Tipu mak cik felda boleh laa, pekena orang ulu banat yang tak kenai internet boleh laa. Awang Adek Hussain sebagai contoh mengatakan kemelesetan ekonomi dunia tiada impak pada negara kita. Betoi ka... habis tu, kenaikan harga barangan keperluan asas tu bukan kah tanda ekonomi tak stabil?
Pencinta pencinta bangsa BN, korang tunggu dan nanti... kenaikan harga barangan keperluan akan terus memuncak lagi tahun depan. Penjilat penjilat Umno, korang tunggu dan nanti... kenaikan harga barang keperluan ini akan mengempiskan poket orang yang makan gaji kerana gaji mereka akan jadi lebih kecil walau majikan tak turunkan gaji mereka - ini hakikat dan inilah yang terus berlaku selagi BN memerintah negara.
Statement nak tipu orang kampung macam ni akan terus dimainkan selagi kita sudi biarkan BN memerintah. Statement kartun macam ni akan terus menghantui kita sekiranya kita masih biarkan BN menghuni Putra Jaya. Mangkuk mangkuk hayun yang bergayut dalam BN mana mahu terangkan pada rakyat kenapa harga gula dinaikkan, kenapa harga minyak kena dibebankan pada rakyat. Kenapa juga harga gas perlu dipanaskan. Dan yang paling penting, kenapa kerajaan Najib memotong subsidi terhadap barangan keperluan tersebut.
Pemotongan subsidi sebenarnya adalah impak atau kesan terus dari kegawatan ekonomi dunia. Beribu ribu graduan yang tak dapat kerja adalah hasil kegawatan ekonomi dunia. Kenapa ini tak diterangkan pada rakyat terbanyak agar rakyat faham?
Satu saja, Umno akan kalah teruk sekiranya Melayu pandai. BN akan jatuh dari tampuk pemerintahan sekiranya rakyat dah bijak.... Ayuh, kita bijak pandaikan rakyat kita supaya mereka sedar yang mereka telah lama ditipu hidup hidup selama ini.
No comments:
Post a Comment