, kerana rakyat dan di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri tidak berpuas hati dengan hasil perhimpunan itu.
Saya bertanya kepada salah seorang perwakilan perhimpunan itu tentang hasil perhimpunan yang begitu mendapat liputan meluas itu. Beliau menjawab, “tak ada apa-apa, setakat menghabiskan karipap sajalah bang! Rasanya sudah malas hendak bergiat lagi sebabnya ia hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja..dibawanya kita di bawah ni bersorak dan bertepuk sahaja”.
Tidak ada suara yang bercakap secara betul tentang isu-isu ekonmi. 1MDB tidak diberikan penjelasan secara teliti dan isu pendidikan langsung tidak ada pencapaiannya. Malahan perwakilan Kelantan sahaja yang berkata yang ada pihak yang dicemburukan tentang kejayaan 1MDB. Entah apa yang dicemburui oleh sesiapa yang mempunyai pemikiran dan kefahaman sedikit sebanyak tentang 1MDB ini pun tidak siapa yang tahu. Apa sebabnya orang cemburu dengan syarikat pelaburan kerajaan yang hanya boleh disertai oleh mereka yang berkesanggupan untuk mengalami kerugian besar sahaja yang boleh bersama dengan 1MDB itu.
Tidak ada apa-apa isu yang boleh membawa ‘consequence’ besar terhadap parti itu dalam perhimpunan agung itu, hanya setakat melihat pemimpin utamanya berucap bergegar-gegar dengan genggaman tangan yang kuat untuk menambahkan seni pembohongan yang sedang mereka lakukan terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat keseluruhannya.
Yang kita tahu kita masih dalam genggaman pemimpin yang gila dengan kuasa dan sifat lahap yang tidak terkawal sahaja. Bagi mereka semuanya bersalah kecuali mereka sahaja. Jika kita lihat kerajaan kita begitu lemah, ia adalah disebabkan oleh kita semua, bukannya oleh kerana kelemahan pimpinan mereka.
Jika ada perselisihan faham diantara rakyat berbilang kaum, ia disebabkan oleh kita, bukannya oleh kelembapan pimpinan mereka. Jika negara sarat dengan rasuah itu kerana kesalahan kita, pemimpin kita tidak rasuah dan akan membawa negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi, walaupun sudah ramai rakyat yang sedang bergelumang dalam kesusahan untuk mengharungi kehidupan yang kian menyepit mereka.
Melebarnya jurang pendapatan diantara segelintir rakyat dengan rakyat yang ramai itu adalah kesalahan kita semua. Ia bukannya kerana sifat pemimpin kita yang mengamalkan budaya kronisma dan nepotisma.
Tidak diberitahu bagaimanakah Najib hendak mentadbir negara dengan kejatuhan harga minyak ke tahap USD70 semalam sdedangkan Najib hanya tahu menghadap rakyat sahaja apabila berdepan dengan keadaan ini. Bila pula cukai-cukai lain hendak dikenakan kepada rakyat kerana isu penurunan harga minyak ini buka satu isu kecil.
Yang kaya-kaya hanyalah mereka yang berada di ‘corridor of power’ dan itu pun salah kita semua, kenapa tidak mengampu dan berkhemah di pejabat menteri-menteri dan mereka yang berkuasa.
Menghapuskan subsidi bahan bakar itu pun salah rakyat. Subsidi bahan bakar yang diberikan kepada industri tidak dihapuiskan tetapi subsidi terhadap rakyat ditarik balik. Itu pun salah kita. Semuanya salah kita dan pimpuinan UMNO yang mengaku bijak itu tetap tidak bersalah.
Bagaimana hendak menyalahkan pimpinan UMNO, kerana mereka berada di atas itu bukannya tahu apa-apa. Kita tidak boleh menyalahkan kepada mereka yang tidak tahu apa-apa kerana ‘ignorance is not a crime’. Begitu juga ‘stupidity is not a crime’.
Tetapi kita masih bernasib baik. Kita masih mempunyai tanah terbiar yang luas. Rakyat marhaen boleh mulakan menanam ubi kayu sebagai ganti ‘staple food’ kita apabila negara kita jatuh menderum nanti.
Apa nak ditakutkan, bukankah datuk nenek kita biasa dengan makan ubi semasa pemerintahan Jepun dahulu? Jika Jepun membuatkan datuk nenek kita makan ubi, kenapa kita masarah jika UMNO akan membuatkan generasi kita makan ubi sebagai pengganti beras hancur yang sedang dimakan rakyat biasa di bawah-bawah ini?
Yang pentingnya mereka yang berada di atas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu kenyang dan senang lenang dengan memerah keringat rakyat biasa yang serba miskin sekarang ini. Walau bagaimana pun kita tunggu ucapan penangguhan pemimpin-pemimpin kita petang ini dahulu. Manalah kita tahu, mungkin ada yang baik kita akan dengar.
Kepada perwakilan UMNO ucapkan kembali ke kampung dengan selamat. Jangan memandu terlalu laju, elakan kemalangan di jalanraya. Terima kasih banyak-banyak kerana bertepuk dengan bergegar-gegar selama 5 hari berada di ibu kota. Bukannya tidak letih bertepuk dalam dewan itu. 

Ucapan wakil Umno kebal daripada Akta Hasutan?

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Di sebalik Akta Hasutan 1948 dikekalkan, Perhimpunan Agung Umno bergema dengan ucapan perwakilan yang terus menyentuh isu-isu kaum dengan menyerang pihak lain yang dianggap cuba mengancam dan menggugat mereka.
Tanpa menyedari bahawa Dewan Merdeka bukanlah parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri yang memberikan kekebalan untuk bercakap apa saja, ramai jurucakap dalam perhimpunan itu seakan terlupa hakikat itu, tulis Shahbudin Husin dalam blognya.
Menurutnya, banyak nada rasis, perkauman, serangan dan sentuhan hal-hal sensitif melibatkan kaum lain dapat didengar dalam perhimpunan kali ini.
"Sebagai meraikan kejayaan mengekalkan Akta Hasutan, lebih ramai yang tampil mahu menjadi juara bangsa pada perhimpunan kali ini kerana menganggapnya suatu kejayaan bagi mereka," tulisnya.
Justeru, bagi beliau untuk membuktikan bahawa Akta Hasutan dikekalkan tidak semata-mata untuk kepentingan dirinya atau Umno, sesuatu yang harus Presiden Umno, Datuk Seri Najib buktikan ialah berani mengenakan dakwaan di bawah akta tersebut ke atas mana-mana perwakilan yang berucap pada kali ini yang didapati melampau dari segi menyentuh isu berkaitan kaum, bangsa atau agama lain.
"Jurucakap-jurucakap ini hakikatnya tidak kebal sama-sekali seperti mana wakil-rakyat di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri bercakap dan berhujah," ujarnya.
Beliau berpandangan, oleh kerana Dewan Merdeka PWTC bukanlah parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri yang mempunyai kekebalan dan melindungi sesiapa daripada bercakap apa saja, Najib tidak harus 'double standard' kerana akta itu seharusnya dilaksanakan secara adil dan menyeluruh.
Menurutnya lagi, jika ini dapat dilakukan Najib sebaik berakhirnya Perhimpunan Agung Umno, beliau mungkin dapat meraih sedikit kepercayaan daripada rakyat yang selama ini ragu-ragu dengan tujuan dan keikhlasannya mengekalkan Akta Hasutan itu. - HARAKAHDAILY 29/11/2014

PAS 63 tahun: Perjuangan Islam tidak akan mati

Ustaz Idris, Nga Kor Ming dan Razman hadir pada perasmian Sambutan Ulang Tahun PAS Kali 63 Peringkat Negeri Perak di Kuala Kangsar, pagi ini. 
KUALA LUMPUR: Pada hari ini Sambutan Ulang Tahun PAS Kali 63 peringkat Negeri Perak berlangsung di Kompleks PAS Kuala Kangsar berhampiran Istana Bukit Chandan.
Di negeri Perak bermula sejarah penubuhan Parti Islam pertama Hizbul Muslimin pada 1948 yang hanya sempat bergerak selama tiga bulan sahaja.
Justeru, tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad bahawa benarlah perjuangan Islam tidak akan mati.
Katanya, itulah janji Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sentiasa akan ada umatku yang menegakkan kebenaran sehingga tidak boleh dimusnahkan, sehingga Allah memberi kemenangan kepada mereka".
Menulis menerusi facebook, beliau menyatakan bahawa mereka yang berilmu sentiasa segar dengan maklumat dan pantas menjawab segala tuduhan musuh.
Menurutnya, mereka mampu membalas serangan musuh berdasarkan ilmu, terutama yang dilontarkan oleh ulama su' (ulama jahat) dan mereka hendak merosakkan perjuangan.
"Dengan ilmu, kita mampu menangkis serangan mereka. Zaman sekarang siapa yang menguasai maklumat maka ia menguasai dunia," tulisnya. - HARAKAHDAILY 29/11/2014

PAS akan terus perkasa Majlis Presiden Pakatan Rakyat

KUALA KANGSAR: PAS akan terus memperkasakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bagi meningkatkan persefahaman dan kebersamaan dalam parti.
Timbalan Presiden PAS‎, Mohamad Sabu berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa di dalam Pakatan Rakyat.
"Perbezaan pendapat itu perkara biasa, semua pihak mempunyai pendapatnya sendiri tetapi itu bukan masalah utama, malah menguatkan kita.
"PAS akan terus memperkasakan majlis presiden bagi menjadikan Pakatan Rakyat terus kuat dan mantap serta diterima masyarakat umum," ucap beliau ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.
Kata beliau lagi, PAS perlu bersedia dengan pelbagai isu yang ditimbulkan Barisan Nasional (BN) terutama perkauman.
"Isu perkauman merupakan senjata utama Umno bagi menakutan orang Melayu dan kaum lain.
"Mereka (BN) akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk menyebarkan isu perkauman ini dan kita dari PAS perlu peka agar tidak terperangkap dalam permainan mereka," kata beliau.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu menegaskan PAS akan terus menentang kempen perkauman yang ditimbulkan BN dan membawa sebuah politik baru untuk semua lapisan kaum.
Beliau berharap himpunan sambutan 63 tahun PAS itu akan dapat dimanfaat sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. - HARAKAHDAILY 29/11/2014

Mohamad diiringi Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria melawat gerai pameran (atas) dan menyaksikan kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna.
|

Sunday, November 16, 2014

Sukar beli rumah kerana harga terlalu mahal

Laporan Indeks Harga Rumah oleh firma Penyelidikan Global Knight Frank pada Jun 2014 menunjukkan Malaysia berada pada tempat ke-15 dalam senarai harga rumah tertinggi di dunia.

• Menurut Persatuan Pemaju Perumahan (REHDA) harga rumah akan terus meningkat 3%-4% bilamana GST dilaksanakan pada 1 April 2015. Walaupun sektor hartanah kediaman tidak dikenakan GST (exempted dimana pemaju tidak boleh kenakan output GST dan juga tidak boleh tuntut input GST) tetapi bahan binaan dan fi professional dikenakan GST kepada pemaju, jadi pemaju akan serapkan kos ini dalam harga rumah.

Kami mencadangkan bagi mengelakan kenaikan dalan harga hartanah kediaman bilamana GST dilaksanakan, sektor hartanah kediaman hendaklah dikategorikan sebagai “Perlepasan cukai pada kadar 0% (Zero Rated)” dimana pemaju tidak boleh kenakan outpun GST tetapi boleh menuntut input GST. 
Cadangan Penyelesaian

1) Bagi membolehkan rakyat yang berpendapatan rendah ( 
JENIS
HARGA
KUOTA
PENDAPATAN BULANAN
Rumah Kos Rendah
RM42,000
5%
< RM3,000
Rumah Kos Sederhana
RM80,000
10%
< RM4,500
Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
RM120,000-RM150,000
20%
< RM6,000
Kedai Kos Sederhana
RM200,000
5%
< RM6,000

Jumlah
40%

Bila telah menjadi polisi tidak seharusnya ada pengecualian dalam perlaksanaannya. Masalahnya sekarang terdapat kawasan perumahan baru khususnya di Iskandar Malaysia (IM) yang dikecualikan daripada polisi ini. Apakah IM hanya layak diduduki oleh mereka yang berpendapatan tinggi dan warga asing sahaja. Lembaga Perumahan & Hartanah Johor yang baru diluluskan boleh memainkan peranan dalam memastikan dasar ini dipatuhi oleh semua pemaju perumahan di negeri Johor.

2) Pemaju perumahan tidak berminat membina rumah kos rendah dan mampu milik yang harga jualannya dikawal oleh kerajaan seperti rumah kos rendah pada harga RM35,000 seunit sedangkan kos bahan binaan, kos tanah dan kos pinjaman bank lebih tinggi dari RM35,000. Saya mencadangkan selain menganggap pembinaan perumahan kos rendah dan mampu milik ini sebagai tanggungjawab sosial atau kemasyarakatan pihak pemaju (Corporate Social Responsibility – CSR), Kerajaan dalam masa yang sama boleh memberikan  galakan atau insentif kepada pemaju bagi mengurangkan kerugian mereka dalam membina perumahan kos rendah dan mampu milik. Antara insentif yang boleh diberikan adalah seperti pengurangan dalam bayaran premium tukar syarat kegunaan tanah, meningkatkan densiti pembangunan yang dibenarkan, meningkatkan kawalan ketinggian bangunan (height control), meningkatkan plot ratio pembangunan dan sebagainya.

3) Jumlah sasaran pembinaan perumahan kos rendah dan mampu milik hendaklah bersesuaian dengan pendapatan isi rumah rakyat dinegeri Johor. Mengikut perangkaan Jabatan Statistik, pada tahun 2014;
a. Pendapatan Isi Rumah rakyat Malaysia adalah RM5,900 sebulan.
b. 2 juta drp 7 juta Isi Rumah iaitu (28.7%) adalah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
c. 3.5 juta (50%) Isi rumah berpendapatan pertengahan (mean household income) adalah dibawah RM4,258 sebulan.

Statistik di atas menunjukkan 50% daripada penduduk dalam negara kita hanya mampu membeli rumah kos rendah dan mampu milik sahaja. Oleh itu saya mencadangkan supaya kuota 40% perumahan kos rendah dan mampu milik dalam Dasar Perumahan Rakyat Johor perlu dikaji semula bagi mencerminkan kemampuan sebenar pendapatan rakyat di negeri Johor.
4) Kerajaan Negeri telah meningkatkan sasaran pembinaan rumah mampu milik kepada 37,000 daripada 27,000 dalam masa 5 tahun akan datang. Johor Corporation (JCorp) telah memberi komitmen untuk membina sebanyak 8,000 unit rumah mampu milik yang berharga RM150,000 seunit.  Saya berpendapat jumlah ini masih tidak mencukupi. Setakat ini seramai 47,367 permohonan telah diterima oleh kerajaan bagi pembelian rumah mampu milik. Kerajaan perlu meningkatkan penglibatan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (State GLC) yang lain seperti Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Perbadanan Islam Johor (PIJ) dalam membina perumahan mampu milik kerana pada kebiasaanya syarikat-syarikat ini mendapat sumber tanah daripada pihak kerajaan pada kos yang minima berbanding dengan pihak swasta yang perlu membeli tanah pada harga pasaran semasa.

5) Kerajaan negeri boleh mengenalpasti tanah milik kerajaan yang bersesuaian untuk pembangunan perumahan kos rendah dan mampu milik dengan menggunakan pendekatan ‘Kerjasama Awam-Swasta’ atau lebih dikenali sebagai PPP (Public Private Partnership) seperti yang dilaksanakan bagi Skim Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M).

6) Bagi memudahkan rakyat gulungan berpendapatan rendah dan sederhana yang sukar mendapatkan pinjaman daripada pihak bank komersial maka saya menyokong usaha Kerjaan Persekutuan untuk menubuhkan Bank Perumahan sebagaiaman yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Bajet 2015 bagi menyediakan pembiayaan perumahan kos rendah dan mempu milik termasuk dalam menyediakan skim “sewa-beli”. Saya juga mengalu-alukan komitmen kerajaan negeri untuk menjual rumah-rumah miliknya melalui Skim Sewa-Beli dengan sasaran sebanyak 5,000 unit bagi tahun 2015 sebagaimana yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar. 1,000 daripada unit ini akan disewa beli oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bagi menempatkan secara percuma oleh golongan asnaf zakat.
 
Isu Tanah

1)     Tanah Rizab Melayu (TRM)

• Perkara kedua, Wasiat Raja-Raja Melayu yang ditanda tangani pada 5 Ogos 1957 menyatakan sekurang-kurangnya 50% keluasan Negeri Johor hendaklah disimpan sebagai TRM.

• Sebelum 1957, keluasan TRM di Johor adalah 152,000 hektar (375,592 ekar) iaitu 8% daripada keluasan Negeri Johor. Sehingga September 2014, jumlah keluasa TRM adalah 432,000 hektar (1,067,472 ekar) iaitu 22.8% dari keluasan Negeri Johor.

• Usaha kerajaan memberikan kelulusan 4,573 permohonan kurniaan tanah yang melibatkan keluasan 9,284.02 hektar (22,941 ekar) di antara tahun 2011 – 2013 dan dijadikan sebagai TRM adalah baik.

• Kerajaan Negeri dicadangkan supaya pengurusan TRM dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan serta mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan perkara-perkara berikut daripada berlaku:

o TRM yang dibatalkan oleh Kerajaan Negeri perlulah diganti serta merta dengan tanah lain yang sama jenis dan sama keluasan sepertimana yang diperuntukan dalam Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan. Sehingga 2013 sebanyak 1,991.19 hektar TRM telah diwartakan pembatalannya tetapi hanya 811.92 hektar yang telah diwartakan penggantiannya. Ini bermakna 1,179.27 hektar masih belum diganti.

o Kelewatan dalam mewartakan kemasukan TRM. Antara tahun 2011-2013, seramai 4,573 orang Melayu telah dikurniakan tanah seluas 9,284.02 hektar yang dijadikan TRM tetapi malangnya sehingga sekarang hanya 412 permohonan atau 9% yang baru diwartakan.

o Suratan Hakmilik TRM tidak diendos “Tanah Rezab Melayu” sepertimana yang disyaratkan oleh Seksyen 6 Enakmen Rezab Melayu (ERM). Akibatnya ada TRM yang telah dijual kepada orang bukan Melayu.

o Pembangunan TRM yang melibatkan pecahan lot tidak didaftar 40% daripada pecahan lot atas nama seorang Pengarah berbangsa Melayu sepertimana yang di syaratkan dalam Pekeliling PTG Johor Bil. 15 Tahun 1988 melalui keputusan Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Disediakan oleh Pakatan Rakyat Johor:
Aminolhuda Hassan (Pesuruhjaya PAS Johor)
Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)
Steven Choong (Wakil PKR)
Dr Boo Cheng Hau (Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor)

Bertani: 2 hektar untuk belia di Selangor Fruits Valley

KUALA LUMPUR: Program Belia Tani antara usaha kolektif Kerajaan Negeri Selangor menarik anak muda tempatan terbabit secara serius dalam sektor pertanian selain meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan seterusnya memacu pembangunan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, program yang dalam proses perancangan itu dirangka rapi dalam memastikan setiap pesertanya memperoleh pendapatan lumayan, lapor Selangor Kini.

“Sudah tiba masanya, kita ubah persepsi lapuk masyarakat yang berpandangan sektor pertanian ini hanya untuk golongan berusia.

“Belia Tani bukan sahaja mengisi peranan anak muda dalam sektor ini, bahkan kita harapkan menjadi sumber pendapatan yang baik selain bekerja di sektor lain,” katanya kepada Selangor Kini selepas merasmikan Program Jelajah Tani di Dun Tanjung Sepat di Padang Sungai Kelambu, Banting hari ini.

Hadir sama AAdun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan dan Pengarah Jabatan Pertanian Selangor, Mohamad Idrus Abdul Hamid.

Mengulas lanjut, Zaidy berkata, pihaknya sudah mengenalpasti beberapa tapak pertanian untuk diusahakan belia dalam program itu.

“Antara tapak yang dikenalpasti setakat ini adalah Selangor Fruits Valley, yang mana di situ masih terdapat tanah untuk diusahakan. Belia yang berminat akan ditawarkan tapak seluas dua hektar untuk diusahakan.

 “Buat masa ini, belia yang berminat boleh merujuk terus ke pejabat saya dengan membawa kertas kerja untuk dipertimbangkan,” katanya yang juga Adun Tamab Templer.

Terdahulu, Zaidy dibawa melawat ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungai Kelambu bagi melihat projek pertanian nenas, sayuran dan tanaman kontan umbisi.

Beliau turut berkesempatan merasmikan kebun durian belanda yang diusahakan penduduk Kampung Sungai Lang Baru.

Untuk rekod, Jelajah Tani akan diadakan di tujuh Dewan Undangan Negeri (Dun) bermula di Tanjung Sepat dan berakhir di Dun Jeram, pada 14 Disember ini.

Program berteraskan pembangunan sektor pertanian itu bertujuan untuk mempromosikan program Selangor Agrofest 2014 yang akan berlangsung pada 18 hingga 21 Disember ini di Stadium Sungai Besar.

Mangsa culik di Sabah mesti diselamatkan

KUALA LUMPUR: Walaupun Sabah yang menjadi destinasi yang paling digemari pelancong terutamanya daripada Republic Rakyat China (RRC) tetapi mengalami penurunan yang amat ketara.

Menurut Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching setakat ini pasaran China dan Taiwan paling ketara mengalami penurunan sebanyak 11.8 % dan 2.9% masing-masing bagi tempoh Januari – Julai 2014 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2013.

Tambahnya, jumlah ketibaan pelancong asing daripada Negara China adalah seramai 997,370 orang dan dari Taiwan seramai 168,962 orang pada sehingga bulan Julai 2014.

Katanya, menurut jawapan yang dibekal oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia telah menerima seramai 13.8 juta orang pelancong asing sejak Januari hingga Jun 2014, ini  menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5%, berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun 2013 tetapi pelancong dari China ke Sabah mengalami penurunan.

“Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam sidang Parlimen baru-baru ini, sebanyak 30,000 tempahan yang telah dibatalkan atau ditangguhkan di mana seramai 8,913 tempahan merupakan kehilangan muatan penumpang akibat pembatalan sebanyak 76 penerbangan berjadual dan sewa khas dari China ke Sabah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Antara faktor yang menjadi punca penurunan tersebut adalah disebabkan kes kehilangan pesawat MH370 dan penculikan yang sering kali berlaku di kawasan tersebut.

Setakat ini, kata beliau sudah 5 kes penculikan yang melibatkan warga asing dan seorang polis marin.

Antaranya, kes serangan hendap yang berlaku pada 12 Julai 2014 di Jeti Smart Water Bungalow Resort, Pulau Mabul Semporna, telah menyebabkan seorang anggota polis marin iaitu Koperal Ab Rajah Jamuan, terbunuh manakala Konstabel Zakia Aleip, 26, hilang dipercayai dilarikan.

Selain itu, pengusaha pusat ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun diculik oleh dua lelaki bersenjata di Kampung Air Sapang, Kunak pada 16 Jun 2014.

Setakat hari ini, Konstabel Zakia Aleip dan Chan Sai Chiun masih belum dibebaskan dan berkumpul bersama keluarga.

“Saya berharap kerajaan Malaysia dapat menyelamatkan mereka dengan cara apa sekalipun,” tambah Nie Ching.

Selain itu, ujarnya kerajaan Malaysia patut memberikan tekanan kepada kerajaan Filipina untuk membanteras kegiatan pengganas yang semakin menjadi-jadi terutamanya di selatan Filipina supaya tragedi itu tidak berlaku lagi. 

Prestasi murid Malaysia makin merosot

KOTA BHARU: Indeks pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid di negara ini merosot berbeza dengan pencapaian pelajar di negara-negara lain.


Indeks itu berdasar kepada Programme For International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematic and Science Study (TIMSS).

Profesor Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dari Institut Pemikiran Islam dan Tamadun Antarabangsa (ISTAC) berkata prestasi murid di Malaysia meningkat beberapa dekad lalu, namun sekarang pencapaian itu menghadapi risiko secara relatif dan mutlak.

“Sedangkan sistem pendidikan negara lain dapat meningkatkan prestasi murid dengan cepat dan mampu mengekalkan momentum itu secara berterusan.

“Sebaliknya pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid Malaysia semakin merosot,” katanya pada Himpunan Pendidik Islam 2014 di Balai Islam semalam.

Beliau membentang kertas kerja “Beberapa isu dan cabaran umat Islam masa kini” pada program tersebut yang dianjur kerajaan negeri dan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik).

Dr Mohd Kamal berkata, prestasi murid Malaysia menurun ke tahap di bawah purata antarabangsa bagi subjek Matematik dan Sains.

Menurutnya lebih kritikal lagi murid di Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam kedua-dua subjek tersebut.

“Berlaku penurunan berkali ganda iaitu daripada 35 peratus kepada 7 peratus bagi matematik, manakala sains merosot kepada 13 peratus berbanding 38 peratus,” ujarnya.

Data tersebut mencatat perbandingan ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS pada 1999 dan 2011.

Begitu juga bagi keputusan PISA pada 2009 menunjukkan Malaysia berada dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta.

Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam matematik.

Manakala 44 peratus pelajar dalam kategori bacaan dan 43 peratus dalam sains.

PISA bertujuan menilai kecekapan murid berumur 15 tahun dalam bacaan, matematik dan sains.

Malaysia berada di kedudukan 54 bagi pencapaian PISA 2009 kategori bacaan iaitu di bawah Thailand di tempat ke-52 dan Chile ke-43.

Kategori matematik pula Malaysia di tangga 57 berbanding Thailand (52) dan Israel (42).

Manakala kategori sains Malaysia berada di kedudukan 52, Thailand (51) dan Malta (41).

Dr Mohd Kamal juga berkata, falsafah ilmu yang diajar tanpa ada unsur ketuhanan dilihatnya sebagai suatu kekufuran dibiarkan berlaku. 

Siasatan pampasan k’tangan Khalid diserah kepada MBI

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan audit pampasan membabitkan kakitangan mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diserahkan kepada Lembaga Pengarah Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk tindakan lanjut.

Selangor Kini melaporkan, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihak audit terlebih dahulu membentangkan laporan audit berkenaan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan di luar bidang kuasa MMKN dan akan diserahkan kembali kepada pihak MBI.

Menurutnya, MMKN sudah dimaklumkan berkenaan hasil siasatan pihak audit dan akan dibentangkan dalam minggu ini untuk melihat langkah yang perlu diambil jika ada sebarang keputusan melanggar peraturan.

Beliau menambah, sama ada ganjaran atau pampasan itu akan ditarik juga akan dibincangkan.

“Hasil siasatan memang ada perkara tidak dipatuhi dalam pemberian itu dengan jumlah begitu besar dan luar biasa yang perlu disemak semula,” katanya selepas majlis perasmian program Gerak Gempur Aedes dengan tema ‘MB Terjah, Kampungku Meriah’ di Kampung Tengah, Gombak, hari ini.

Semalam, Khalid menjelaskan beliau mengikut prosedur sedia ada dalam pemberian pampasan kepada tujuh pembantunya ketika dalam pentadbiran termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar, Arfa’eza Abdul Aziz.

Katanya, keputusan itu dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI yang kemudiannya dimaklumkan kepada semua Exco Kerajaan Negeri sebelum ini dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

23 kontraktor projek rumah nelayan ditahan SPR

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Terengganu hari ini menahan 23 kontraktor Kelas F termasuk seorang kontraktor wanita kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu terhadap projek baik pulih rumah nelayan di sekitar kawasan Dungun dan Paka.  

  
Pengarahnya Zainal Adam dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini berkata kesemua individu tersebut merupakan kontraktor yang dilantik di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) bagi Parlimen Dungun dan Paka.
  
Mereka yang ditahan dalam Ops Ombak itu berumur lingkungan 30-50 tahun telah dibawa ke pusat operasi SPRM di Dungun kira-kira jam 12.00 tengah hari untuk membantu siasatan.
  
Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun esok untuk pertuduhan kes.
  
Siasatan dibuat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Gilotin: Berita Mstar timbul salah faham masyarakat

KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan melahirkan kesal terhadap laporan tidak tepat berkaitan penggunaan 'gilotin' bagi menghukum pesalah yang disabitkan di bawah perundangan Islam.

Datuk Mohd Amar Abdullah menjelaskan cadangan kaedah 'gilotin' adalah disebut sendiri wartawan akhbar terbabit.

Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Besar, Mohd Khairil Hazmie Yusof berkata, Mohd Amar memberitahu wartawan terbabit mengemukakan cadangan itu berdasarkan perbualan telefon dengannya.

“Justeru itu mengaitkan Timbalan Menteri Besar dengan cadangan berkenaan adalah kesilapan yang boleh menjejaskan kefahaman masyarakat.

“Ini menimbulkan kegusaran dan boleh merosakkan imej kerajaan negeri yang sedang berusaha mendidik orang awam memahami dan menerima hukum hudud,” katanya pada satu kenyataan di sini.

Mstar online hari ini menyiarkan berita bertajuk ‘Hukum Hudud: Gilotin Jadi Pilihan Di Kelantan’ dengan menyebut kerajaan Kelantan dijangka menggunakan gilotin mini, sejenis alatan kuno bagi menghukum pesalah hudud.

Laporan juga juga menyebut langkah itu diambil kerana tidak perlu menggunakan pakar bedah untuk tujuan itu.

Mohd Amar dilaporkan sebagai berkata, beliau mungkin akan mencadang kepada ahli panel Jawatankuasa Teknikal Hudud agar menggunakan mesin kerana tidak memerlukan pakar bedah mengendalikannya.

Isu itu ditimbulkan kerana jawatankuasa berkenaan dikatakan masih mencari idea setelah menerima reaksi negatif mendapatkan pakar bedah bagi memotong kaki dan tangan pesalah.

Mohd Khairil berkata, berita terbabit menimbulkan salah faham masyarakat kerana idea penggunaan peralatan tersebut dilontar sendiri wartawan media berkenaan. 

Atas sayalah nak hadir atau tidak – TG Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan beliau tidak boleh diminta untuk menghadiri apa-apa mesyuarat.

"Saya tidak boleh diminta, nak hadir saya akan hadir. Atas sayalah nak hadir atau tidak," jelasnya ketika ditemui pada program Wacana‎ Intelektual Muslim anjuran Pemuda PAS Setiawangsa di Batu Caves hari ini.

Sementara itu, Jawatankuasa Tertinggi‎ Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat semalam sebulat suara menggesa Presiden PAS untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa akan datang.
‎ ‎
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Tuan Guru Abdul‎ Hadi merupakan satu-satunya pemimpin yang boleh membuat keputusan dalam PAS, bagi mengukuhkan gabungan PKR dan DAP.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad memberitahu isu kehadiran mesyuarat bukan satu masalah dan DAP perlu fokus kepada isu lain.‎

Saturday, November 15, 2014

Banjir kilat: PAS Bintulu gesa k'jaan serius

KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Bintulu menggesa pihak kerajaan agar serias dalam menangani masalah banjir kilat yang sering kali berlaku di kawasan itu.


Yang Dipertua PAS Bintulu, Ir Mohd Azwani Abdul Rani berkata, kejadian terbaru minggu lalu dibeberapa kawasan sekitar RPR Sebiew dan Kampung Kamunting benar-benar mengecewakan penduduk.

"Dengan musim hujan akhir tahun kian menghampiri, penduduk amat bimbang dengan kejadian sebegini berulang lagi," katanya sambil menambah kerajaan perlu segera menangani masalah ini.

Dalam pada itu beliau turut merakamkan penghargaan kepada ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing, yang terus mendesak pihak berwajib menangani masalah itu.

Tiong dalam perbahasannya di Dewan Rakyat minggu lalu menyifatkan kerajaan pusat sebagai 'kong kali kong' kerana sehingga sekarang masih tidak serius menyelesaikan masalah itu.

Beliau berkata, tindakan kerajaan yang hanya berjanji apabila tiba pilihan raya, dan tidak menunaikannya selepas menang, hanya memberi 'peluru' kepada pembangkang.

Beliau juga berkata, tidak tahan lagi dimaki oleh penduduk yang marah dengan sikap kerajaan yang lembab dalam menangani masalah itu.

Sementara itu, PAS Bintulu juga memohon jasabaik para penderma budiman untuk membantu adik Ainul Hayat Mohammad yang menghidap penyakit buah pinggang.

Beliau kini terpaksa mendpatkan rawatan susulan sejak lebih 5 tahun dan terpaksa berulang alik dari rumahnya di Kg Jepak, Bintulu dan mengikut rekod dia juga terpaksa melalui proses rawatan di Hospital Umum Kuching.
"Keadaan ibubapanya yang bekerja sendiri dan terpaksa menemani budak ini sewaktu menerima rawatan amatlah menghibakan," kata Mohd Azwani.

Kepada yang berhajat membantu boleh hubungi ayah beliau Mohamad  Junis di talian 013-8314124.

Sumbangan juga boleh disalurkan ke PAS Kawasan Bintulu - Bank Islam di nombor akaun 11031010021654 dan boleh hubungi Bendahari PAS Kawasan Bintulu, Wan Faiz di talian 019-5511332.-

2.6 juta rakyat M'sia menghidap diabetes tahun ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2.6 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya semalam.


Masyarakat, katanya, perlu memandang serius masalah itu supaya dapat mencegahnya lebih awal kerana kos rawatan penyakit diabetes amat tinggi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Hari Diabetes Sedunia 2014 di sini.

Syahdu dan boleh mengalir air mata dengar ucapan Najib

KUALA LUMPUR: Mana penghargaan dan ruang menyediakan laluan kepada golongan muda melalui kuasa yang ada di tangannya sendiri?

Kenapa hanya pandai meminta orang lain memberi ruang kepada golongan muda sedangkan diri sendiri tidak melakukannya?

Begitulah pertanyaan yang dilontarkan Shahbudin Husin menerusi blognya sebagai respons kepada ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Johor, semalam.

Ulasan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Ketika berucap di majlis perasmian Konvensyen Umno Johor semalam, Perdana Menteri, Najib Razak meminta pimpinan senior dalam parti segera berubah dengan tidak lagi mengamalkan budaya cantas serta menyekat kemasukan golongan muda ke dalam Umno.

Katanya, mereka perlu segera berubah kerana amalan negatif mencantas dan menyekat golongan muda hanya akan menyebabkan mereka semakin menjauhi Umno.

"Kita perlu buang perangai bodoh ini. Kalau terpaksa beri laluan, berundurlah dan beri peluang kepada orang lain," katanya lagi.

Memang nampak cantik, syahdu dan boleh mengalir air mata mendengar apa yang diucapkan oleh Najib ini, tetapi persoalannya adakah beliau sendiri mengamalkannya?

Dalam kabinetnya sendiri, berapa ramai golongan muda berbanding mereka yang sudah berpenggal-penggal berada dalam kerajaan?

Lebih buruk lagi, di ketika menyedari pentingnya sokongan golongan muda itu, dalam pelantikan Senator yang dibuatnya baru-baru ini, semunya bukan saja terdiri daripada warga tua tetapi lebih merupakan kenalan rapatnya saja.

Tiga orang yang dilantiknya itu ialah Nallakaruppan, 68 tahun yang mulutnya hanya tahu memainkan isu mengenai peribadi Anwar Ibrahim semata-mata, Ibrahim Abu Shah, 64 tahun bekas Naib Canselor Uitm yang sebelumnya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno serta bekas Setiausaha Sulitnya suatu ketika dahulu, Abdul Halim Samad yang sudah pun berusia 74 tahun.

Mana penghargaan dan ruang menyediakan laluan kepada golongan muda melalui kuasa yang ada di tangannya sendiri?

Kenapa hanya pandai meminta orang lain memberi ruang kepada golongan muda sedangkan diri sendiri tidak melakukannya?

"KITA PERLU BUANG PERANGAI BODOH INI. KALAU TERPAKSA BERI LALUAN, BERUNDURLAH DAN BERI PELUANG KEPADA ORANG LAIN."

Siapa yang bodoh? Dan siapa yang tak beri peluang?

Najib sepatutnya menujukan kata-katanya ini kepada dirinya sendiri, bukan orang lain.

Jais lewat selenggara masjid, tiada kepakaran jurutera

KUALA LUMPUR: Tiada kepakaran jurutera di dalam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi urusan baik pulih dan pengauditan masjid di negeri itu antara punca menyebabkan kebanyakan masjid kurang diselenggara dengan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata bilangan masjid yang banyak di Selangor menyebabkan tanggungjawab Jais adalah lebih besar berbanding negeri lain, lapor Selangor Kini.

Katanya, hal itu juga menyebabkan keupayaan Jais sebagai agensi pelaksana memiliki batasan termasuk menguruskan projek sedia ada.

“Kita perlu bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyediakan senarai kuantiti (BQ) untuk menyelesaikan masalah ini.

“Selain itu, ketiadaan jurutera di Jais menyebabkan proses baik pulih atau audit di peringkat masjid dan sebagainya menjadi lambat kerana penyeliaan bukan mudah, kena ada profesionalisme,” katanya kepadaSelangor Kini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan mengambil inisiatif untuk melantik jurutera secara kontrak bagi memastikan proses baik pulih dilakukan dengan selamat dan mengambil kira semua faktor.

“Saya akan bincang dengan pengarah sendiri dan bahagian terbabit untuk melihat bagaimana perkara ini boleh dibaiki daripada kita berkocak di luar,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini mendapati masalah bumbung adalah bentuk kerosakan tertinggi pada sekurang-kurangnya enam buah masjid kelolaan Jais.

Malah, laporan itu mendedahkan tujuh bentuk kerosakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang belum dibaiki.

Ku Li bimbang pengangguran anak muda, graduan IPT

MELAKA: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah melahirkan kebimbangan dengan kedudukan pengangguran di kalangan anak muda dan graduan institusi pengajian tinggi di negara kita dewasa ini.

Menurutnya, di kalangan anak muda berumur antara 15 sehingga 19 tahun, kadar pengangguran ialah 15% dalam tahun 2011, atau 78,000 jumlahnya; dan di kalangan mereka yang berumur 20 ke 24 tahun, kadar penganggurannya 8.5% atau jumlahnya 157,000.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan sempena Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah ke-19 Kolej Yayasan Saad Melaka di Ayer Keroh, hari ini.

Berikut ialah petikan ucapan beliau.

Seperkara lagi yang membimbangkan saya, demi masa depan anak bangsa dan ekonomi negara kita, ialah kedudukan pengangguran di kalangan anak muda dan graduan institusi pengajian tinggi di negara kita dewasa ini.

Di kalangan anak muda berumur antara 15 sehingga 19 tahun, kadar pengangguran ialah 15% dalam tahun 2011, atau 78,000 jumlahnya; dan di kalangan mereka yang berumur 20 ke 24 tahun, kadar penganggurannya 8.5% atau jumlahnya 157,000.  Di kalangan graduan pula, keadaan lebih teruk.

Dalam tahun 2013, Bank Dunia telah menganggarkan kadar pengangguran di kalangan graduan telah mencecah 21%; di kalangan pemegang STPM/Diploma purata penganggurannya ialah 13%, di kalangan PMR-SPM/SPMV 10%.  Pengangguran di kalangan anak muda kita adalah antara yang tertinggi di rantau Asia melainkan Indonesia. Tak kiralah keadaan di Eropah lebih buruk.  Tetapi kita tidak harus bersenang hati dengan keadaan ini.

Jika ekonomi negara menghadapi krisis, yang kita jangka dalam masa terdekat, masalah pengangguran belia ini sungguh membimbangkan.

Yang menjadi isu yang lebih besar dalam hal pengangguran ini ialah taraf kemahiran yang ada pada anak muda ini; apa yang kita keluarkan dari sekolah dan institusi pengajian tinggi kita sekarang semakin kurang menggalakkan jika diambil kira keperluan industri.

Mengikut Bank Dunia, dalam Laporan Ekonomi Malaysia 2009, yang menyentuh maklumbalas dari majikan tentang keupayaan pelajar lepasan pengajian menengah dan tinggi, terdapat beberapa konstrain atau kekurangan kemahiran dalam beberapa bidang. 

Empat puluh lapan peratus (48%) dari majikan yang dibanci menyatakan kekurangan keupayaan IT di kalangan graduan muda kita, 46% melaporkan kekurangan Bahasa Inggeris, 37% melaporkan kekurangan dalam kebolehan am berkomunikasi, 30% dalam keupayaan kreativiti, dan 28% berkata kekurangan kemahiran teknikal/profesyenal, dan 25% dalam penyelesaian masalah (problem solving).

Dalam kajian Talent Corp bagi 2014, didapati 81% majikan melaporkan defisit kemahiran di kalangan graduan baru lepasan universiti negara kita dalam bidang kemahiran komunikasi; 56% dalam pemikiran kritikal dan kreatif; 51% defisit dalam kemahiran analisis; dan 47% mengatakan mereka kurang upaya bekerja secara sendiri atau bebas, tanpa tunjuk ajar.