Sunday, December 19, 2010

[EKSKLUSIF] - 'TAUBATLAH UMMI HAFILDA'


Umum melihat Anwar Ibrahim telah diserang dengan berbagai-bagai serangan yang keras dan bertali arus oleh Media UMNO dan pemimpin UMNO sendiri terhadapnya dan hasilnya kelihatan kurang berkesan malah ianya hanya menghakis sedikit keyakinan rakyat terhadap Anwar, kini kelihatan sasaran serangan dialihkan pula terhadap orang nombor dua PKR, Azmin Ali..

Serangan keatas Azmin kelihatan menggunakan pendekatan yang berbeza, orang yang rapat dengan beliau dipergunakan bagi pula..

Semalam Isteri beliau Shamsidar Taharin dicabar menjelaskan perlakuan sebenar suaminya serta ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu kononnya oleh Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan

Hari ini adik beliau pula digunakan untuk memujuknya.. ini dah jadi macam Polis yang menggunakan sanak saudara terdekat penjenayah bagi memujuk penjenayah menyerah diri..

Tapi jika Ummi seorang adik yang baik mengapa perlu beliau menggunakan media untuk memujuk abangnya itu? Adakah beliau tidak mempunyai nombor talipon abangnya itu untuk dihubungi dan dipujuk?

Mungkin kerana jika beliau menghubungi abangnya itu melalui talipon beliau terpaksa membayar bil talipon itu.. tapi jika menggunakan media UMNO pula beliau akan menerima bayaran .. bolehjadi apa yang diperolehi semasa kes liwat pertama dulu sudah semakin susut agaknya....

Selepas ini siapa pula yang akan digunakan mereka untuk menyerang Azmin Ali? Dan siapa pula yang akan diserang oleh Media UMNO, adakah mereka akan menyerang mengikut turutan berdasarkan Carta Organisasi PKR yang baru?


‘Taubatlah Azmin

Ummi Hafilda Ali yang pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 merayu abangnya, Azmin yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pulang ke pangkal jalan dan bertaubat.

Ummi Hafilda, 42, dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia berkata, beliau membuat seruan itu setelah melihat banyak hipokrasi, penyelewengan, pembohongan serta salah laku melibatkan abangnya itu.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia di dalam lingkungan mereka untuk memperbetulkan keadaan agar tidak terus menanggung dosa.

'Jangan tipu rakyat, jangan tipu bangsa sendiri. Wahai Azmin pulanglah ke pangkal jalan. Bertaubatlah sekurang-kurangnya takutlah pada Allah, malulah kepada para malaikat.

'Kepada Anwar dan Wan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) juga saya pohon perkara yang sama. Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi. Perjuangan saya tidak akan berhenti setakat ini sahaja.

- UMMI HAFILDA ALI
Adik Azmin Ali.


Surat Ummi Hafilda Kepada Perdana Menteri

5hb Ogos 1997
Yang Amat Berhormat
Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Kuala Lumpur

PERIHAL SALAHLAKU TIMBALAN PERDANA MENTERI

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya Ummi Hafilda Bt. Ali ingin mengemukakan laporan khas mengenai salahlaku Timbalan Perdana Menteri.

YAB, laporan ini dibuat berdasarkan maklumat dan bukti yang telah kami perolehi sepanjang tempoh penyiasatan.

Ianya dibuat bersama dengan persetujuan kami kelima-lima beradik iaitu Norlia Bt. Ali, Intan Dawini Bt. Ali, Mohd. Azman Bin Ali dan Ummi Hafilda Bt. Ali. Bersama-sama dengan ini juga disertakan dengan lampiran khas mengenai makluman lengkap sebagai pertimbangan untuk pihak YAB.

Segala perhatian pertimbangan dan tindakan oleh YAB dalam menangani masalah ini sangatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Bagi kami YAB adalah tokoh pemimpin terulung negara yang kami cukup kagum dan hormati.

Sekian. Terima kasih.

t.t
Ummi Hafilda Bt. Ali


UMMI HAFILDA DIBERI IMBUHAN, KATA ANWAR

KUALA LUMPUR, 1 Nov 1999(Bernama) -- Ummi Hafilda Ali mendapat suatu projek di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebagai imbuhan untuk peranan yang dimainkannya sehingga menyebabkan Azizan Abu Bakar mereka-reka keterangan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnya, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Anwar berkata beliau tahu Ummi Hafilda mendapat projek berkenaan selepas pengurus Malaysia Airports Berhad, Tan Sri Basir Ismail memberitahunya mengenai perkara itu.

Anwar berkata, Basir memberitahunya bahawa ketika Ummi Hafilda bertemu dengannya untuk membincangkan perkara itu, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik hadir sama dan pertemuan itu diatur oleh Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, Basir memang selalu melaporkan perkembangan KLIA kepadanya tetapi dalam kes itu, perkara berkenaan dibawa kepada perhatiannya memandangkan Ummi Hafilda adalah adik kepada bekas setiausaha sulit Anwar, Mohd Azmin Ali.

Anwar berkata, ketika itu Basir tahu mengenai pengedaran surat layang yang mengandungi dakwaan salah laku seksual beliau (Anwar).

Beliau berkata demikian ketika disoal peguam utamanya Christopher Fernando pada hari ketujuh pembelaan diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya, Azizan Abu Bakar, 39.


PENGAKUAN BAPA UMMI HAFILDA

(dari tarikh tersebut saya lucutkan warisan zuriat Umi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat)

PENGAKUAN BAPA UMMI HAFILDA

UMMI HAFILDA ialah anak bongsu dari enam beradik, tiga laki-laki tiga perempuan. Lahir pada bulan Jun 1967 di Kampung Klang Gate.

Bersekolah lulus tingkatan lima pelajaran agama lebih dari mencukupi umur enam tahun sudah membaca Koran dengan baik dan sudah tahu bersembahyang. Boleh menulis dan membawa jawi dan dapat melancar pelajaran agama Fekah dan Hadith

Berhenti sekolah dia bekerja di dua buah bank sebagai kerani dan pegawai bank dalam masa empat tahun. Dia meletakkan jawatan itu dan menubuhkan sharikat sendiri. Hasil yang diperolehi dari pinjaman bank yang banyak dia telah menjelajah ke London, Australia, Tokyo dan …(tidak terang). Lain-lain tempat. Sebenarnya business belum diuruskan dengan baik. Dengan sikapnya yang angkuh, riak takbur dan memiliki kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes, Jeep, Isuzu, Van biasa, BMW. Tiga empat kereta dalam satu-satu masa.

Sepanjang masa dalam riwayat hidupnya belum pernah ada ada risik dari mana-mana pihak yang bersetuju meminang hingga sekarang masih seorang andartu.

Bila umurnya meningkat lebih 20 tahun tingkah lakunya yang aggeresive begitu menjadi-jadi. Melawan, tidak pedulikan dengan nasihat, riak, takbur, pembohong, penipu.

25.8.98 kali terakhir dia keluar dari rumah ini. Kelang Gate Setapak KL.

1.9.98 jam 5.20 petang saya memangil kakaknya yang sulong dan memberi nasihat kepadanya bahawa dari tarikh tersebut saya lucutkan warisan zuriat Umi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat dan berwasiat dengan pesanan jangan lagi dia balik kerumah ini.

30.9.98 dia selitkan tiga surat layang dipintu gate besar dengan nama samaran jiran yang bersimpati.

6.10.98 dia suruh kakaknya mengemas semua kain bajunya yang berada dalam tiga bilik di rumah ini.

Kedatangan kakaknya dia menunggu bila saya tidak ada dirumah kerana berjumaat.

Hasil komplot Megat Junid sampai ketangan Khalis Jafri untuk dijadikan buku 50 Dalil sebelum sampai ke PM. Kerja-kerja fitnah ini dibiayai oleh Daim dan Tengku Adnan, Ziela isteri Megat Junit menjadi orang perantaraan.

Dalam hidupnya semasa dewasa ini hutang keliling pinggang. Pernah beberapa kali orang yang memberi hutang datang menyerang di rumah ini. Surat-surat bank dari seluruh KL menuntut hutang datang sepangjang masa pernah saya di tipu
dengan lenyapnya kereta mercedes yang berharga $90,000 kerana melangsaikan hutang banknya.

Kekasarannya pernah beberapa kali ibunya mengeluarkan airmata. Dia sanggup menuding jari telunjuk kemuka ibunya dan disuruh 'shut up' Jaga sikit mulut. Semenjak tahun 1988 sudah tiga empat kali lari dari rumah berbulan-bulan lamanya keluar dari rumah.

Sifat fitnah menjadi-jadi walau pun dinasihati tetapi tidak diindahkan

Saya telah berkahwin dengan ibunya 42 tahun tetapi pada 20.2.1998 dalam masa beberapa minit sahaja tak tahulah apa yang difitnahkan kepada ibunya hingga membuat orang itu menyerang saya dengan keadaan luar biasa sehingga terpaksa saya melafazkan talak kepadanya. Kami bercerai sepuluh hari sebelum rujuk kembali.

Hasil kemuncak fitnahnya adalah dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Jawatan TPM dan dilucutkan keahlian UMNO yang menggemparkan dunia seluruhnya hingga kehari ini. Dialah bertanggungjawab penulis surat kepada PM pada 8.8.1997 memfitnah Anwar berzina dengan kakak iparnya hingga mendapat anak bernama Hafifah dan memfitnah abangnya mehmed Azmin setiausaha Anwar oang yang paling kaya dengan hasil rasuah serta perpakat dengan Azizan Abu Bakar memfitnah Anwar berhomosex dengan Azizan.

Surat-surat tersebut dengan 9.10.98 suruh abangnya Azwan buat laporan polis di Melawati dan menuduh dua abangnya Azman dan Azmin memecah masuk biliknya dan mengambil surat-surat penting dari bilik tersebut serta mendakwa abangnya Azman hendak membakar pakaiannya dan mendakwa Azmin hendak membunuhnya.

Dua orang pegawai polis Inspektor Ramlee dan DSP Ishak datang menyiasat kes tersebut serta seorang Juru gambar.

No comments:

Post a Comment