Sunday, January 12, 2014

Jenayah curi lembu pula berleluasa

Di tengah kemelesetan ekonomi, kejadian kecurian dan rompakan semakin bertambah, antaranya termasuk kejadian curi lembu yang pelik menyebabkan orang ramai terkejut.

Terbaru, satu kes dilaporkan Ahad lalu di Kulim, Kedah di mana dua mencuri berjaya memuatkan empat ekor lembu ke dalam kereta Proton Wira yang diubahsuai.


Kedua pencuri itu terpaksa meninggalkan kereta mereka - yang kerusi belakangnya dialih untuk memuatkan lembu-lembu tersebut - setelah ia rosak 15km dari tempat kejadian.

Bulan lalu, 50 pencuri berpengalaman - bersenjatakan enam pistol - telah menceroboh ladang lembu di Melaka dan dan berjaya melarikan 30 lembu dengan dua lori.

Berbanding ayam, itik dan kambing, lembu ialah ternakan paling besar. Dan ia menjadi 'kegemaran' pencuri lantaran permintaan pasaran yang tinggi.

Ada juga yang mungkin menyalahkan kemelesetan ekonomi memberi inspirasi kepada beberapa kumpulan untuk mencuri lembu.

Setiausaha Persatuan Peladang Lembu India Pulau Pinang M Asogan memberi spekulasi betapa pasaran gelap daging lembu kini aktif berdasarkan kes-kes yang dilaporkan.

Dalam satu temuramah dengan Malaysiakini, Asogan berkata sebilangan penjual daging mungkin bersubahat kerana mereka dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM700 jika membeli lembu curi.

"Seekor lembu dengan berat antara 250kg hingga 300kg boleh dijual sehingga RM 3,100... tetapi harga seekor lembu curi hanya sekitar RM 2,400.

“Untuk enam bulan lepas, kita hanya menerima satu kes 'hilang lembu' secara purata tapi kini kita dapat sekurang-kurangnya tiga kes setiap dua bulan," kata beliau.

Asogan berkata kumpulan pencuri yang dianggap beliau sebagai "bijak" itu selalunya membawa lembu curi mereka terus ke ladang sembelihan haram untuk menjual daging mereka secepat mungkin.

"Dengan tindakan pantas mereka, polis tiada cara untuk membuat pemeriksaan walaupun pemilik ladang membuat laporan dengan cepat. Daging itu sudah dijual di pasaran sebelum polis membuat siasatan," tambah beliau.

SOSMA ‘hantu jelmaan’ ISA, rampas hak asasi rakyat

Meskipun Kerajaan BN berpendirian tidak berhasrat mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) perlu digubal supaya tidak merampas hak asasi rakyat.

Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata Sosma merupakan undang-undang yang menindas rakyat dan tidak mustahil akan digunakan sebagai alat politik untuk memberikan tekanan kepada pembangkang.

Katanya, terma yang terdapat di dalam Sosma yang antaranya membenarkan seseorang ditahan tanpa diikat jamin untuk bertahun lamanya antara perkara yang membawa kepada hujah penolakan terhadap Sosma.

“Tetapi Sosma yang digubal kini boleh disalahgunakan terhadap pembangkang dan rakyat. Sama seperti ISA. kita juga minta pindaan dibuat terhadap Sosma.

“Sosma adalah undang-undang menindas. Ia membolehkan seseorang ditahan tanpa dijamin untuk bertahun, Ia juga memansuhkan undang-undang jenayah dan undang-undang keterangan yang biasa serta menggugat hak asasi rakyat,” katanya kepada Selangor Kini.
Kata Ahli Parlimen Padang Serai itu, kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyokong supaya ISA dikembalikan disifatkan ‘pembelot kepada rakyat’ di negara ini.

Jelasnya, ISA dilihat lebih kepada untuk kebaikan Barisan Nasional dalam berdepan pembangkang supaya isu penting dalam negara dapat didiamkan.

“Tujuan mereka bukanlah untuk kebaikan negara tetapi untuk kebaikan Umno-BN. Tujuan mereka adalah untuk mengunakan ISA sebagai alat politik untuk menangkap mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Tindakan itu membelot kepada rakyat di negara ini kerana ia akan digunakan untuk merampas hak asasi rakyat,” katanya.

sumber 

Bila isteri gila gadjet...

LIMA tahun sudah, seorang rakan sepejabat, sebaik habis waktu kerja terus bergegas pulang.

Penulis pernah bertanyanya kenapa terlalu rushing, dia beritahu tak mahu terlepas sebuah sinetron yang hot ditayangkan ketika itu di sebuah stesen tv, malamnya dia kata "nak tanam pokok plak, hasil semalam belum tuai"... Penulis mulanya ragu-ragu... "biar betul kawan aku ni... malam-malam tanam pokok..."


Rupa-rupanya, 'tanam pokok' yang dia maksudkan itu ialah sebuah permainan internet - Farm Ville yang ketika itu menjadi kegilaan wanita bujang menghilangkan tekanan selepas bekerja. Malah wanita berkeluarga, terutama suri rumah tak kurang hebat meneroka permainan itu. Kata si kawan ini, ia menyeronokkan, malah makin teruja jika dapat banyak untung...

Dalam tahun sama, permainan Angry Birds juga menjadi fenomena, malah tatkala kemunculan awalnya, ia merajai beberapa aplikasi digital seperti Apple Apps Store dan Google Market. Games yang dikembangkan oleh Rovio sejak 2009 itu menjadi kegilaan seluruh dunia, bukan saja kanak-kanak dan remaja, malah golongan dewasa.

Hari ini, tidak saja Angry Birds, beberapa mobile games dicipta dan menjadi satu daripada aplikasi mobile smartphone. Sebut saja IPhone dan beberapa jenis mobile lain, semuanya menyediakan aplikasi permainan yang boleh terus dimuat turun.

Semakin maju teknologi sekarang, mobile games juga terusan dicipta selari dengan kemunculan telefon pintar yang turut diwarnai aplikasi mobile seperti facebook, twitter dan instagram (sekadar menyebut beberapa nama). Malah segala aplikasi ini ada yang memberi laba kepada wanita yang bijak menggunakannya sebagai platform berniaga online.

Berikutan kecanduan terhadap aplikasi-aplikasi yang boleh dikatakan memberi hiburan dan informasi itu, pengguna hari ini berlumba-lumba mendapatkan gadjet terbaharu yang menawarkan kelebihan tersendiri. Si anak merenget pada mama @ papa, si isteri memujuk suami, si awek menggoda kekasih dan tak kurang si suami melobi isteri hanya untuk sebuah gadjet baharu.

Kegilaan luar biasa ini pernah berlaku apabila orang ramai sanggup berbaris panjang berjam-jam, malah ada yang tidur dan berkhemah di hadapan kedai alat telekomunikasi Apple Store di sekitar Amerika syarikat (AS), selama dua hari berturut-turut semata-mata mahu menjadi pelanggan terawal memiliki iPhone 4S.

Namun di sebalik kecanggihan dan kemudahan ini, ada harga yang perlu kita bayar. Anak-anak tidak lagi rapat dengan ibu bapa apabila asyik terperap di bilik menghadap games, pasangan kekasih bercakaran bahana facebook dan lebih malang ada isteri ditinggalkan suami dek cinta gelap di facebook dengan hanya satu ungkapan sms - "aku ceraikan kau talak satu".

Begitulah padah gadjet, ke hulu ke hilir tak lepas pandang, apa dimiliki kini berciciran. Nasihat, pengalaman dan pandangan Wow kongsikan di sini buat pedoman...

Sanggup berbaris panjang demi iPhone 4S

16 Dis 2011 - Kemunculan telefon pintar terbaharu keluaran Apple Inc., iPhone 4S yang mula menembusi pasaran negara ini mencetuskan fenomena apabila orang ramai sanggup beratur panjang bagi mendapatkan gadjet tersebut itu.

Biarpun mula dijual pada jam 12.01 tengah malam, beratus-ratus penggemar gadjet tersebut mula beratur seawal 2 petang agar tidak terlepas peluang menjadi antara pelanggan terawal memilikinya.

Kemunculan telefon pintar iPhone mencipta fenomena luar biasa di AS, Eropah dan di Asia Tenggara. Bermula daripada pengeluaran iPhone, iPhone 3G, iPhone 3GS sehingga iPhone 4, sambutannya amat menggalakkan. Malah, tempias populariti iPhone turut melanda masyarakat Malaysia.

Koleksi gajet janji pendapatan yang berbaloi

Saya mula mengumpul segala koleksi gajet ini tiga tahun yang lalu. Bermula dengan kamera Sony, telefon Nokia dan Samsung, Samsung tablet sehinggalah kepada komputer riba Acer, semuanya dibeli hasil titik peluh saya bekerja sebagai pembantu pergigian di sebuah klinik gigi, di Ketereh, Kelantan. 

Pada mulanya, saya menggunakan semua koleksi ini untuk kegunaan peribadi sahaja. Namun sejak mula menceburi perniagaan online secara suka-suka, segala gajet ini menjadi keperluan utama buat diri ini.

Bayangkan, untuk promosi semua jenis produk bakeri seperti kek, biskut dan kuih muih, saya mengiklankan dalam laman sesawang facebook Kartiniey Marzihan dan wechat. Maklum balas daripada pelanggan cukup hangat sampaikan saya tidak cukup tidur semata-mata mahu siapkan tempahan pelanggan.

Setakat ini, pelanggan sekitar negeri Kelantan menjadi pelanggan setia produk saya. Memang ada hasrat untuk lebar ke peringkat tertinggi, tapi tunggu dululah.

Saya akui, dengan adanya telefon, tablet dan komputer riba ini, ia menjadikan perniagaan saya laris sepanjang masa. Suami, saudara mara dan rakan-rakan sering membantu saya dalam memberi tunjuk ajar untuk memajukan lagi jualan akan datang. Jika berdepan dengan masalah gajet seperti berlakunya kerosakan, mereka tampil memberi pertolongan.

Memandangkan gajet baru sering muncul tanpa diduga, saya teringin untuk membelinya lagi. Namun ia bergantung pada peruntukan yang ada. Cuma apa yang boleh saya katakan, jika kita bijak menggunakan produk gajet ini, ia memang menjanjikan pendapatan lumayan pada seseorang.

Kartini Marzihan Kamarudin, 35,
pembantu pergigian


Usaha dapatkan dalam apa jua cara

Saya memang kaki gajet. Sejak dulu hingga sekarang, keinginan tidak pernah berubah walaupun sudah dewasa.

iPad dan iPhone jenama Apple, beberapa telefon pintar Samsung Galaxy Note 2 dan kamera jenama Sony Xperia menjadi koleksi kesayangan. Himpunan permainan playstation antaranya playstation 1, playstation 3, PS Vita dan Nintendo 3DS turut dikumpul dan ini menjadikan himpunan gajet saya makin sempurna.

Untuk membeli segala macam gajet ini, saya peruntukkan sebanyak RM2,500 sahaja untuk satu gajet. Sikit bukan, tapi itulah kenyataanya kerana ada antara gajet yang dimiliki seperti telefon, saya menjualnya semula dan hanya menambah sedikit duit poket untuk mendapatkan koleksi baharu.

Walau bagaimanapun, jika ada yang berkenan, saya beli juga tanpa perlu trade in koleksi yang ada. Yang penting, saya tidak ketinggalan dengan perkembangan dunia gajet .

Mempunyai himpunan iPad, iPhone, telefon, komputer riba dan playstation tidak pernah membuatkan saya lalai dengan kerjaya sebagai eksekutif pemasaran. Sebaliknya ia memudahkan lagi urusan kerja.

Misalnya, jika dulu mahu jumpa pelanggan, perlu bawa banyak katalog untuk promosikan produk, tetapi sekarang saya hanya bawa iPad dan tunjuk hasil kerja melalui iPad. Senang dan mudah.

Adanya gajet, saya mampu menggunakan aplikasi seperti facebook, twitter, whatsapp, instgram. Saya dapat ramai kenalan  malah dapat membina nama dalam modeling dengan cara tersendiri hanya menggunakan aplikasi yang ditawarkan.

Pendek kata, selain puaskan hati dengan berjaya kumpul segala gajet, ia juga mampu memantapkan dua kerjaya saya ke arah yang lebih baik lagi.

Noor Amylia Soon Mustafa, 28,
Eksekutif Pemasaran dan model


Dulu bertimbun, sekarang makin kurang

Saya seorang suri rumah sepenuh masa. Rutin harian adalah membuat kerja-kerja rumah sama seperti wanita lain. Dua anak saya, Putri Nur Ellysha dan Putra Nur Eiymann Syah pula sudah besar. Jadi ada hari-hari tertentu, saya punyai banyak masa sehinggakan timbul minat untuk kumpul gajet.

Dulu, saya banyak gajet. Boleh dikatakan setiap satu iPad, iPhone, telefon jenama Samsung dan Nokia serta komputer riba jenama Acer mempunyai beberapa bilangan. Jika orang luar tengok pasti mereka akan terkejut.

Semua koleksi ini adalah pemberian daripada suami tercinta. Ada juga yang dibeli menggunakan wang simpanan sendiri. Gajet ini, saya bukanlah beli untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk kegunaan diri disebabkan  aktif berblogging. Tambahan pula saya ada bisnes online, jadi gajet ini amat diperlukan.

Bila urusan kerja selesai, saya luang masa untuk berfacebook dengan rakan. Kadang-kadang saya ambil masa terlalu lama menghadap facebook, namun bila merasakan yang suami dan anak-anak mula terpinggir, saya mula perbaiki diri.

Beberapa bulan selepas itu, saya melahirkan anak ketiga, Eusuff Aryan yang kini berusia 9 bulan. Sejak dia lahir, saya sudah tidak cukup masa untuk berfacebook, berblogging dan macam-macam lagi perkara berkaitan gajet. Mungkin dek kekurangan masa untuk melakukan semua itu.

Kini, hanya beberapa koleksi gajet yang menjadi simpanan saya. Semuanya digunakan untuk keperluan yang penting seperti perniagaan atas talian. Untuk beli gajet baharu, mungkin saya akan berfikir dua kali tapi jika ia memberi faedah untuk keluarga, apa salahnya saya kembali menambah koleksi yang sedia ada.

Eliza Dianna Zahadi, 32,
suri rumah


Kerana facebook, curang dengan suami

Sudah tiga tahun saya berkahwin. Walaupun suami sentiasa sibuk dengan urusannya di pejabat namun kami bahagia sepanjang masa.

Disebabkan kurangnya masa bersama saya, ditambah pula masih belum dikurniakan zuriat, suami membelikan sebuah komputer riba jenama Toshiba dan telefon bimbit Samsung untuk saya mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

Bila dihadiahkan dengan dua gajet tersebut, saya memang tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya. Mana taknya, sebagai wanita kampung, saya tidak didedahkan dengan semua koleksi hebat sebegini.

Bila sudah mahir, saya kerap mengakses berita dan mengikuti perkembangan dunia Islam. Aplikasi facebook, whatsapp dan macam-macam lagi sudah berjaya dikuasai. Ramai kenalan baru di facebook dan kami sering  berbual di alam maya hampir setiap hari.

Suatu hari, saya berkenalan dengan seorang pemuda di facebook, namanya Farid. Kami berchating tanpa mengira masa dan paling best, kami bertukar gambar dan saya bagaikan terpukau dengan kekacakan Farid.

Setiap hari, setiap malam, kerja saya hanya berchating dengan dia. Timbul rasa suka dan cinta pada Farid, tapi saya malu untuk luahkan. Enggan dikatakan perigi mencari timba.

Suami mula perasan dengan perubahan diri ini. Bila ditanya, saya beritahu perkara sebenar. Suami terkejut dan dia terus ceraikan saya disebabkan keterlanjuran antara saya dengan Farid. Saya menyesal dengan apa yang terjadi. Ini semua gara-gara gajet yang diberi. Jika bukan gajet itu, saya masih bahagia dengan suami sampai sekarang.

Mariam, 35
suri rumah
Guna ikut kepentingan
Kehadiran pelbagai gajet adalah suatu fenomena baru dalam dunia moden masa kini. Masyarakat tidak dapat lari daripada kesan pembangunan dan kemajuan yang serba canggih hasil perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta inovasi yang begitu pesat.

Sehubungan itu, menjadi lumrah suatu yang baharu dan unik mempunyai daya tarikan yang kuat dan mengundang kecenderungan mengujakan.

Walau macam mana canggih sekalipun gajet yang ada dalam pasaran, namun ianya tidak dapat menguasai pemikiran manusia sekiranya manusia itu sendiri tidak membenarkannya. Kita sebagai empunya diri memiliki kuasa untuk mengizinkan atau tidak diri terjebak dalam kerakusan dunia gajet yang serba canggih lagi unik.

Ada kalanya menjanjikan hasil kepuasan positif dan tidak kurang juga yang menghalalkan kelalaian yang membawa kepada kekecewaan dan keburukan.

Jadi kita perlu menghadapi situasi ini dengan penuh kesedaran. Tanya pada hati dan perasaan serta teroka pada pemikiran, adakah gajet yang kita gunakan ini suatu kemestian atau keperluan atau hanya sekadar memenuhi kehendak untuk memuaskan diri atau orang lain.

Sebenarnya, kuasa dalaman kita yang terdiri daripada kewarasan pemikiran, keprihatinan perasaan dan kejelasan matlamat kehidupan, adalah elemen penting yang dapat membantu memilih cara menghadapi situasi ini. Kuasa mengawal kendiri adalah di tangan kita, tiada siapa yang dapat memaksa sekiranya kita tidak mahu melakukannya.

Sebagai wanita, perlu sedar dan akui sifat kewanitaan yang secara fitrah dalaman cukup halus dan lembut, boleh mengundang bencana pada diri sendiri.

Kadangkala wanita mudah terpedaya dan mempercayai gelagat licik lelaki yang berniat serong. Keadaan bertambah parah apabila mereka yang kurang cekap daya kawalan kendiri akan lebih mudah terjebak dalam pelbagai isu berkaitan perhubungan.

Hal ini boleh menjejaskan kesejahteraan diri dan impaknya cukup besar kepada ahli keluarga dan juga ahli masyarakat lain yang berkaitan.

Jangan sampai kita terlalu asyik dalam melayani perkara yang tidak pasti, sehingga mengundang pengabaian hak atau perkara dalam dunia realiti.

Ibu bapa pula, terhadap aspek didikan kepenggunaan gajet,  ia perlu disertai dengan pemantauan yang konsisten dan berunsur mendidik bukan mengherdik atau mengancam.

Saya berpendapat kita tidak boleh menafikan gajet-gajet ini boleh menjana kreativiti dalam diri anak-anak. Jangan disebabkan terlalu takut dengan kesan-kesan negatif akibat penggunaan gajet ini, menjadikan ibu bapa menutup terus peluang-peluang ke arah menjana kreativiti anak-anak dalam dunia realiti.

Dr. Rorlinda Yusof
Pensyarah Kanan/ Penyelaras Hal Ehwal Pelajar, Pusat Permata Pintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


Perlu bijak manfaatkan fungsi

Selari perubahan zaman, peranan gajet  kini sudah menjadi satu keperluan, dan kebanyakan orang memerlukan peralatan ini untuk pelbagai tujuan, salah satu fungsi yang nyata adalah memudahkan perhubungan.

Justeru, berbalik kepada wanita, sekiranya mereka mampu, ia tidak menjadi satu kesalahan lebih-lebih lagi pemberian dan mendapat keizinan suami.

Apa yang dibimbangi, sikap pengguna gajet itu sendiri yang boleh menimbulkan perasaan riak, kerana mampu membeli peralatan elektronik yang mahal dan terbaru di pasaran, atau dalam erti kata lain menunjuk-nunjuk kepada orang lain yang sudah tersasar daripada apa yang agama kita sarankan iaitu hidup secara sederhana atau menggunakan alatan itu untuk perkara-perkara yang tidak bermoral.

Dalam kaitan gajet dengan golongan wanita pula, golongan ibu-ibu terutama suri rumah perlu bijak menjadikan peralatan ini untuk ke arah kebaikan bersama.

Misalnya mengeratkan lagi ikatan ukhuwah dan persaudaraan, antara yang jauh dan dekat, kerana perhubungan melalui internet ini capaiannya lebih cepat dan beberapa aplikasi yang ada mampu mengeratkan lagi kesejahteraan rumah tangga misalnya untuk pasangan yang tinggal berjauhan, boleh berhubung tanpa sempadan antara anak dan suami dan sebagainya.

Bagi wanita yang bergelar suri rumah pula, adalah digalakkan fokus kepada kerja-kerja rumah seperti menguruskan makan minum suami dan kebajikan anak-anak sebelum membuka laman sosial mahupun permainan yang disediakan.

Perlu seseorang wanita itu sedar akan tanggungjawab utama mereka dalam keluarga dan sekiranya mempunyai masa lapang, tidak menjadi halangan untuk mereka bersosial di internet, bagaimanapun, perlu mengikut lunas-lunas agama iaitu batasan sebagai isteri seperti tidak mudah terpengaruh dengan lelaki mahupun laman-laman sosial yang boleh mengundang kemaksiatan.

Harus jujur dan selalu bersikap terbuka dengan suami terutama yang membabitkan status kerana ramai yang terpedaya dengan cinta maya yang akhirnya membawa kepada perceraian.

Cara terbaik adalah pada waktu malam, hentikan semua permainan dan apa sahaja alatan elektronik yang tiada kaitan untuk bersama keluarga dan nikmatilah saat-saat indah itu bersama anak-anak dan suami.

US TAZ HAJI SHAHUL HAMID SEENI MOHD
Pengetua Maahad Tahfiz Darul Tahzhib
Pulau Pinang.


Memudahkan urusniaga

Saya memang minat berniaga dan sejak kecil sudah didedahkan dengan perniagaan. Saya memilih berniaga atas talian (online) kerana ia paling mudah, cepat dan praktikal untuk semua golongan.

Sebagai penjual, berniaga online ini boleh mengurangkan kos dalam pelbagai perkara antaranya sewaan premis, mahupun pekerja dan lain-lain perbelanjaan besar.

Daripada apa yang saya lihat, pasaran terbuka ini boleh beroperasi 24 jam, dan setiap saat jaringan pemasaran dikembangkan tanpa sedar.

Pada awal-awal dahulu, jenama kami tidak begitu dikenali,  tapi hari ini Ardini Boutique mempunyai 5,000 pelanggan tetap melalui online sahaja dan mencapai lebih 25,000 like sejak dibangunkan dua tahun lalu.

Awal-awal berniaga, telefon dan komputer riba jadi teman karib, tapi bila dah berkeluarga, saya letakkan urusan ini di tempat ke dua, dan anak-anak adalah keutamaan.

Rasa selesa berniaga dengan cara ini kerana masa yang lebih fleksibel bersama keluarga dan page kita sentiasa dilawati tanpa sedar, walaupun tak berniaga pun, urus niaga sentiasa berjalan tak seperti  premis perniagaan yang ada kalanya tutup sempena cuti umum dan sebagainya, lagipun kami membangunkan page, dan blog dalam aplikasi yang memudahkan pelanggan untuk menempah produk kesukaan mereka.  

Penduduk Putrajaya perlu daftar pemilih di sana

PUTRAJAYA - Sebagai usaha bagi PR memenangi Parlimen Putrajaya pada PRU14, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mencadangkan penduduk yang bekerja di kawasan itu perlu mendaftar pemilih di sana.

Menurutnya, Putrajaya adalah tumpuan utama PR pada PRU akan datang dan menjangkakan tarikh pilihan raya itu akan diadakan dalam tempoh tidak sampai lima tahun.

Beliau berkata, perkara itu kerana keadaan ekonomi yang semakin meruncing dan pemerintah tidak mampu dihadapi masalah itu dengan begitu lama kecuali melakukan pilihan raya semula.

"Kita perlu bersedia, dan Putrajaya adalah tumpuan kita pada PRU yang akan diadakan tidak sampai tempoh lima tahun lagi.

"Rakyat Kelantan khususnya yang ramai di kawasan ini, yang bekerja dan tinggal di sini perlu mendaftar pemilih di kawasan ini.

"Perkara ini penting untuk mendapatkan pusat pentadbiran negara," katanya pada program Sempena Minum Petang dan Bicara Santai Putrajaya Bersama Husam.-sh 

Gempar gambar anggota polis mabuk tepi jalan

SHAH ALAM - Gempar apabila di laman-laman media sosial tersebar gambar dua anggota polis peronda yang dipercayai mabuk dirakam tertidur dalam kereta peronda yang diberhentikan di bahu jalan.

Empat keping gambar yang disebarkan itu menunjukkan dua orang dalam pakaian seragam polis sedang nyenyak, dengan seorang daripadanya memegang tin minuman keras.

Dalam kereta polis itu juga kelihatan senjata api yang diletakkan di tempat duduk bahagian belakang kenderaan tersebut.


Selain itu, Sinar Harian Online juga mendapati sumber turut memuatkan gambar nombor pendaftaran kenderaan polis tersebut.

Namun setelah diselidiki, ternyata gambar-gambar tersebut adalah aksi lakonan semula anggota polis.

Seorang pengguna Facebook, Nordin Mansor yang memberi komen di laman Facebook Suara Rakyat turut menafikan anggota polis dalam gambar tersebut benar-benar mabuk.

Nordin yang juga dipercayai seorang anggota polis menjelaskan bahawa situasi berkenaan adalah latihan bagi menggambarkan kesalahan dalam waktu kerja.

Sinar Harian Online akan mendapatkan komen Ketua Polis Negara mengenai penyebaran gambar berkenaan.

Pak Nil: Usah pertikai kredibiliti saya!

MALAM Khamis lalu, tirai program realiti berbentuk Islamik, Mimbar Pencetus Ummah telah melabuhkan tirainya apabila PU Hafiz dinobatkan sebagai juara.

Walaupun rancangan dakwah itu telah pun berakhir, namun ianya tidak terlepas daripada isu sampingan lain yang membuatkan masyarakat khususnya peminat tidak berpuas hati.

Ibarat 'rumah siap, pahat masih berbunyi', kemunculan pengacara berpengalaman, Datuk Aznil Nawawi di pentas akhir program itu menjadi pertikaian hebat.


Di laman sosial dan akaun rasmi Pencetus Ummah (PU), rata-rata mempertikaikan kredibiliti Pak Nil di medan PU sebagai juri profesional.

Malah, ada juga segelintir peminat kurang selesa dengan komen-komen yang telah diberikan khususnya kepada finalis yang berasal dari Pulau Pinang, PU Shahul.

Enggan menunggu lama, Pak Nil yang dihubungi Zass memberitahu bahawa komen-komen yang diberikan bukan berbentuk kritikan, namun lebih kepada pandangan.

"Saya tidak berniat untuk mengkritik kerana itu hanyalah cadangan saya apabila sepanjang tempoh satu minit setengah itu, finalis berkenaan hanya menjerit dalam penyampaiannya.

"Bukankah penyampaian itu lagi indah dan cantik sekiranya tona suara itu direndahkan dan diselang-selikan dengan pujian serta humor.

"Bagi orang Islam, mungkin ianya tidak menjadi masalah, namun bagi orang bukan Islam dan dalam usaha untuk mendekatkan diri dengan agama, mungkin perkara itu boleh menakutkan mereka," katanya.

Tak sentuh hal agama

Menurut Pak Nil, walaupun rancangan itu merupakan medan agama, namun pemilihannya sebagai juri profesional hanyalah merangkumi pengucapan awam dan persembahan.

Katanya, pertikaian di medan sosial terutamanya tidak perlu dibangkitkan kerana pandangannya di pentas akhir PU tidak melebihi batas yang telah ditetapkan.

"Saya ditugaskan untuk memberi pandangan mengenai pengucapan awam dan dalam persembahan sahaja.

"Sepanjang tempoh itu, saya tidak sentuh langsung mengenai dalil atau mana-mana hal agama kerana ada juri profesional agama yang lebih layak dilantik.

"Malah, masyarakat tidak perlu mempertikaikan kredibiliti saya di dalam tugas itu kerana pengalaman saya dalam bidang ini lebih 24 tahun," katanya.

Tambah Pak Nil, dia juga tidak akan tunduk kepada tekanan yang diwujudkan masyarakat mengenai perkara itu.

"Saya tidak rasa terganggu langsung dengan tekanan yang diberikan kerana saya tahu apa yang saya buat. Malah, saya merupakan orang yang paling lama dalam bidang pengucapan awam bersama Astro.

"Apa sahaja kritikan yang diberi, saya akan telan dan tidak akan memikirkannya secara serius," ujarnya.

Platform berkesan

Bertanya mengenai rancangan PU secara keseluruhan, Pak Nil menyokong usaha Astro dalam membawa program-program berbentuk Islamik menerusi medium yang berbeza.

Katanya, walaupun struktur dan medium yang digunakan sangat berbeza dengan rancangan keagamaan lain, namun percaturan itu mampu menarik minat masyarakat untuk terus menimba ilmu.

"Bagi saya, PU adalah sangat bagus dan ia mampu melahirkan pelapis dan pendakwah di era baru. Malah, ia sangat berkesan dan berbeza daripada takuk yang lama.

"Walaupun ia masih baru, namun PU mampu melahirkan bakal-bakal pendakwah yang hebat dan berjuang dalam menyebarkan dakwah dengan cara yang tersendiri," katanya.a

Dr Dzulkefly: Minyak naik 20 sen, IHP tertinggi dalam tempoh 20 bulan

Kenaikan harga petrol RON 95 sebanyak 20 sen oleh Kerajaan Pusat menyebabkan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat tertinggi dalam tempoh 20 bulan.

Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kenaikan yang tertinggi dalam tempoh itu menyebabkan kos sara hidup rakyat semakin meningkat dan membebankan.

najib minyakIHP bagi tempoh Januari hingga November 2013 meningkat sebanyak 2.0 peratus kepada 107.0 dibandingkan dengan 104.9 pada tempoh yang sama tahun lepas.

Berbanding dengan bulan sama tahun 2012, IHP November 2013 mencatatkan kenaikan sebanyak 2.9 peratus daripada 105.5 kepada 108.6 dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, IHP merekodkan peningkatan sebanyak 0.3 peratus.

“Pada September, Kerajaan Pusat menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen maka berlaku kenaikan dalam IHP melonjak dalam tinggi dalam tempoh 20 bulan terdahulu.

“Berapa barang yang akan naik sekaligus selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Inflasi yang berlaku ini disebabkan oleh Najib Razak dan suku sakatnya, hanya kerana itu (minyak) sahaja kenaikan 20 sen itu kesannya amat mendadak,” kata beliau.

Katanya, kenaikan tarif elektrik oleh Kerajaan Pusat juga mencetuskan kesan rantaian kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang parah seterusnya memberikan kesan kepada perbelanjaan rakyat.

“Kesan kenaikan tarif elektrik itu memberi pengaruh kepada proses pembuatan makanan dan perkhidmatan yang akan meningkatkan harga di pasaran,” kata beliau di Dialog Kenaikan Kos Sara Hidup anjuran PAS Johor yang diadakan baru-baru ini.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, IHP bagi kawasan bandar dan luar bandar bagi November 2013 masing-masing naik sebanyak 2.9 dan 3.0 peratus berbanding dengan bulan yang sama tahun 2012.
Berbanding dengan bulan sebelumnya, IHP bagi kawasan bandar dan luar bandar masing-masing naik sebanyak 0.3 peratus.

IHP bagi kumpulan pendapatan kurang daripada RM3,000 mencatatkan kenaikan sebanyak 3.2 peratus daripada 105.7 kepada 109.1 berbanding bulan yang sama 2012 dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, IHP naik sebanyak 0.3 peratus.

Bagi indeks kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol bulan November 2013 pula, sebanyak 4.0 peratus kenaikan dicatatkan berbanding bulan yang sama tahun 2012.-selangorkini 

Panas!! Peserta Maharaja Lawak Mega Belasah Umno BN Dalam Persembahannya

Malam tadi, seperti malam Jumaat sebelumnya, tercegatlah kami sekeluarga di depan televisyen menonton Maharaja Lawak Mega. Hiburan ringan ini sedikit sebanyak melegakan perasaan stress di tempat kerja.

Gelak tawa yang terhasil daripada persembahan peserta Maharaja Lawak Mega mampu melampias keletihan sepanjang minggu.Faktanya, kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika kita ketawa, jadi peluang untuk ketawa ini jangan dilepaskan.


Kerana itu juga kita melihat di celah mana-mana sudut dalam laman sosial, “trolling” sering menjadi trending yang besar. Setiap gambar berangkai yang mengajuk kata-kata menteri dan ahli politik atau fatwa songsang mufti sebagai contohnya, pasti membuatkan anda tersenyum. Malah saya percaya setiap kali kita membuka laman sosial Facebook, kita akan ternanti trolling baru merentasi ruangan suapan berita.


Benarlah tawa itu penawar duka. Selain peserta Maharaja Lawak Mega, para menteri, para pegawai kanan polis, para mufti dan juga termasuk Perdana Menteri dan timbalannya sering mengeluarkan kenyataan yang mempunyai nilai komidi, lebih-lebih lagi Zahid Hamidi.

Di sebalik ajukan yang menggelikan hati, hadir pula komen-komen berani daripada anak muda menokok-nambah rencah bahan tawa. Memperlekeh kenyataan menteri menjadi sesuatu yang sangat cool hari ini, menjadi ikutan dan hiburan di laman sosial.

Berbalik kepada hiburan Maharaja Lawak Mega tadi malam, sesuatu yang agak mengejutkan berlaku. Ingin saya mengaku di sini bahawa sejak sekian lama pelawak bernama Nabil selalu menjadi pilihan dan sokongan pihak saya. Bukan kerana beliau sering mempromosi bahaso nogori yang menjadi bahasa hometown saya tetapi kerana kehebatan beliau beraksi seorang diri.

Tidak mudah menjayakan standing comedy, tetapi Nabil cukup berjaya dengan usaha yang gigih menjadi penghibur tanahair.

Namun bukanlah Nabil yang mengejutkan saya. Kejutan telah dibuat oleh sebuah kumpulan bernama SYJ, mungkin sahaja singkatan daripada nama ahli kumpulan tersebut iaitu Syuk, Yassin dan Jihan. SYJ mengejutkan banyak pihak termasuk mendapat sorakan spontan para penonton, komen juri yang memuji tindakan mereka dan seterusnya mengundang pelbagai komen di laman sosial. Semuanya positif, semuanya menyokong SYJ.

Ironinya, daripada persembahan kumpulan SYJ itu, mereka bukan sahaja terselamat daripada tersingkir malah kedudukan dalam carta menunjukkan peningkatan yang mendadak, mereka tidak berada di kedudukan tiga tercorot dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega minggu ke sembilan. Kepada sesiapa yang mengikuti siaran Maharaja Lawak Mega, pasti sedar kejutan tersebut dan mungkin bersetuju dengan tindakan mereka.

Kumpulan SYJ merupakan satu-satunya kontenden yang sanggup membahayakan kedudukan mereka dalam dunia hiburan apabila menyelitkan jenaka troll kenaikkan harga petrol, dan terus menyindir kerajaan apabila mengumumkan satu-satunya penurunan yang berlaku adalah penurunan dividen ASB (berbanding pelbagai kenaikan yang membebankan rakyat).

Difahamkan juga ini bukan kali pertama SYJ menerapkan isu semasa dalam jenaka mereka. Apa yang ditonjolkan oleh kumpulan SYJ malam tadi adalah satu bentuk sokongan kepada rakyat dan gerakan pendesak penurunan kos sara hidup. Harus menjadi kesedaran semua betapa isu kos sara hidup yang melambung adalah isu sebenar, bukan isu pertelingkahan agama. Tindakan SYJ membakar isu ini adalah terpuji dan wajar mendapat sokongan ramai.

Tahniah kumpulan SYJ. Walaupun saya peminat Nabil, namun undi saya selepas ini adalah untuk SYJ dan saya yakin ramai di antara kita yang akan ambil keputusan sama. Undi saya adalah untuk mereka yang bersama rakyat, undi saya ialah untuk mereka yang sanggup membawa isu rakyat walaupun sedar tindakan tersebut mengundang “gam” pihak berkepentingan.

Penguasa ini tidak perlukan alasan untuk menutup periuk nasi orang seni yang tidak memihak kepada mereka, ini pernah berlaku dan terus berlaku.

Kumpulan SYJ menjalankan peranan mereka dengan risikonya tersendiri, maka kita di sini juga harus berperanan menjadi pendesak utama. Jika kita terlepas aksi 50 ribu #RPDM31D, berjanjilah bahawa kita tidak akan melepaskan lagi peluang pada masa akan datang, dengan berani menuntut kos sara hidup diturunkan, atau pemerintah zalim itu dihumban!

Semoga kumpulan SYJ menyelitkan lagi isu-isu rakyat dalam jenaka mereka agar ia mampu menyedarkan lebih ramai di luar sana. Saya berdoa agar kumpulan SYJ akan melangkah ke final Maharaja Lawak Mega dan tidak mustahil menjadi juara. Juara rakyat (peoples champ). 

Apa ini Tuan Mufti Perak?


Nah, tiba-tiba di Malaysia pasca himpunan aman Turun yang dikelola oleh NGO dan disertai parti-parti politik sewaktu malam tahun baru. Digelar oleh seorang mufti sebagai bughah, atau pemberontak yang boleh dihukum bunuh. Nampak, Identikal sekali!!

Namun menjadi mufti tidaklah menyebabkan semua apa yang dikatakan boleh diikut. Baik orang awam atau kerajaan. Ya, orang awam dan kerajaan boleh memilih untuk mengikut fatwa ‘ulama’ itu atau tidak. Dan penulis memilih tidak mengikutnya!

Budaya mem’bughah’kan orang

Bughah dan tidak bughah. Sudah lama isunya. Budaya membughahkan orang ini selalu menjadi  pilihan orang-orang agama. Dan selalunya, ia adalah demi untuk memenangkan pihak mereka yang diiktikad sebagai 100 persen benar. Dan pendapat serta jalur lain adalah menyimpang dari agama dan syariat Allah ta’ala.

Tidak tahu bagaimana pendalilan dan istinbat tuan mufti itu, kita dihidangkan satu hukum yang berat. Ya, siapa yang membuat perhimpunan aman, dibolehkan pancung!!

Dan satu lagi, pastilah. Anda akan menjadi pemberontak!!

Berhati dalam mengeluarkan fatwa

Di dalam fiqh Islam, bughah adalah sekumpulan atau individu yang keluar dari kepimpinan dengan senjata.

Dalam sejarah beberapa kali kita melihat bahawa bughah di zaman khilafah Islam berbeza sekali dengan terma yang diberikan kepada orang Malaysia yang berhimpun secara aman yang menuntut hak-hak mereka yang dirogol secara rakus oleh golongan-golongan yang tidak punyai rasa belas dan kasihan terhadap peri permasalahan mereka.

Walaupun, boleh mufti-mufti dan orang-orang agama cuba membuat justifikasi-justifikasi dan membuat qiyas-qiyas untuk menyamakan ‘bughah’ di Dataran Merdeka dengan bughah-bughah yang pernah ada di sepanjang zaman sejarah Islam.

Tetaplah, jiwa dan akal yang sihat tidak boleh menerima penjelasan yang amat berat sebelah, dan pro kepada pihak yang menentang peserta-peserta perhimpunan. Apakah Malaysia  ini sudah menjadi negara komunis, atau paling tidak menjadi Arab Saudi?

Ironinya, Mesir yang lebih tegar sekularnya, pun sekarang ini cuba menjustifikasi fiqh-fiqh dan fatwa-fatwi dari Arab Saudi. Lantas di Malaysia, ‘ulama-ulama’ kita ingin juga tidak ketinggalan mahu menunjukkan mereka juga up-to date dengan apa yang dihadapi oleh ‘ulama-ulama’ Mesir.

Sebagai orang agama, fatwa haruslah dikeluarkan dengan berhati-hati. Jangan sampai ia menjadi garam yang ditabur ke dalam luka. Rakyat yang terluka kemudian diasak dengan provokasi seperti ini akan mendatangkan kemarahan yang bukan kecil! Apa tidak takutkah akan azab Allah kepada mereka yang mengapi-apikan permusuhan? Apa tidak terasakah bibit-bibit kehuru-haraan dari fatwa-fatwa anda?

Negara Malaysia tidak harus mengikut Negara Arab

Negara Malaysia ini memang negara rakyatnya. Bukan negara orang lain. Rakyat yang membinanya, dan meneruskan legasi perjuangan para pejuang kemerdekaannya dari British. Mana sanggup hati ini tiba-tiba ada usaha ingin merubah negara Malaysia ini menjadi negara lain pula. Bermodelkan Saudi, bermodelkan Mesir atau bermodel Amerika atau Eropah. Atau mungkin mahu berkiblat Cuba dan Iran. Seperti mufti itu yang mahu kerajaan menjadi seperti British-bertindak keras kepada mereka yang tidak bersetuju dengan kuasa orang berbahasa Inggeris itu!

Kelakar sekali jika difikirkan. Negara bukan milik penguasa-penguasa itu, tetapi milik rakyat. Ia bukan milik Sultan, tetapi milik rakyat. Ya, rakyatlah yang membentuknya. Pemimpin hanya mengikut aspirasi rakyat bukan aspirasi keinginan dan nafsu sendiri(hanya kerana mereka dipilih oleh sebahagian rakyat). Tiba-tiba ada yang cuba ingin memilikkan Malaysia ini kepada sang penguasa. Kelakar dan kelakar.

Apa ada udang di sebalik batu, atau ada harta yang takut hilang? Jika kita mengeluarkan fatwa yang benar.

Yang benar itulah. Yang memberikan solusi kepada ketegangan. Merapatkan jurang permusuhan antara rakyat dan pemimpin. Dan dekat dengan hati rakyat bukan dekat kepada hati pemimpin(yang sedari awal kononnya khadam kepada rakyat!).

Yang benar itulah. Yang membuat rakyat dapat menarik nafas lega. Dan sang kapitalis-pengaut untung besar menjadi kelemasan. Yang membuat rakyat aman dan harmoni- dapat hidup dalam suasana selamat dan persekitaran berakhlak dan bermoral!

Tuan Mufti Perak, insaf dan muhasabahlah!

Saat ini, sewaktu melihat ulah dan fe’el agamawan Malaysia. Tidak hairanlah. Ramai yang senang hendak murtad menjadi ateis atau masuk ke dalam agama lain. Kerana fatwa pelik dan berat sebelah boleh menjadi antara sebabnya. Begitulah kira-kiranya.

Betapa asing agama yang tuan mufti tawarkan. Membuat jiwa tak tenteram lagi dengan agama. Sedang tuan mufti antara orangnya.

Janganlah sampai nanti, tuan mufti digelar orang, Mufti El-Hukumah (Mufti pendukung kerajaan). Atau lebih teruk Mufti El-Zibalah (Mufti sampah)!

Penulis ialah penterjemah buku-buku yang sekarang ini menemani isteri yang sedang belajar dan menjaga anak di Mesir.

Bersalin di rumah: Antara hak dan tanggungjawab


Pada dasarnya, setiap ibu yang mengandung sewajarnya mempunyai hak untuk membuat keputusan mengenai diri dan kandungannya dengan berdasarkan kepada kefahaman yang sahih. Pada masa yang sama, pengamal perubatan adalah orang yang paling sesuai dipertanggungjawabkan untuk membentuk kefahaman tersebut. Oleh itu, setiap ibu bertanggungjawab untuk mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan yang berhak untuk menentukan di manakah sempadannya apabila tiba masa untuk membuat keputusan. Firman Allah SWT, “Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43). Hadith Rasulullah SAW, “Jika setiap urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kedatangan Hari Kiamat tersebut." [HR: Al-Bukhari 59, 6496; dari Abu Hurairah].

Namun demikian, zaman teknologi hari ini dimana dunia umpama sebuah kampung, semua pihak haruslah berwaspada apabila bersuara, khuatir isu ini menjadi sebahagian daripada himpunan polemik masyarakat yang tidak berkesudahan dengan suatu penyelesaian yang jelas apatah lagi konkrit. Sewajarnya kita berusaha untuk meningkatkan taqwa kepada Allah SWT dan berfikir sedalamnya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Perkara paling ditakuti dalam menghadapai isu sebegini adalah ia menimbulkan reaksi yang menjadi barah fitnah kepada kesucian Islam dan ketamadunan ilmu, serta lebih mendukacitakan apabila yang menjadi mangsanya adalah wanita dan zuriat manusia seluruhnya.

Perlu disedari, kebanyakan negara membangun terlibat dalam usaha Millenium Developmental Goal oleh Pertubuhan Bangsa Besatu di mana pengurangan kadar kematian ibu dan kanak-kanak adalah pengukur utama kemantapan sistem kesihatan sesebuah negara. Setakat ini, lebih-lebih lagi kebelakangan ini, negara kita masih belum berjaya untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Malah, dengan kes kematian yang berlaku baru-baru ini, kita wajar untuk kembali menilai di manakah silapnya serta apakah ruang dan peluang untuk mencari penyelesaiannya.

Walaupun dunia Islam hari ini dan masa lampau tidak pernah tandus dengan budaya keilmuan yang unggul, namun merujuk kepada isu bersalin di rumah, kita perlu insaf kerana belum banyak yang dapat dinukilkan daripada khazanah ilmuan Islam. Oleh itu, dengan semangat untuk mencari hikmah yang hilang, tulisan ini cuba untuk mengulas dengan rujukan dari sistem kesihatan di negara maju. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan bahawa wanita boleh memilih untuk bersalin di rumah seandainya kandungan tersebut telah ditentukan oleh pengamal perubatan sebagai berisiko rendah, mendapat penjagaan kandungan yang sewajarnya serta wujud pelan kecemasan untuk memindahkan pesakit ke pusat rawatan yang lengkap, jika masalah timbul. American College of Obstetrician and Gynaecologist (ACOG) pula menyatakan bahawa hospital dan pusat bersalin adalah paling selamat namun menghormati hak wanita untuk membuat keputusan, setelah memahami penilaian oleh pengamal perubatan. Manakala, American College of Nurse Midwives dan American Public Health Association telah menggariskan polisi bersalin di luar hospital kepada ibu-ibu yang memenuhi kriteria tertentu.

Belanda adalah negara yang mempunyai kadar kelahiran terancang di rumah yang tertinggi di kalangan negara maju iaitu pada anggaran 30% daripada jumlah kelahiran,  walaupun mencatatkan penurunan sebanyak 35% berbanding sedekad yang lalu. Antara ciri-ciri yang membolehkan ibu mengandung berisiko rendah di Belanda merancang untuk bersalin di rumah adalah:

1. Kewujudan bidan terlatih yang berupaya untuk mengenal pasti dan merawat komplikasi semasa bersalin di rumah, serta tahu bila untuk merujuk pesakit ke hospital. Bidan juga terlibat dengan penjagaan kesihatan sejak awal kandungan lagi.

2. Wujud konsensus di kalangan profession pengamal perubatan dari pelbagai bidang mengenai kes-kes yang dikategorikan sebagai berisiko rendah serta kes yang memerlukan rujukan kepada pakar perubatan sepanjang kandungan dan kelahiran

3. Pemindahan ke hospital untuk rawatan kecemasan adalah cepat di mana, 85% daripada kes yang memerlukan rujukan ke hospital, sampai dalam tempoh kurang setengah jam.

4. Sewaktu di rumah, suhu badan, nadi, tekanan darah dan jantung anak dalam kandungan diawasi dan direkod dengan lengkap. Kelengkapan bersalin yang bersih dan nyahkuman digunakan.

Hasilnya, kajian di negara maju menunjukkan kadar kematian ibu dan bayi adalah sama bagi kelahiran secara terancang di rumah mahupun di hospital; kecuali terdapat peningkatan kadar kematian bagi bayi yang dilahirkan di rumah, setelah berumur sekitar 2 hingga 4 minggu. Ini bermakna, walaupun ibu yang bersalin di rumah adalah daripada kategori berisiko rendah, namun kadar kematian adalah sama dengan ibu yang bersalin di hospital yang mengendalikan kelahiran berisiko tinggi. Kajian juga menunjukkan, seperti yang diharapkan, bagi ibu berisiko rendah yang merancang untuk bersalin di rumah, kadar pembedahan dan kecederaan pada kemaluan adalah rendah.  

Justeru, kita mengakui bahawa sememangnya wanita mempunyai hak untuk merancang namun beban kebertanggungjawaban dan amanah amat perlu dititikberatkan. Wanita bertanggungjawab untuk memastikan pilihan yang dibuat adalah didasarkan kepada sebab yang munasabah. Wanita juga harus sedar secara amnya, sistem kesihatan di Malaysia belum bersedia untuk semua ini. Masih banyak ruang dan lompang yang perlu diisi oleh kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan daya kepimpinan yang lemah dan kurangnya keazaman politik oleh Barisan Nasional terhadap isu-isu kesihatan, barangkali wanita terpaksa menunggu sehingga pilihan raya akan datang sebelum boleh menyimpan cita-cita untuk bersalin di rumah dengan selamat. Kita meyakini bahawa Allah SWT menjadikan pada wanita semangat dan jati diri yang kuat untuk menggalas amanah yang mulia ini, sebagai ibu mahupun pengundi. Bersama, kita fahami dan laksanakan hak dan tanggungjawab kita!    

Bob Lokman lebih sebulan berumah di hospital

Hujan masih menitik perlahan usai ceramah bob Lokman untuk 130 orang peserta motivasi pelajar sempena cuti sekolah di Tahfiz An Nur Kampung Desa Jaya, Setiu Terengganu. Nafas Bob kelihatan tersekat-sekat dan kelihatan wajahnya agak pucat, 360 darjah tiba-tiba sosok selebriti itu berubah berbanding semasa beliau beraksi di hadapan peserta motivasi.

Ceramah motivasi Bob bukan sahaja menyebabkan peserta menjadi terkesima, berselang dengan riuh rendah ketawa, malah menarik perhatian masyarakat awam sekitar yang juga tumpang mendengar perkongsian pengalaman Bob.

"Mengapa abang Bob...enta ok ke?" Saya melontar soalan apabila melihat dia bersendirian dalam temaram cahaya di luar surau tahfiz. Kelihatan dia menggosok bahagian dada, matanya memandang kosong ke hadapan. Tetamu lain sedang menjamu selera tetapi Bob enggaan menjamah makan malam yang disediakan.

"Ana terlebih minum air hari ini dan ini tidak baik untuk paru-paru ana...tak apa ana dah makan petang tadi sebelum program," balas Bob perlahan, menolak dengan hormat jemputan kudapan pihak penganjur.

Pulang daripada program di Terengganu, beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh kerana komplikasi paru-paru dan jantung.

Teman-teman aktivis terus menziarahi Bob dan berita keuzuran anak seni ini dengan pantas berjangkit di alam siber. Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim bin Lokman bin Ahmad bin Yusuf al Kenali dengan nekad telah meninggalkan kerlipan industri hiburan dan menyertai PAS dalam himpunan 30k Pemuda Pas di Alor Setar.

Namanya tetap menggunguli pentas ceramah PAS, berbekal bakat dalam bidang pengacaraan yang puluhan tahun diceburi beliau. Bob adalah alumni Maahad Hamidiah Kajang, pernah membesar di Pondok Tok Kenali kubang kerian, juga merupakan cicit Tok Kenali dan cucu Tuan Guru Haji Ahmad Bangkok. Bakat berdakwah ada dalam darahnya dan beliau juga merupakan anak saudara Almarhum Ustaz Mawardi Ahmad, bekas Adun Lundang.

Beliau semenjak berhijrah daripada alam selebriti terus menjadi pentaksub ilmu, menghadiri majlis ilmu, berusrah serta turun menjelajahi negara untuk berkongsi pengalaman. Bob juga berusaha menarik kawan-kawan artis untuk menyokong PAS seterusnya berhijrah ke alam fitrah. Rumah beliau di Sungai Buluh sering menjadi tempat berusrah serta majlis silaturrahim.

Semenjak Bob jatuh sakit, aktivitinya terhenti dan sedikit sebanyak kondisi ekonominya juga terjejas. Biaya hospital UiTM juga melepasi ratusan ringgit setiap hari dan kita sebenarnya tidak cukup hanya melontar simpati. Isteri Bob tidak bekerja dan saya terkenangkan Bob yang turut berjualan kacang semasa beliau berceramah. Saya merayu teman-teman aktivis untuk menjenguk Bob dan membantu meringankan beban beliau kerana sewaktu jasadnya sihat kita memanfaatkan bakat dan popularitinya.

"Bob...lepas ini kalau keluar hospital, kena ambil masa berehat," saya memberikan cadangan sambil memandang tepat wajahnya yang agak pucat di katil hospital.

"Oh, keluar hospital ana nak terus berjuang," tukas Bob pantas dan saya tidak melihatnya bercanda, kerana itulah Bob yang saya kenal dalam medan amal Islami ini. Kerana kekurangan rehat dan jadual yang padat juga menyumbang kepada sakit yang dialami Bob Lokman.

Moga Bob sembuh dan akan kembali beraksi menarik anak-anak muda kepada perjuangan Islam. Mata saya juga melirik kepada anak-anak bujang Bob yang bergilir menyuap makanan pada ayah mereka yang penyayang.

Untuk teman- teman yang ingin menghulurkan bantuan kepada Bob Lokman, boleh disalurkan ke akaun isteri beliau, Relawati Daud: Public Bank 4416206406

Umno khianati Melayu


Ketika menghadapi PRU13 yang lalu, pelbagai janji diberikan kepada pengundi dan pengundi Melayu khususnya bahawa nasib mereka akan terus terbela jika memilih Umno-BN sekali lagi memerintah negara. Bagi sebahagian orang Melayu, pesona janji itu menyebabkan mereka terus mengundi Umno-BN, walaupun telah diberi nasihat oleh Pakatan Rakyat tetang bahana yang bakal menimpa.

Kini, sebelum memasuki tahun baru 2014 lagi, segala telahan PR terbukti. Bermula dengan kenaikan harga minyak akibat pengurangan subsidi, kenaikan tarif elektrik, gula, dan seterusnya kenaikan pelbagai barangan keperluan harian – kesan berangkai – kos sara hidup meningkat mendadak. Itu belum lagi di kira kesan cukai barangan dan perkhidmatan, kenaikan tol dan sebagainya. Juga janji menurunkan harga kereta yang masih jauh dari jangkauan.

Yang jelas, segala janji manis sebelum pilihan raya menjadi masam dan pahit. Kesannya bukan sahaja kepada pengundi PR, malah pengundi Umno-BN juga terpaksa menanggung beban yang sama.

Sekali lagi Umno-BN mengkhianati pengundinya dan orang Melayu dengan segala kenaikan ini dan mencipta pelbagai alasan untuk mewajarkan tindakan. Jika anda rajin membuka lembaran sejarah silam, mungkin ada lagi pengkhianatan yang pernah dilakukan.

Namun, tiada apa yang perlu diperkatakan khususnya oleh pengundi Umno-BN sebab “nasi dah menjadi bubur”. Ingatan demi ingatan telah dilontarkan, nasihat demi nasihat telah diberikan. Pilihan telah dibuat. Rakyat terpaksa mengharungi lima tahun akan datang dengan segala kepayahan. Semoga bersabar dengan “ketentuan Allah” ini.

Bukan Islam pun mahu cukai judi diasingkan


Syor ini telah lama dibuat oleh PAS namun tidak mendapat perhatian yang sewajarnya oleh kerajaan Umno-BN. Kini, bukan sahaja PAS, malah DAP juga mencadangkan perkara yang sama – setelah memahami asas syariat Islam.

Anthony Loke, yang juga ahli parlimen Seremban menyatakan bahawa, dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang diterima pada Oktober tahun lalu mendedahkan kutipan cukai pertaruhan sejak 2008 hingga 2012 berjumlah RM6.29 bilion.

Bagi saya pendedahan dan cadangan Anthony itu sepatutnya membuatkan Umno-BN berasa malu. Apatah lagi Umno-BN dengan lantangnya menonjokan diri sebagai juara pembela Islam di Malaysia. Ke mana perginya penasihat agama dalam Umno-BN? Takkan lah tunggu sehingga DAP mengajar tentang Islam kepada Umno-BN!

Pekerja asing; patutlah ramai menganggur


Namun, sesuatu yang menarik perhatian saya ialah salah satu punca ramai rakyat tempat kurang bekerja di restoran makan segera ialah kerana faktor gaji yang rendah. Berbanding pekerja asing, jumlah gaji tersebut secara relatifnya tinggi berbanding nilai wang di negara asal mereka.

Bukan setakat di restoran makanan segera, malah dalam sektor lain pun, ramai pekerja asing yang menerima gaji yang rendah. Majikan pula, tentulah mereka mahu meminimunkan kos gaji pekerja supaya keuntungan dapat digandakan.

Persaingan dari sudut ini menyebabkan rakyat tempatan semakin sukar mendapat pekerjaan. Ramai yang menganggur bukanlah semata-mata atas faktor memilih kerja atau tidak mahir berbahasa Inggeris – berkait juga dengan faktor majikan yang lebih suka memilih pekerja asing.

Bagi seorang pekerja asing, menerima gaji RM600 sebulan sudah cukup baik. Dengan jumlah tersebut mereka boleh menanggung makan-makan minum di negara ini dan sedikit untuk dihantar ke negara asal mereka.

Saya pernah berbual dengan seorang tukang gunting dari India. Dia mengatakan bahawa RM100 mempunyai nilai RM1,000 di tempat asalnya! Jadi setiap bulan, jika dia dapat mengirim RM100, nilainya sudah cukup mewah. Namun jika pekerja tempatan mengirim wang RM100 sebulan ke kampung, apakah yang dapat dibeli dengan nilai tersebut?

Oleh itu, saya berpandangan, kerajaan bukan sahaja perlu menyekat pengambilan pekerja asing ini malah turut perlu mengambil kira gaji yang ditawarkan setara dengan nilai dan kos sara hidup semasa. Jika tidak, dasar ini tidak ke mana dan pekerja asing terus mendapat tempat di hati majikan.

HRC Putrajaya dedah hipokrit Umno


Namun, dalam isu Hard Rock Cafe ini mereka hilang suara. Senyap, sunyi dan sepi.

Umum mengetahui bahawa di Hard Rock Cafe ada menjual arak (terpulang kepada pengunjung sama ada mahu minum atau tidak), berlaku percampuran bebas lelaki dan perempuan dan pelbagai lagi perkara yang tidak selari dengan syariat.

Jadi, walaupun ada cadangan untuk menjadikan Hard Rock Cafe di Putrajaya “bersifat Islamik”,  tetapi cadangan itu tidapt dapat lari daripada asas kepada kewujudan Hard Rock kafe itu sendiri sebagai pusat hiburan yang melalaikan.

Sebagai contoh, restoran makanan segera McDonalds, KFC, Kenny Roggers, Restoran nasi kandar dan sebagainya – umumnya mengetahui asas perniagaan mereka ialah menjual makanan.  Mereka mematuhi syarat-syarat tertentu dan mendapat status halal. Setiap yang datang ke restoran itu sudah tentu mahu makan makanan yang halal dan bukannya bersantai-santai. Selepas makan mereka akan pergi pulang atau pergi ke destinasi lain. Tidak mungkin ada orang yang datang ke KFC misalnya – lepak-lepak hingga dinihari!

Pergilah ke mana-mana negara pun, restoran makanan yang saya senaraikan di atas memang sifatnya begitu – datang untuk makan. Dan sifat sejagat Hard Rock Cafe pula – datang untuk berhibur, dalam jangka masa yang lama.

Oleh itu, kritikan dan penolakan orang ramai terhadap cadangan membuka Hard Rock Cafe di Putrajaya memang wajar atas sifatnya sebagai pusat hiburan. Umno dan NGO pro Umno juga patut menentangnya atas dasar dirinya Islam dan sebagai parti Islam terbesar di Malaysia – seperti yang didakwa!

Lagi Dr Asri bersuara, kali ini tentang kondo RM110 juta!

DrAsri_KondoSebelum ini ‘rintihan’ Dr Asri, “Nasibku Rakyat Biasa” begitu popular di FB. Setakat ini di page DrMaza sendiri mendapat lebih 24 000 tanda like manakala yang dikongsikan laman Facebook Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mendapat 54 000 tanda “like” dari pembaca sebagai tanda sokongan. Inilah rintihan beliau…
NASIBKU RAKYAT BIASA
“Inilah nasib seorang rakyat biasa. .jika bicara soal kenaikan harga..dituduh ingin gulingkan negara..diri diancam undang undang penderhaka. .jika diam menyimpan rasa di dada..dikata pula suka dan redha..naiklah harga semahunya..jika merungut duka dihalau pula keluar dari negara..agak-agak Malaysia ini siapa yang punya?!”
Kali ini bicara ringkas ‘tahniah’ Dr Asri berkaitan pembelian kondo RM110 juta di luar negara oleh anak-anak orang besar.
“..tahniah buat mereka yang menjadi orang besar negara beberapa tahun tapi anak-anak mereka sudah mampu membeli kediaman mewah ratusan juta di kota – kota Eropah. .tahniah atas kejayaan yang membanggakan itu..harap dapat kongsikan tips kejayaan tersebut dengan rakyat bawahan yang barangkali juga teringin mengecapi nikmat kejayaan yang seperti itu..”
Tentu akan mendapat ‘like’ yang banyak sebagai tanda sokongan dan sebagai lambang suara rakyat yang perlu didengari!!

Perdana Menteri, menteri tak rasa apa-apa dengan gambar ini?

 

Hari yang panjang di masa dajjal

 
"Kami bertanya kepada Rasulullah: ' Wahai Rasulullah, berapa lama dia hidup dan tinggal di muka bumi? '. Beliau bersabda: ' Selama empat puluh hari. Sehari seperti satu tahun, sehari seperti laksana satu bulan, sehari seperti satu minggu, lalu seluruh hari harinya seperti hari hari kalian'. Kami kemudian bertanya kepada Rasulullah: ' Wahai Rasulullah, sehari yang seperti satu tahun itu, apakah kita cukup solat sehari saja? '. Jawab Rasul: ' Tidak, tapi ukurlah seperti hari hari biasa '" ( HR Muslim ).
 
Hadis tersebut sudah sedemikian jelasnya, hanya sebahagian mereka mereka menolak hadis tersebut kerana dianggap tidak masuk akal. Dalam masa hidup dajjal yang hanya 40 hari, ada tiga hari yang panjang, ada satu hari yang panjang seperti satu tahun, ada yang seperti satu bulan dan ada yang seperti satu minggu. Panjang di sini tentu panjang yang hakiki dan bukan panjang secara kiasan, apalagi mengingkari hadis tersebut.
 
Jika seandainya bukan secara lahiriah yang harus difahami, maka ertinya apa pertayaan sahabat tersebut? Bahawasanya pertayaan itu lahir atas keyakinan sahabat terhadap apa yang Rasulullah katakan. Jawapan beliau membuktikan bahawa memang secara lahiriahlah yang Allah maksudkan. Jika bukan, tentunya beliau tidak akan menjawab seperti itu dan pastinya akan menjelaskan kepada mereka bahawa pemahaman mereka salah.
 
Lantas, bagaimana satu contoh hari yang panjang seperti satu tahun? Mengenai hal ini ada dua kemungkinan. Pertama , matahari berjalan lambat sehingga untuk mencapai titik yang sama diperlukan waktu satu tahun. Kedua, matahari berhenti berputar mengelilingi bumi hingga berputar kembali setelah masa yang dijelaskan Rasulullah. Jika kita lihat hadis-hadis sahih, maka sepertinya kita tak akan menjumpainya. Sedangkan jika dilihat dari hadis hadis yang dhaif, maka matahari berhenti berputar. Terlepas dari semua itu, yang jelas Rasulullah memerintahkan kita agar solat disesuaikan.
 
Begitu juga terlepas dari itu semua, apakah matahari berhenti berputar atau matahari berjalan lambat? yang jelas itu semua jauh lebih dahsyat daripada sekadar matahari terbit dari barat. Oleh kerana itulah ada beberapa hadis sahih yang menjelaskan bahawa yang pertama kali terjadi dari sepuluh tanda kiamat besar adalah terbitnya matahari dari barat. Oleh kerana itu pula Rasulullah menjelaskan bahawa ada tiga hal yang apabila hal itu terjadi, maka tidak akan diterima orang yang baru beriman dan yang belum sempat mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Wallahu a'lam. 
 
*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Telur naik harga, peniaga keluarkan kenyataan bertaraf menteri


Kalau sebelum ini Menteri Ayam dah sarankan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak makan ayam kerana harganya mahal.. Apa pulak sarananya bila harga telur ayam dah naik ni..

Adakah beliau akan mencadangkan supaya rakyat tidak makan telur ayam pula kerana harganya dah naik?..