Tuesday, November 23, 2010

Parlimen bocor lagi

Air sekali lagi menitis di tempat rehat ahli parlimen di Dewan Rakyat selepas hujan lebat hari ini.

Kebocoran itu disedari oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Mamit, selepas parlimen bersidang semula pada jam 2.30 petang selepas berehat untuk makan tenaghari.

NONEBeliau dilihat memaklumkan kepada MP Jelutong, Jeff Ooi supaya tidak duduk di sebuah sofa berhampiran kebocoran itu.

Kakitangan Dewan Rakyat kemudiannya dimaklumkan dan mereka meletakkan baldi supaya lantai lobi itu tidak basah.

Selain lantai yang basah, kebocoran tidak menjejaskan perjalanan Dewan Rakyat.

Menurut Ooi sekali lagi pihak penyelengaraan gagal menjaga bangunan itu dengan baik dan menghalang kebocoran daripada berulang.

“Ia berulang lagi dan lagi. Saya tidak pasti sama ada masalah dengan struktur bangunan Parlimen kerana kebocoran berlaku di tempat yang lain.

“Saya gesa menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal parlimen memberikan jawapan.
Bagi ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bangunan parlimen baru sahaja diselenggara sehingga menelan kos berjuta-juta ringgit dan beliau mahu ia disiasat.

"Kita persoal apa jadi kepada penyelenggaraan yang dibuat sebelum ini dengan kos berpuluh juta ringgit.

NONE"Adakah ianya dipatuhi dan diteliti?

"Kita minta siasatan dibuat segera," katanya yang juga naib presiden PAS.

Pada 2008, kebocoran yang sama berlaku di lobi parlimen dan bilik media.

Bangunan berusia 49 tahun itu telah menjalani kerja-kerja pengubah-suaian bernilai RM100 juta pada tahun 2005.
Kerja-kerja ubah suai masih dilakukan terutama di dalam Dewan Negara dan beberapa bahagian lain di tingkat bawah bangunan Parlimen.

Pada 28 April 2005, masalah kebocoran bumbung di Parlimen ketika sidang Dewan Rakyat berlaku disebabkan kesilapan teknikal yang kecil iaitu penutup kabel elektrik (cable trunking) pada bahagian bumbung Dewan Rakyat menghalang pengaliran air hujan.

No comments:

Post a Comment