Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menubuhkan Sekretariat Bantuan Mangsa Banjir melihat perkembangan banjir yang semakin teruk di Kedah dan Perlis.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, sekretariat itu diketuai oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat yang boleh dihubungi di talian 019-7701830.
Katanya, arahan bertindak telah dikeluarkan dan misi bantuan telah digerakkan di mana pada hari ini untuk tindakan segera dengan menghantar tenaga sukarelawan dari DPP Negeri Perak ke Kedah dan DPP Pulau Pinang ke Perlis.
Bilik Gerakan Banjir DPP Negeri Kedah di Kompleks PAS Negeri Kedah Batu 9. Tel: 019 470 4740 Ust Mad Ya/013 407 4295 Ust Ezzat Syauqi.
Bilik Gerakan Banjir DPP Negeri Perlis di Kompleks Tarbiyyah PAS Perlis MADI Jejawi Dalam. Tel: 019 457 4652 Ust Yaakob/013 420 3344 Ust Yusaini]
Sementara negeri-negeri lain dibahagi kepada jadual gerak kerja seperti berikut:
Syif Pertama: Bantuan tenaga manusia untuk tujuan membantu mangsa dan memindahkan mereka ke tempat yang selamat serta membekalkan air, makanan dan keperluan asas di pusat pemindahan – untuk keperluan spesifik dan berkesan, ketua kontijen DPP negeri diminta hubungi terus Ketua DPP Perlis, Ust Ya’kub: 019 457 4652 dan Ketua DPP Kedah, Ust Mad Ya: 019 470 4740]
6 Nov ke Kedah [2/3 hari]
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
6 Nov ke Perlis . [2/3 hari]
Selangor, Wilayah dan Melaka
Syif Kedua: Jika banjir belum surut, maka bentuk bantuan sama seperti syif pertama , cuma tukar atau tambah tenaga manusia. Namun jika banjir telah surut maka bentuk bantuan ialah membantu mangsa membersih kediaman mereka serta membersihkan masjid dan tempat awam dsbnya.
9 Nov ke Kedah [2/3 hari]
Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Perak dan Kelantan
9 Nov ke Perlis [2/3 hari]
Selangor, Wilayah, Melaka dan Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment