Beliau berkata, selain itu, seramai 1,242 lagi masih menunggu keputusan status permohonan PR mereka.
"Sebelum seseorang warga negara asing memperoleh status pemastautin tetap atau PR, mereka perlu mendapatkan Permit Masuk terlebih dahulu selaras dengan peruntukan Seksyen 10 Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Teresa ingin tahu jumlah permohonan taraf penduduk tetap yang diluluskan kerajaan bagi tahun 2008 dan 2009 serta pihak terbabit yang bertanggungjawab mengeluarkan kelulusan itu.
Hishammuddin berkata, seseorang warga asing yang telah dikeluarkan Permit Masuk adalah layak memohon taraf pemastautin tetap bagi membolehkan MyPR atau kad pengenalan merah dikeluarkan kepada mereka oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Beliau berkata, berdasarkan perkara 10 Akta Imigresen 1959/63, permohonan Permit Masuk boleh dibuat di mana-mana pejabat imigresen berhampiran dengan syarat pemohon hendaklah memiliki dokumen perjalanan atau pasport yang sah.
No comments:
Post a Comment