Sunday, April 29, 2012

GAMBAR : WARNA WARNI BERSIH 3.0 YANG DI SELAPUTI DENGAN DARAH RAKYAT!!













Anda mungkin juga meminati:

Kenapa Kereta Polis diterbalik? penjelasan dari saksi tempat kejadian..

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.


(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.


(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)

Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.
Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu adalah seorang yang memakai seluar pendek dan bertopi keledar.

(Pemandu kereta polis yang dibawa keluar dari kereta selepas merempuh peserta perhimpunan)

Ia dipandu laju selepas diserang dengan botol air oleh peserta Bersih 3.0 apabila mendapati pemandunya bukan berpakaian polis tetapi bertopi keledar.

Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok.

Orang ramai membelasah pemandu yang bertopi keledar itu tetapi membawa keluar dengan baik anggota polis yang turut berada dalam kereta itu. Kereta itu kemudiannya diterbalikkan kerana menganggap masih ada orang yang terperangkap di bawah kereta itu - Harakahdaily
Video berkaitan sila lihat di ( SINI )
*ada sedikit kesilapan dalam laporan Harakahdaily ini dimana menurut seorang sahabat yang bertopi keledar itu bukanlah pemandu kereta tersebut tetapi wartawan dari Al Hijrah.
Sahabat tersebut menulis..
Saya ingin maklumkan disini bahawa terdapat percanggahan dalam post darisungaiderhaka.blogspot.com tentang dikatakan bahawa pemandu kereta polis memakai helmet hitam dan berseluar pendek.
Jika diperhatikan video tersebut dengan teliti menunjukkan si pemakai helmet hitam itu bukan dari dalam kereta polis. Sebaliknya beliau adalah wartawan Al-Hijrah yang serbu disitu untuk mengambil gambar dalam kereta.
Pada masa yang sama ada seorang lelaki yang berpakaian kuning ingin melihat juga keadaan di dalam kereta polis tetapi tiba-tiba ditolak oleh si pemakai helmet hitam (wartawan) itu. Disebabkan sikap wartawan tersebut yang mengasari orang lain maka terjadi perselisihan faham dan berlaku pergaduhan.
Diharap editor darisungaiderhaka.blogspot.com dapat membetulkan pernyataan yang dibuat di dalam  blog segera kerana kesilapan memberi maklumat boleh menjejaskan kepercayaan pembaca kelak.
Sekadar pandangan dan teguran.

Penjelasan dari Pemandu kereta Polis yang merempuh peserta BERSIH 3.0..


Anggota polis yang memandu kereta sehingga menyebabkan kemalangan dengan beberapa peserta perhimpunan BERSIH 3.0 mendakwa beliau tidak berapa sedar ketika insiden itu berlaku semalam.

Anggota berkenaan, Mohamad Kamil Paimin berkata beliau "keliru" setelah kehilangan banyak darah akibat dipukul di bahagian kepala dengan objek keras.


Ditemui pemberita di katil wad di Hospital Kuala Lumpur hari ini, Mohamad Kamil (kiri) berkata beliau kemudiannya tidak sedarkan diri dalam kejadian tersebut hanya sedar semula ketika selepas menerima rawatan.

"Saya tak tahu apa berlaku. Saya sedar-sedar saya dah ada di sini (HKL). Tapi yang saya pasti, kepala saya diketuk dengan objek keras," katanya.

Mohamad Kamil mendakwa, beliau yang dalam perjalan ke Dataran Merdeka daripada Pusat Latihan Polis itu sebelumnya diserang oleh peserta perhimpunan.

Katanya, beliau tidak melalui jalan alternatif kerana tidak mahir dengan selok belok jalan di Kuala Lumpur.

"Saya tak tahu situasi jalan di situ kerana saya orang luar. Saya dari Kuala Terengganu," katanya.

Turut ditemui di hospital berkenaan ialah jurukamera stesen televisyen TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh, 28, yang turut terlibat dalam insiden berkenaan.

Katanya beliau melihat bahawa pemandu kenderaan polis itu sudahpun tidak sedarkan diri dan kenderaan itu terbabas sehingga melanggar orang awam.
Mohd Azri kemudiannya bertindak menghalang peserta perhimpunan tersebut daripada terus memukul anggota tentera yang tidak sedarkan diri itu.

"Saya pun manusia. Saya fikir, manusia sesama manusia. Pegawai itu sudah tidak sedarkan diri. Jadi saya nak halang. Saya cuba nak tolong apa yang mampu.

"Yang saya sedar, ada yang pukul pakai topi keledar. Saya masa itu tutup mata dan mengambil langkah meronta supaya dapat lepaskan diri. Masa saya larikan diri, baru saya sedar yang kepala saya dah berdarah.

Mohd Azri juga berkata, beliau masih lagi belum memikirkan sama ada mahu membuat laporan polis atas insiden yang menimpanya.

"Saya menerima sembilan jahitan di luar dan enam jahitan di dalam di bahagian kepala... Saya akan fikirkan sama ada mahu membuat laporan polis atau tidak," katanya.

Ya Allah! La'natkanlah yang mengganasi orang-orang yang tidak berdaya!!

Pukul 10.38 pagi tadi saya terima sms dari seorang kawan:
Polis b*b* belasah tendang kedua-dua rusuk saya. Polis Raja Di Malaysia
Dalam posting saya bertajuk "Sebelum saya ceritakan keganasan polis yang saya saksikan", saya kata saya nak cerita keganasan polis yang sempat saya lihat. Tak la banyak sangat yang saya lihat.

Jam waktu itu hampir pukul 5.00 petang. Orang dah lama bersurai. Bila bersurai, takkan terus menghilang. Takkan terus lenyap yang pakai baju kuning Bersih (saya tak pakai baju kuning). Tentulah masih ada yang berjalan pulang dan sebagainya. Ada yang singgah nak minum ka, apa ka.

Kejadian yang saya lihat adalah di sekitar Restoran KFC Jalan Tuanku Abdul Rahman, dekat-dekat kedai kasut Princess tu. Sakit hati sungguh apabila melihat polis macam orang gila bila melihat orang yang memakai baju kuning Bersih.

Orang-orang yang pakai baju kuning tu tak buat apa pun. Tetapi asal polis nampak sahaja orang yang pakai baju kuning, depa jerit-jerit, depa ugut-ugut, depa ligan, depa pukul, depa tendang, terajang.

Seorang budak muda yang pakai baju Bersih dipaksa dan diugut supaya membuka bajunya. Dalam ketakutan, budak tu bukak baju dia. Polis yang paling ketara paksa budak tu bukak baju ambil baju budak tu dan masukkan dalam tong sampah di tepi jalan.

Walaupun tak cakap apa, saya tengok dengan perasaan yang sangat marah. Polis tu kata kat saya, "Balik". Tanpa sedar saya terus jawab, "Tu baju dia!"

Saya penakut. Tetapi tak tau lagu mana saya pergi ke arah tong sampah yang dia buang baju budak tu. Saya buka penutup tong sampah tu untuk ambil baju budak tu. Polis tu menjerit kepada saya. Saya cakap lagi, "Tu baju dia!"

Polis itu menghalau saya. Saya dapat lihat nama dia. "Ooo, nama hang Chris, aku tak lupa nama hang," kata saya. Bila saya terlepas cakap gitu kat dia, saya dok nanti kot-kot dia akan bertindak. Kalau dia bertindak, bukan saya boleh buat apa pun. Tetapi nasib saya baik, dia pergi begitu sahaja. Saya rasa polis itu budak Malaysia Timur, tak tau la Sabah ka, Sarawak ka.

Tak lama selepas itu saya lihat ramai-ramai polis ligan seorang lelaki. Polis yang datang dari arah berlainan berjaya menendang lelaki itu sehingga dia terhempas ke pintu besi kedai kasut Princess kalau tak silap. Selepas itu sekurang-kurangnya enam tujuh orang polis sama-sama menendang dan memijak-mijak lelaki itu. Melayu keronyok Melayu.

Saya dah tak tahan dan menjerkah, "Hoi!!" Tiba-tiba saya teringat dalam hati, "kalau depa debik aku pulak, mampoih aku". Saya pesakit jantung. Saya tak berani nak jerkah lagi.

Mujurlah ada salah seorang dari polis tu yang ada iman dan ada akal. Dia suruh rakan-rakannya berhenti membelasah lelaki itu. Lelaki itu tak pakai baju kuning pun.

Selepas kejadian itu, saya terus berjalan sebab saya nak pergi stesen LRT Masjid Jamik. Tiba-tiba seorang polis Keling menjerit, "Hei Uncle, bukak baju kuning!" Bila saya pandang ke arah yang dia jerit itu, saya lihat seorang lelaki tua berbangsa India memakai baju kuning Bersih.

Selepas itu polis Keling itu meminta rakan-rakannya tangkap lelaki India itu. Keling buli India. Dan, hanya kerana memakai baju kuning Bersih. Bila lelaki tua India itu diheret ke trak polis, polis-polis lain beramai-ramai menyorak-menyorak dan menjerit-jerit kepada lelaki tua yang malang itu.

"Apa salah dia. Undang-undang mana tak boleh pakai baju tu?" Sekali lagi saya lupa diri bahawa saya sebenarnya sakit jantung. Kalau dia debik aku, naya aku. Tetapi polis Keling itu buat tak tau ja. Nasib saya baik. Kalau dia terajang aku...

Saya cuba mencari nama polis Keling itu. Rupa-rupanya name tag dia dah dibuang. Saya perhatikan polis-polis yang lain pula. La! Semua dah tak ada name tag.

Saya juga sempat melihat segerombolan polis menjerit-jerit dan mengugut-ugut kepada orang-orang yang berada dalam Restoran KFC. Nasib baik depa tak masuk dalam restoran itu, mungkin kerana berkunci (Pada sebelah malam selepas Maghrib saya diberitau seorang kawan bahawa polis menyerang, ligan, pukul, tendang, terajang orang-orang yang makan dan minum di kedai-kedai makan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman).

Orang-orang yang tidak bersenjata dan tidak mampu pun membahayakan orang lain diganasi dengan begitu kejam, apa kita nak buat? Adakah nak kata polis b*b*?

Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, selalu saya tulis tentang polis baik dan polis jahat. Pasukan polis bukan musuh kita. Ada begitu banyak polis yang baik dan cari makan dengan jujur sebagai anggota polis. Ramai kenalan dan adik beradik kita yang jadi polis. Arwah bapa mertua saya polis pencen.

Polis bukan musuh kita. Musuh kita ialah syaitan-syaitan yang jahat dan ganas dan berjaya menyelinap ke dalam pasukan polis lalu menjadi anggota polis. Mereka bukan polis. Mereka polis jahat.

Tetapi selepas polis-polis jahat itu mengganas, pernah kita lihat mereka dihukum?

Dalam Bersih 2.0 dulu, begitu banyak rakaman video dan gambar tentang keganasan polis-polis jahat. Pernahkah kita melihat mereka dihukum? Pernah?

Lalu apa daya kita? Saya tak tau apa orang lain buat, tetapi setiap hari saya memohon dan merayu Allah s.w.t. mela'natkan mereka yang berlagak tuhan dan melampau. Ya Allah! La'natkanlah penjahat-penjahat dan mengganasi dengan kejam orang-orang yang tidak bersenjata dan tidak berdaya! La'natkanlah mereka, ya Allah!!

Saya hanya berharap lebih ramai yang berdoa memohon Allah mela'natkan mereka. Itu yang terbaik untuk mereka. Setakat maki-maki buat apa.

Berkaitan:
PAS: Police spread rumour of officer’s death to rile up force (TMI 29/4/12)
Bersih protesters ‘exemplary’, say international observers (TMI 29/4/12)

Abim ucap tahniah di atas kejayaan Bersih




7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengucapkan tahniah di atas kejayaan rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan Berrsih 3.0 semalam.
Menilai kepada jumlah kehadiran orang di samping rangkaian protes serupa yang dianjurkan di seluruh dunia, Abim beranggapan ia memberikan isyarat jelas bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa yang mahukan sistem pilihanraya yang telus serta tidak diragui integritinya diamalkan di negara yang tercinta ini.
Demikian kata Amidi Abdul Manan, Presiden Abim dalam satu kenyataannya selepas perhimpunan Bersih 3.0 semalam.
Dalam hal ini, katanya, Abim mengimbau semula pelbagai rungutan serta kekhuatiran yang diutarakan oleh rakyat berhubung dengan isu ini, seperti kewujudan nama pengundi yang meragukan (pengundi hantu), integriti saluran undi POS, akses saksama kepada media untuk semua parti politik, dan integriti serta kedudukan institusi-institusi awam selaku badan yang bebas dari pengaruh partisan mana-mana kelompok politik di samping amalan politik kotor dan rasuah yang sering diperkatakan di peringkat akar umbi.
"Semoga penganjuran perhimpunan aman ini akan menggerakkan perubahan drastic serta agresif dan komprehensif terhadap tatacara pengendalian pilihanraya yang telus serta tidak diragui integritinya.
"Sesungguhnya penglibatan serta pandangan yang dikemukakan oleh rakyat adalah bukti kematangan masyarakat sivil wujud di negara ini, dan sekaligus merupakan bench mark utama terhadap kualiti sumber daya insan yang ada di negara ini," kata beliau dalam kenyataannya.
Menurut beliau, dari konteks umat Islam selaku teras peneraju politik di negara ini, Islam menganjurkan integriti serta ketelusan merupakan esensi penting yang ditekankan dalam kehidupan seseorang Muslim.
"Islam menganjurkan setiap amalan serta pekerjaan dilaksanakan dengan jujur serta ikhlas untuk imbalan berbentuk keberkatan serta keredhaan dari Allah s.w.t.
"Keberkatan serta keredhaan dari Allah s.w.t hanya boleh dicapai seandainya teras utama ajaran Islam yang menganjurkan amanah, keikhlasan serta kejujuran diamalkan di pelbagai peringkat," tegas beliau.
Bagi beliau, kemuafakatan atau konsensus dalam Islam boleh dirangka melalui kepelbagaian pandangan dan pendapat yang diuruskan dengan hikmah serta harmoni.
Pengendalian pilihanraya yang telus serta tidak diragui integriti tatacara penganjurannya merupakan esensi penting untuk mendapatkan permuafakatan serta konsensus secara berkat serta diredhai Allah yang akan meresap jauh dalam denyut nadi serta amalan rakyat. Natijahnya, pembentukan Negara Barakah yang merangkumi esensi keberkatan dan keredhaan illahi dapat direalisasikan.
"Di akhir kalam ini, Abim ingin merakamkan ucapan tahniah atas partisipasi rakyat Malaysia dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 ini," katanya.

Rencana Khas.Perlu Letak Jawatan

Memerhati kepada kolaborasi pihak polis dengan BN khasnya Umno dalam mengagal dan menyekatkan desakan dan tuntutan rakyat agar membersihkan pilihan raya demi mensucikan demokrasi di negara ini menerusi himpunan Bersih: Duduk dan Bantah semalam sudah sampai masanya kalau Jabatan 
Perkhidmatan Awam mencadangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu membuat semakan untuk menilai sejauh manakah relevannya perkataan Polis Di Raja Malaysia digunakan.
Ismail Omar
Kita tahu perkataan itu (Polis Diraja) tidak bererti polis hanya perlu melindungi dan menjamin keselamatan Raja-Raja Melayu tetapi slogan itu adalah simbol kepada kerajaan dan rakyat. Raja adalah kerajaan, raja adalah rakyat. Justeru tugas dan tanggungjawab pasukan polis ialah menjaga keselamatan negara dan menjamin keselamatan bangsa tanpa mengira individu itu apa warna mereka, anutan agama dan fahaman siasahnya.
Tugas polis menjamin keselamatan dan tugas itu adalah aset dan integriti mereka. Kalau polis gagal apa lagi bersekongkol dengan kejahatan itu bukan polis DiRaja lagi, itu polis DiUmno?  Atau polis yang memakai uniform suci untuk menjadi jahat bagi memenuhi tembolok bodoh mereka.
Polis tidak boleh (haram) melanggar sumpah dan janji perkhidmatan mereka. Mereka tidak boleh berpihak atau menjadi agen yang boleh menerima upah atau tidak, kepada mana-mana puak dan juga kumpulan. Hakikat ini termasuk juga polis tidak boleh menjadi ‘barua’ kepada mana-mana kumpulan siasah termasuk Umno serta mana-mana  individu politik hatta dia adalah seorang perdana menteri seperti Ha Najib Razak. Najib dan jawatan perdana menteri dua perkara berbeza, begitu juga Umno dengan kerajaan dua perkara berlainan.
Yang boleh polis jaga, kawal ialah perdana menteri, dan keseluruhan kerajaan. Hatta isteri perdana menteri dan anak-anaknya tidak berhak mendapat kawalan langsung polis.  Manakala individu rakyat berhak menerima perlindungan polis atas dasar dia warganegara dan atas dasar prinsip kemanusiaan yang dijunjung oleh polis.
Malangnya tanggungjawab dan amanah itu sudah mungkir dan melencung jauh. Ia bukan amalan dan kewajiban lagi.  Polis di Raja Malaysia bukan lagi menjaga hak dan kepentingan serta keselamatan rakyat menurut prinsipnya, tetapi adalah menjadi musuh apabila mereka sedia menjadi Pandir dan ‘kooli” kepada kumpulan politik tertentu ataupun individu yang memiliki kuasa politik. Lebih dahsyat dari itu polis menjadi samseng kepada orang dan segelintir puak tertentu.
Ramli Yusuf
Peristiwa demi peristiwa yang membabitkan polis dan orang politik yang didedah sepanjang masa di negara ini menunjukkan hakikat ini. Polis tidak boleh menafikan akan berlakunya perkara ini. Sebab sejarah dan masa akan datang menceritakan segala-galanya. Saya tidak tahu sampai ke tahap mana Ketua Polis Negara, Ismail Omar) dan timbalannya dan lain-lain pangkat perlu menundukkan kepala kepada penguasa (politikus) yang memperalatkan mereka atau membayar mereka dengan pelbagai fasalitis termasuk menaikkan pangkat atau pun menawarkan jawatan kontrak selepas pencen.  Apakah sampai dahi mencecah ke bumi dan ekor bernajis melayang ke atas? Sampai ke situkah?
Dalam sepanjang hayat saya 52 tahun saya tidak pernah dengar ada orang-orang besar polis mengambil tindakan berani meletakan jawatan lantaran mengambil risiko dan tanggungjawab kerana bersubahat dengan mana-mana individu politikus.
Yang ada dan berhenti dari jawatan itu kerana mati ditembak dan mati dilanggar lori treler.
Sesuatu yang malang kerana sejarah ini tidak berlaku. Sudah berapa banyak peristiwa dan tragedi hitam yang diragui kononnya ada penglibatan polis dan penggunaan polis secara salah, tetapi ketua atau orang bertanggungjawab itu tidak mengambil tanggungjawab meletak jawatan.
Di Malaysia bukan saja orang politik lenyap rasa tanggungjawab (responsilibiti) kepada tugas dan amanah, polis juga... orang yang berada dalam pasukan yang kononnya tinggi tahap disiplinnya. Tagline perkhidmatannya Tepat dan Betul melambangkan integriti mereka. Soalnya sejauh manakah mereka menjaga dan mengawal integriti itu?  
Peristiwa-peritiwa berdarah, comot dan maut yang dianggap ada sangkut paut polis seperti Memali, peristiwa Ketua Polis Negara menumbuk Anwar Ibrahim dalam lokap, peristiwa pembunuhan politikus Pas Abdul Samad Ahmad Miangi, pengerudian terhadap Al Arqam, al Maunah dan macam-macam lagi semuanya boleh dipersoalkan akan kredibiliti polis. Meskipun kejadian itu tidak berkait langsung dengan polis tetapi umum akan persoal tindakan polis.
Dan peristiwa semalam yang masih hangat di hidung dan mata kita juga boleh dibahukan kepada polis.
Semua peristiwa itu ada kena mengena dengan penglibatan dan kolaborasi polis dengan pihak tertentu. 
Di sini terus terang dengan agak keras saya katakan atas apa yang berlaku semalam ketegangan di hujung himpunan Bersih di mana jelas dan nyata polis bersubahat menyebabkan Ketua Polis Negara Aziz Omar perlu meletak jawatan. Beliau kena mengambil tanggungjawab dan tidak perlu berhelah seribu madah lagi dengan apa yang berlaku.
Beliau juga tidak perlu merasa sayang dengan keuntungan jawatan sebaliknya perlu menjaga maruah dan moralnya dulu sebagai anggota polis. Ismail akan meminta jawatankuasa disiplin polis membuat atau menmgambil tindakan ke atas anggota kecilnya yang melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan pasukan. Tetapi bagaimana dengan Ismail. Tindakan polis yang rakus dan bersalahan dengan tatacara manusia dan agama itu sebenarnya lebih teruk dari kesalahan anggota kecil menjatuhkan imej pasukan. 

Jadi apabila tidak ada orang yang berani untuk menilai kesalahan moral polis itu maka Ismail selaku ketuanya perlu mengambil tindakan. Itulah tugas dan amanah seorang ketua.
Hishamuddin Hussein

Untuk mengetahui sejauh mana keterlanjuran anak buahnya beliau boleh menyiasat sendiri dengan menyaksikan laporan bebas dan juga rakaman video kekejaman dan kerakusan polis kepada orang awam. Bukalah blog dan Fb berlambak-lambak rakaman demikian. Ismail tidak boleh hanya melihat rakaman yang disediakan oleh anak buahnya saja, kerana sudah tentu anak buahnya akan menyediakan video yang baik untuk polis. Sebagai ketua yang adil Ismail kena tengok semua rakaman dan menerima semua pengaduan.

Usaha menyembuyikan kejadian sebenar termasuk kekejaman polis tidak ubah seperti cuba hendak menyembunyikan speaker yang bervoltan dan bervolume tinggi dalam guni. Ia sia-sia saja sebab bunyi itu akan dapat didengar oleh orang ramai. Bahkan bunyi itu kini sudah melangkau ke seantero dunia.

Persoalan juga timbul bagi saya apakah kejadian ini satu sabotaj? Ada kemungkinannya. Polis sengaja dibiarkan ganas ataupun disuntik pil ganas sebelum itu agar mereka boleh menjadi seperti anjing. Gunanya untuk memberi damge kepada Ismail. 

Kemungkinan ini tidak boleh dinafikan begitu saja. Politiking, rebut kuasa jatuh menjatuh juga berlaku dalam pasukan polis. Nasib malang menimpa bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Ramli Yusuf adalah bukti jelas dan sejarah paling busuk dan hanyir dalam pasukan polis. 
 
Sehubungan itu juga Aziz Yusuf Pengerusi SPR perlu juga melepas jawatan untuk memikul tanggungjawab apabila himpunan mencecah 250,000 itu. Himpunan Bersih itu diadakan berpunca dari kedegilan dan kebebalan beliau untuk tidak menerima beberapa tuntutan Bersih. Pasti kalau SPR sedia menerima tuntutan itu himpunan seperti itu tidak akan berlaku.
Iya beliau adalah orang yang diminta oleh perdana meteri untuk tidak memenuhi tuntutan rakyat demi Umno. Atau pun atas kedudukannya dia sebagai ahli Umno juga pasti dia mahu berkhidmat kepada parti. Namun dia tidak sepatutnya menggunakan kedudukan sebagai pengerusi sebuah suruhanjaya bebas boleh bertindak demikian. Kalau Aziz hendak membela Umno beliau perlu bertanding jawatan tertinggi parti dan masa itu baru boleh dipulihkan Umno.
Abdul Aziz Yusuf
Kalau Aziz ada maruah dia perlu melepas jawatan selepas himpunan itu berjaya. Jika tidak dunia akan mempersoalkan dimanakah maruah beliau sebagai pengerusi sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas, adil, telus dari segala penjawat jawatan lain. Implikasi dari Bersih itu sebenarnya sudah tidak ada guna Aziz terus memegang jawatan itu kerana beliau akan disumpah sepanjang jalan beliau menuju ke pejabat SPR. Kalau beliau ada integriti beliau kena melepas jawatan itu sesegera mungkin.

Selain dari Ismail Omar dan Aziz Yusuf seorang lagi perlu mengambil tanggung jawatan dan maruah itu dia dimaksudkan itu Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein. Hishamuddin juga perlu meletask jawatan. Dia kena bertanggungjawab sebagai seorang penguasa politik.
Sekiranya mereka tetap diam membisu dan memakan wang rakyat setelah menganiaya rakyat dengan jawatan dan bidang kuasa mereka miliki, mereka akan dikecam dan disumpah sepanjang hayat. Mahukah mereka? Kalau mereka seorang berintegritri seperti bangsa Jepun, Korea hatta India, mereka akan melepaskan jawatan. Kalau mereka seorang beriman dengan agama (Islam) mereka juga kena melepasnya kerana agama tidak mengajar mereka bertindak begitu dan mereka perlu bertaubat.

Akhbar Mesir Sifatkan Kerajaan Najib Takut


Ketika seluruh dunia sedang membuat penilaian kepada demonstrasi BERSIH semalam, akhbar al-Ahram Mesir tidak ketinggalan mengulas mengenainya.




Antara yang dicatatkan dalam kandungan berita itu:

Polis Malaysia semalam menutup Dataran Merdeka (dikenali sebagai Medan Tahrir di Mesir) sambil dikuatkan dengan helikopter yang berkawal kerana takut para demonstran menuju masuk ke Dataran Merdeka.


 Sebuah pertubuhan yang dikenali dengan nama "BERSIH" menuntut supaya pilihanraya diadakan dengan bebas dan bersih. - terjemahan isi penting-

sumber: sini

Bersih 3.0 ada di seluruh dunia kecuali di KG.UMNO

Gambar daripada FB Global Bersih 3.0
Di Malaysia demo Bersih polis tangkap, pukul dan patahkan tulang rusuk wartawan,kamera wartawan Al Jazeera kena rampas.Rakyat yang ditangkap digomol macam koyak buah durian!Mengaku mahu menuju negara maju tapi otak pemerintah kelas ketiga kalahkan Myanmar.Otak kelas ketiga juga kata ini gambar palsu!Satu dunia rakyat Malaysia mahu Bersih cuma yang tak ada di KG UMNO.Kitab mereka hanya TV3 suku dan RTM.Menteri kabinet termasuk PM bodohkan rakyat yang kurang cerdik termasuk tok lebai Umno yang kata demo Bersih haram.Semua jadi pelakon filem Bollywood kalahkan Shah Rukh Khan.

Pasca-Bersih 3.0: Siapa paling dapat manfaat, PR atau BN?

Laporan dan komentar di media tempatan dan antarabangsa mengenai protes Bersih 3.0 di Kuala Lumpur semalam menunjukkan kumpulan itu dan parti-parti Pakatan Rakyat yang menggerakkannya mendapat manfaat politik segera.

Ada yang melihat pemerintah akan melewatkan lagi Pilihan Raya Umum ke-13 sehingga kesan negatif hasil laporan dan persaingan maklumat di media berhubung Bersih 3.0 dapat dikawal atau diatasi dengan isu lain.


Seperti dijelaskan SiasahDaily dalam tulisan sebelum ini, isu imej pentadbiran Najib di peringkat antarabangsa bakal menjadi satu bahagian penting dalam peristiwa yang mempunyai kaitan terus dengan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Media-media asing seperti dijangka segera mengambil sudut yang mudah dan mudah dibaca ini, antaranya akhbar New York Times, Washington Post dan Wall Street Journal.

Sudut dan naratif mudah yang dikemukakan itu ialah bentuk gambaran besar pertembungan kerajaan yang autoritarian dengan pembangkang atau rakyat yang ditindas yang mudah difahami pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil pejuang demokrasi dan hak asasi dan kerajaan di Barat.

Satu komentar di Global Post yang ditulis sebelum perhimpunan pula meletakkan tajuk Malaysia's Arab Spring?, analisis yang melihat dengan mudah perkembangan di Malaysia ini dengan kebangkitan di dunia Arab sejak lebih setahun lalu.

Laporan itu memetik Bridget Welsh, akademik pengkaji politik Malaysia di Universiti Pengurusan Singapura sebagai berkata pemerintah menghalang penggunaan Dataran Merdeka sebagai tempatb perhimpunan disebabkan "persamaannya dengan Medan Tahrir di Mesir."

Pemimpin-pemimpin PR, terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim telah banyak kali dalam ucapannya mengaitkan protes berleluasa di dunia Arab untuk membina sentimen yang sama di Malaysia, melalui senjata utama perhimpunan Bersih, dengan tujuan yang dibaca sebagai untuk meningkatkan sentimen penentangan terhadap pemerintah Umno dan Barisan Nasional.

Rujukan terhadap perubahan rejim dan revolusi juga timbul dalam kalangan aktivis pembangkang, walaupun secara rasmi pakatan pembangkang menolak perubahan kerajaan melalui proses selain pilihan raya (kecuali dalam kes 16 September, 2008).

Seorang aktivis PR, Amin Iskandar menulis dalam Twitter: "Regime change will happen soon in Malaysia. Not through election. Mark my words!"

Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim membakar semangat demonstran supaya "memerdekakan Dataran Merdeka," juga telah dilihat sebagai satu pencetus huru hara dalam demonstrasi yang telah berlangsung tanpa sebarang insiden serius sejak malam sebelum 28 hari bulan.

Tindakan Anwar itu telah mencetuskan dakwaan usaha beliau mencetuskan protes yang lebih ganas dan membuka untuk hal-hal lain yang membuka kepada pelbagai kemungkinan berlaku, dakwaan yang menurut sesetengah bekas individu dalam lingkungan dalaman Anwar sebagai bukan semata-mata sesuatu yang diperbesarkan musuh politik pemimpin itu.

Hal ini diburukkan lagi dengan dakwaan bahawa Anwar dan kepimpinan Bersih 3.0, di bawah Datuk Ambiga Sreneevasan kelihatan berbeza dalam menguruskan demonstrasi itu semalam.

Dan dalam satu isu berkaitan, DAP, sebuah parti komponen PR memperlihatkan perbezaan pendapat dalam sokongan terhadap Bersih 3.0.

SiasahDaily juga melaporkan sejak semalam bagaimana maklumat penamatan demonstrasi yang tidak sampai kepada demonstran di tempat-tempat berbeza telah membuka ruang kepada insiden tidak diingini berlaku,

Insiden yang lebih buruk mampu mencetuskan suasana yang lebih merugikan kepada Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan keseluruhan pemerintah serta pasukan keselamatan.

Isu berkaitan pemulihan proses pilihan raya kini menjadi kurang kritikal berbanding persepsi dan momentum yang telah dicetuskan hasil protes besar-besaran semalam.

Perang maklumat selepas demonstrasi semakin menunjukkan bagaimana protes Bersih 3.0 menjadi senjata kempen yang diharapkan oleh PR untuk diraih pulangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Sejarah sejak 2007 menunjukkan PR hanya mengadakan perhimpunan Bersih ketika merasakan pilihan raya semakin hampir.

Pemulihan proses pilihan raya tidak menjadi isu besar sejak kemenangan besar parti-parti pembangkang pada Mac 2008. Bersih kedua dan debat panas reformasi pilihan raya kembali pada tahun lalu, ketika pilihan raya umum mula dirasakan semakin hampir.

Walau bagaimanapun, perang maklumat antara kedua-dua pihak belum menunjukkan mana-mana pihak mempunyai kelebihan yang jelas.

James Chin, profesor sains politik di Universiti Monash seperti dipetik Wall Street Journal berkata beliau menyaksikan ramai demonstran mencari konfrontasi dengan pihak berkuasa, dan ini boleh memberi kelebihan kepada Najib.

Najib kini terpaksa melakukan kawalan kerosakan (damage control), tetapi kesan negatif di luar dan dalam negara boleh dikatakan berbeza.

Fokus media asing pada isu demokrasi - dengan para demonstran dalam semua laporan disifatkan sebagai menuntut reformasi proses pilihan raya - menghasilkan hanya satu bentuk pembingkaian (framing) dan penerimaan audiens terbabit, tetapi di Malaysia yang rakyatnya memerhati dengan lebih dekat, mungkin kesannya tidak sepenuhnya positif.

Isu kaitan Ambiga dengan perjuangan menuntut hak oleh golongan gay masih menjadi isu dimainkan oleh Umno dan kumpulan yang beraliansi dengannya untuk membina dan mengubah persepsi orang Melayu. Satu tulisan oleh seorang wartawan senior memberikan satu pandangan yang agak jelas dalam isu ini.

Di peringkat global, imej Najib boleh dikatakan telah terjejas, tetapi permainan politik dalaman.yang melibatkan isu agama, politik Melayu, gay dan juga kaitan dengan keamanan dan keselamatan negara masih menjadi sebahagian permainan media yang boleh mengubah.

Dipetik dari - http://siasahdaily.blogspot.com/2012/04/pasca-bersih-30-siapa-paling-dapat.html

[WAJIB BACA] Penjelasan saksi: Mengapa Kereta Polis diterbalikkan.


KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.


(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini.



Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.
Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu adalah seorang yang memakai seluar pendek dan bertopi keledar.

(Pemandu kereta polis yang dibawa keluar dari kereta selepas merempuh peserta perhimpunan)

Ia dipandu laju selepas diserang dengan botol air oleh peserta Bersih 3.0 apabila mendapati pemandunya bukan berpakaian polis tetapi bertopi keledar.

Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok.

Orang ramai membelasah pemandu yang bertopi keledar itu tetapi membawa keluar dengan baik anggota polis yang turut berada dalam kereta itu. Kereta itu kemudiannya diterbalikkan kerana menganggap masih ada orang yang terperangkap di bawah kereta itu - Harakahdaily

KANTOI: Lelaki ini kejap jadi peserta, kejap jadi polis

Gambar atas kiri: Lelaki ini sedang menerajang motosikal polis
Gambar bawah: lelaki ini juga yang menangkap peserat BERSIH


Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana.

Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis! 

Tuesday, April 17, 2012

Bersih 3.0 : Amaran Rakyat kepada BN

Presiden PAS kerah ahli lengkapkan 500,000 'duduk bantah' Bersih 3.0

Presiden PAS Tuan Guru Abdul hadi Awang (kanan) hari ini mengerahkan ahli partinya dari seluruh negara melengkapkan mobilisasi 500,000 rakyat Malaysia ke himpunan aman Bersih 3.0 ini pada 28 April ini.

Beliau berkata, Bersih 3.0 wajar dilancarkan memandangkan kerajaan pusat hari ini dilihat enggan melunaskan 8 tuntutan Bersih 2.0 bagi mereformasi sistem pilihan raya.
"Himpunan Bersih 3.0 perlu diteruskan lagi sehingga tuntutan kita dilaksanakan," ujarnya di Harakahdaily.net.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, kerajaan pusat sepatutnya tidak menolak laporan minor Pakatan Rakyat, termasuk berkaitan daftar pemilih yang meragukan dan akses media yang tidak bebas.
Akibat dari itu, beliau berkata, rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil dalam proses pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada Jun ini.
"Walaupun kerajaan menubuhkan jawatankuasa (PSC) task force parlimen, apa yang sangat mendukacitakan, pilihan raya boleh diumum bila-bila masa walaupun tuntutan (syor) yang dibuat belum ditunaikan," katanya di parlimen.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sokongan PAS terhadap himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini anjuran Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) yang turut disokong 84 NGO.
Himpunan tersebut akan diadakan bermula jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka.
"Mereka juga tidak menghormati pandangan-pandangan yang berhujah dengan menggunakan pandangan majoriti tanpa hujah yang kuat.
"Ini bukan cara demokrasi yang adil," kata presiden PAS itu.