Sunday, December 19, 2010

"DAP akan pertahankan agama ISLAM sebagai agama rasmi negara" - Karpal Singh


Jika Umno mengambil pendirian utk menjauhkan diri dan memusuhi DAP selama2nya, PAS perlu cuba dekati dlm konteks tahalluf siyasi, dlm masa yg sama sebarkan dakwah dan terbiah...

Penulis xdpt bayangkan jika semua parti dan organisasi menjauhkan diri dari DAP, sebuah parti yg dianggotai majoriti rakyat non Muslim...sudah pastilah yg tak faham Islam semakin jahil ttg Islam, yg takutkan Islam semakin menjauhi Islam, yg berfikiran buruk ttg Islam akan menentang Islam...

Ingat, mereka juga sebahagian dari rakyat Malaysia, dan tugas kta utk berdakwah kpd mereka...tunjukkan Islam agama yg sempurna dan terbaik..



Dan alhamdulillah, tanggapan sebahagian mereka ttg Islam mulai positif, bahkan Kelab Penyokong PAS dari India mengatakan pemerintahan Islam adalah pemerintahan yg adil dan terbaik..(klik)..

Penulis harap, MCA dan Chua Soi Lek tidak menghasut orang2 Cina supaya menolak Pakatan Rakyat atas isu negara Islam ini, seperti lazim mereka lakukan..lik di SINI utk baca..

Bak kata Lim Guan Eng, "‎Umno kata, PAS di perkudakan DAP manakala MCA pula kata, DAP diperalatkan PAS. Yang sebenarnya, kita hanya diperalatkan oleh rakyat," kata Lim Guan Eng

Semoga umno dapat mentarbiah pemimpin2 MCA dan Gerakan yg semakin lantang mempertikaikan Melayu dan Islam..jgn hipokrit dlm perjuangan...fikir2kan..wallahua'lam..


1. Isu negara Islam

Versi TMI:

Karpal Singh mahu dasar negara Islam yang menjadi isu ‘duri dalam daging’ dalam hubungan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Kebangsaan ini berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” kata Karpal ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Versi mStar Online:

DAP berikrar akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dengan syarat PAS turut mempertahankan hak penganut agamalain.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PAS perlu 'beri muka' kepada parti itu memandangkan DAP sedia mempertahankan hak Islam di negara ini habis-habisan.



"Islam adalah perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia adalah agama rasmi di negara kita... DAP akan pertahankan habis-habisan tapi dengan syarat hak bukan Islam untuk beragama harus ada.

Versi Malaysiakini:

Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.

“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.

Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

2. Kenyataan 'Over my dead body' disalah tafsir

Versi mStar Online:

Pada 1990 Karpal yang juga Ahli Parlimen Gelugor pernah memberi amaran kepada PAS supaya langkah mayatnya dahulu jika ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

Bagaimanapun menurut Karpal, kini beliau sedar bahawa kenyataannya 20 tahun lalu sudah tidak releven.



"Perkara ini (isu Islam)boleh dibincangkan dengan baik, saya tak mahu Barisan Nasional (BN) mengeksploitasi isu ini lagi.

"Kita boleh bincang dengan baik... saya sedia berbincang dengan Tuan Guru Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) dan Tuan Guru (Abdul) Hadi (Awang)... ia perlu dibincang dengan segara," katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 2,000 perwakilan yang hadir.

Versi TMI:

"Apa yang sayakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan rakyat agama lain juga ada hak"

"Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam tetapi yang ini boleh dibincangkan saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini, ini boleh dibincang, dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi Awang," kata beliau.

“Ini adalah satu isu yang harus dibincang dengan segera kena dipercepatkan ” kata Karpal lagi.

3. Puji PAS parti yang paling berdisiplin

DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sebaliknya berkata, wakil rakyat partinya sendiri bertindak keluar seperti yang berlaku di Perak.



“PAS paling berdisiplin kerana tak ada seorang pun daripada mereka yang undur diri. DAP pernah ada seorang di Perak, PKR pun ada ramai (keluar parti),” katanya pada Konvenyen Pakatan Rakyat Kedua di sini.

Sepanjang tahun ini, wakil rakyat PKR paling ramai melompat parti termasuk mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak sepanjang tahun ini.

4. Iktiraf Anwar teraju Pakatan Rakyat Malaysia

Versi Malaysiakini:

“Saya yakin konvensyen ini akan diadakan di Putrajaya tahun depan tetapi kita tidak akan ke sana tanpa tanpa Anwar,” katanya.

Menurutnya, isu di sini adalah mangsa yang digantung tidak didengari pembelaan mereka sebelum diambil tindakan.

"Ini adalah isu mangsa tidak didengari sebelum dijatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Karpal dalam ucapannya.

Versi TMI:

Dalam ucapannya Karpal juga berkata Pakatan Rakyat tidak harus membentuk kerajaan pusat jika memenangi pilihan raya umum ke-13 tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merupakan Ketua Pembangkang dan ketua umumnya.

“Kita tidak boleh pergi ke Putrajaya membentuk kerajaan persekutuan tanpa Anwar ” kata Karpal sambil menambah beliau akan menggunakan segala keupayaan yang ada untuk membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu

Karpal merupakan peguam utama kes liwat dihadapi Anwar yang menurutnya merupakan satu fitnah Sehubungan itu Karpal juga mahu parti-parti komponen Pakatan Rakyat memilih calon yang terbaik dan integriti dan tidak mahu kesilapan pilihan raya umum 2008 berulang.

Malah Karpal juga menyindir Anwar tidak mendengar nasihatnya agar tidak menerima masuk Datuk Zaid Ibrahim yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat PKR baru-baru sebagai ahlinya tahun lalu.

“Saya ada beri Anwar amaran bukan nasihat tetapi dia tak dengar ” kata beliau yang turut mengungkit personaliti Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin masing-masing ahli Parlimen Bayan Baru dan Kulim-Bandar Bahru yang keluar PKR awal tahun ini.

Oleh itu kata Karpal Pakatan Rakyat memerlukan pemilihan calon terbaik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Artikel berkaitan (mesti baca):
- Najib Razak setuju dengan kenyataan 'over my dead body' Karpal!

No comments:

Post a Comment