Saturday, January 8, 2011

GEMPAR: Kontrator Melayu minta maaf, tarik balik kenyataan terhadap Lim Guan Eng!..



November tahun lalu kita dikejutkan dengan pengakuan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang a.k.a ADUN Pulau Betong yang mengaku bahawa tanah dan hak Melayu selama ini digadai dibawah pemerintahan terdahulu (Umno/Gerakan)..

Hari ini kita dikejutkan pula dengan keberanian Persatuan Kontraktor Melayu (PKMM) Pulau Pinang yang memohon maaf di atas fitnah dan serangan terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang...syabas diucapkan keatas keberanian mereka..

Ternyata usaha Umno utk menyerang kerajaan PR pimpinan Lim Guan Eng gagal-segagalnya..dakyah kononnya Melayu PP semakin terabai, merempat dan pupus sejak diambil alih kerajaan PP ternyata mitos palsu yg menjengkelkan semata2..

Penulis lampirkan beberapa artikel sebelum ini yang berkaitan dgn isu Melayu Pulau Pinang utk bacaan penyokong fanatik parti rasis Umno di bawah:


1. PANAS: Ahli Umno dakwa UMNO tipu peniaga Melayu, mungkir janji bayar hutang!
2. Debat isu Melayu Pulau Pinang: Ternyata Umno Penang lembab dan pengecut!
3. Isu tanah Melayu Pulau Pinang: Hujah yang gagal disangkal puak gerombolan..
4.
TERBARU: PANAS: Pemimpin Umno Pulau Pinang akhirnya akui Umno punca tanah Melayu PP terhakis!

Untuk yg terakhirnya, insyaAllah, sebagaimana pernah diucapkan Tun M, Umno/BN sukar untuk merampas kembali negeri Pulau Mutiara ini..itu belum dicampur lagi dgn kenyataan Gerakan Penang yang menyerah kalah kepada DAP/PR dalam PRU yg akan datang..klik di SINI..

Akhir kalam..Umno kalah Melayu selamat, Umno lemah, Melayu hebat...fikir2kan..wallahua'lam..


Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng

Dalam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya.



Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri.

"Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim.

Lim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini
berkata, Mohammed Fadzill memohon maaf di atas kenyataan-kenyataan yang sebahagian besar dibuat dalam akhbar Melayu.

"Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru.

"Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," tambahnya.

Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzill yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya.

Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mencabar Lim memberikan butir-butir terperinci mengenai projek-projek terbabit.

Kerajaan negeri kemudiannya mengumumkan perangkaan yang menunjukkan kontraktor Melayu mendapat hampir kesemua projek di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Rekod kerajaan negeri menunjukkan 94 peratus kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diberikan kepada kontraktor Melayu manakala kesemua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan kepada kontraktor Melayu.

Lim mengulangi bahawa kerajaan negeri tidak menyenarai-hitamkan sebarang kontraktor, tetapi memastikan mereka yang mendapat kontrak harus bertanggungjawab dan tidak menjadi kroni dari mana-mana pihak.

Dengan perkembangan terbaru itu, katanya - walaupun tiga tahun terlambat - merupakan satu kemenangan bagi kontraktor Melayu dan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri, katanya, mahu menjalinkan hubungan yang sihat dan terancang yang berdasarkan kepada fakta dan bukan emosi.

Tambahnya, ada antara kontraktor Melayu yang terbaik di negara ini kerana beliau telah menyaksikan kualiti kerja mereka.

"Hanya kontraktor Umno yang buat bising sekarang (kerana mereka tidak dapat kontrak), bukan kontraktor Melayu," tambah Lim. - MK

No comments:

Post a Comment