"Mesej kepada Memanda Perdana Menteri, Mereka lebih sibuk tabur harapan dari memahami yang rakyat jelak dengan keangkuhan. Kita perlukan pemimpin yang bukan lupa asal usul tapi pemimpin yang boleh deliver satu kerajaan yang di pimpin oleh rakyat, untuk rakyat, kepada rakyat. Bukan kah rakyat yang memilih mereka menjadi wakil rakyat tetapi mereka terus ingat mereka yang bagus sangat dan lupa yang mereka itu wakil kita.
Berbuih buih mulut PM mengingatkan peranan dan semangat ummo yang baru. menjadi juara rakyat, mendahuluikan rakyat, merasa nadi dengupan rakyat. Semuanya sia-sia. Pemimpin pemimpin UMNO terus memperlecehkan impian PM ini.
Mengambil kisah berita terkini bayangkan lah berapa ramai peniaga peniaga Melayu yang telah menderita dan sengsara akibat perkara kecil yang tak mampu diselesaikan dengan segera oleh pentadbiran UMNO. Hutang hutang semasa perhimpunan UMNO yang lalu hinggalah sekarang maseh tidak dibayar oleh pihak umno.
Sedih dan kesian, parti yang berjanji mendukung perjuangan orang orang Melayu rupa rupa nya indah khabar dari rupa. Mereka tak mengotakanya, Mereka tak serik serik membuat rakyat benci dan meluat. Fikir fikir kan lah. Jangann lah susah sangat mencari sebab kenapa pengundi menyampah dengan BN dan parti parti kompenannya.
Pemimpin pemimpin yang sombong, bongkak dan berlagak dan tidak menyelami masalah rakyat maseh ada lagi didalam parti keramat ini. Renungi dan kaji lah rintihan dan keluhan peniaga peniaga Melayu dibahagian UMNO Malaysia."
UMNO TETAP JADI PENGKHIANAT MELAYU ISLAM...
No comments:
Post a Comment