Friday, December 3, 2010

Pelaburan antarabangsa mendatar melangkah ke 2011

global-economy_25Prospek pelaburan antarabangsa kekal mendatar melangkah ke suku keempat 2010 tetapi masih menunjukkan peningkatan berbanding prestasi menjunam tahun 2008 dan 2009.
Prestasi ini terkandung dalam rencana utama isu terbaru Buletin Berita Pelaburan yan diterbitkan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Dalam satu kenyataan bertarikh 2 Disember, OECD meramalkan bahawa aliran Pelaburan Langsung Asing (FDI) akan merosot 8% pada 2010.  Namun ia satu pencapaian yang lebih baik berbanding kejatuhan 19% dalam aliran FDI pada 2008 dan pengurangan 43% tahun 2009.
Jika trend ini kekal, maka pelaburan dalam aktiviti Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A), satu komponen penting dalam FDI akan berlegar di sekitar US$670 bilion dalam 2010, peningkatan sebanyak 6% berbanding tahun 2009," kata kenyataan itu.
Ini merupakan pertambahan kali pertama dalam aktiviti M&A antarabangsa sejak 2007 berikutan kejatuhan 21% tahun 2008 dan 53% tahun 2009, menurut laporan itu.
Berdasarkan momentum yang kurang jelas, pelaburan antarabangsa 2011 akan sensitif kepada kekuatan pemulihan ekonomi global.
"Ia turut sensitif sama ada negara-negara dalam kumpulan G20 boleh mengelak dari perlindungan pelaburan atau konflik berhubung dasar pertukaran asing.
"Keadaan ini boleh mencipta ketidaktentuan berhubung harga aset antarabangsa dan penilaian pendapatan dijangka dari aset-aset ini," kata OECD.

No comments:

Post a Comment