Tuesday, November 23, 2010

Bangunan Parlimen kekal di KL, tapi diubahsuai RM485 juta

Menara Parlimen berusia 47 tahun akan kekal di ibu negara tetapi akan melalui pengubahsuaian yang menelan RM485 juta – melibatkan pembinaan sayap baru dan bangunan tambahan enam tingkat bagi tujuan pentadbiran ahli-ahli Parlimen.
Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu The Malaysian Insider bahawa kerja-kerja itu akan dimulakan pertengahan tahun depan.
Rancangan itu kini menunggu kelulusan Kabinet.
“Saya telah bercakap dengan pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya dan mereka telah diminta disediakan satu kertas kerja untuk dikemukakan kepada Kabinet waktu terdekat,” kata beliau ketika ditemui di Parlimen.
Nazri berkata beliau ada menerima maklum balas daripada ahli-ahli Parlimen  daripada kesemua parti mengenai langkah menambah sayap dewan dan bangunan tetapi sebulat suara tidak bersetuju Parlimen dipindahkan ke tempat lain.
“Kesemua ahli Parlimen mengatakan bahawa Parlimen harus kekal di sini dan itu adalah asas kertas kerja JKR yang akan dibawa ke Kabinet,” katanya.
Menurut Nazri kerja-kerja pengubahsuaian akan mengambil masa tiga tahun.
Ia akan bermula dengan pembinaan sayap baru dewan di gelanggang badminton pada kos RM55 juta.
Sayap dewan itu akan menempatkan Dewan Rakyat dan Senat buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pengubahsuaian selesai.
Bangunan enam tingkat pula akan menelan kos RM300 juta.

No comments:

Post a Comment