Saturday, January 8, 2011

Dialog kuasa kartun bersama zunar

Peminat-peminat berpeluang bertemu kartunis politik Zunar secara langsung dalam program santai di KL Sentral, Brickfields pada 13 Januari ini.

Program "Teh Tarik Session" anjuran portal web "Malaysian Digest" itu bertempat di kedai makan Killiney Sooka bermula dari jam 4.30 petang dan berakhir pada jam 7.30 petang.

Dengan tema "Cartoon as a Powerful Communication Tool" (kartun sebagai media komunikasi paling berkesan), Zunar akan mengadakan sesi dialog, menjelaskan falsafah dalam bekarya dan berkongsi pengalaman secara interaktif dengan peminat-peminatnya. Turut diadakan ialah sesi tandatangan autograf dan penjualan buku.

Ini adalah sesi pertama kartunis kontroversi itu bersama peminat selepas dibebaskan dari lokap kerana ditahan di bawah Akta Hasutan 26 September tahun lepas kerana buku terbarunya "Cartoon-O-Phobia" dituduh kerajaan sebagai "mengancam ketenteraman awam."

Program itu terbuka kepada semua dan menurut pihak penganjur minuman percuma akan diberi kepada 40 perserta pertama yang membuat pendaftaran awal. Pendaftaran boleh dibuat di http://www.malaysiandigest.com/teh-tarik.html.

No comments:

Post a Comment