Zulkefli Hamzah
1 FEB — Bulan mewakili hatiku atau Yue Liang Dai Biao De Xin (Moon represents my heart), lagu Mandarin yang dinyanyikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama penduduk pekan Labis pada malam Sabtu lalu membawa banyak erti.
Begitu sekali populariti dan pengaruh tembang cinta nan romantik ini sehinggakan ia menjadi lagu pilihan bekas Menteri Besar Perak itu dalam kempen meraih undi kaum Cina pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang.
Nizar pun bukan pertama kali menyanyikan lagu malar segar yang dipopularkan oleh penyanyi Taiwan, Teresa Teng. Beliau biasa menyanyikan lagu Bulan menjadi saksi (versi Indonesia) ini di majlis-majlis tertentu yang dihadiri kaum Cina. Aksinya itu boleh disaksikan di Youtube.
Sebenarnya bukanlah Nizar seorang mengilai lagu universal ini. Siti Nurhaliza pun khabarnya pernah menyanyikan lagu itu. Dalam tiupan saksofon Kenny G ada terselit lagu ini yang selalu juga dibawakan dalam konsertnya.
Lagi ini memang unik yang tidak mengenal batas wilayah, bahasa, budaya dan agama. Bukan rakyat Taiwan dan China sahaja yang menggemarinya tetapi juga tersohor di Korea, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Banyak drama dan filem memanfaatkan kesyahduan lagu yang begitu menyentuh perasan ini.
Tetapi dalam konteks Nizar dan pakatan pembangkang, dendangan Bulan menjadi saksi gagal memberi kesan besar kepada undi Cina di Tenang. Ghairah mendendangkan lagu ini tidak terlihat dalam bentuk undi. Begitu juga ghairah Nizar membuat ‘fatwa’ haram undi calon Umnodan BN tidak diendahkan oleh penduduk Tenang.
Walaupun MCA dan Gerakan digambarkan masih tempang untuk menyaingi DAP dalam melaksanakan misi memikat pengundi Cina tetapi sudah ternampak cahaya terang di hujung terowong. Tiga kawasan majoriti pengundi Cina berjaya ditawan semula BN walaupun bukan dengan majoriti besar.
Kawasan majoriti kaum Cina ialah Labis, Tenang Station, Bandar Labis Tengah dan Bandar Labis Timur. Hanya satu peti undi kekal di tangan pembangkang iaitu peti undi Bandar Labis Tengah dengan majoriti 486 undi. Di peti undi ini, BN mendapat 365 undi manakala Pas 851 undi.
Di peti undi Bandar Labis Timur, BN memperoleh 669 undi manakala Pas 632 undi iaitu majoriti 37 undi dengan 16 undi rosak. Begitu juga di peti undi Tenang Station, BN mendapat 744 undi manakala Pas 352 undi dan 12 undi rosak.
Bolehkah Datuk Seri Chua Soi Lek dan Tan Sri Koh Tsu Koon berpuas hati dengan undi kaum Cina yang masih dalam lingkungan 30 peratus memihak kepada BN ini? Tentulah tidak. Mereka seharusnya terus menunjukkan komitmen mendekati pengundi Cina, selain sudah tentu tanpa mengetepikan kaum lain.
Cabarannya bukan kepalang. Undi kaum Cina di Tenang sepatutnya lebih besar. Ini kerana Tenang tidak asing buat Soi Lek yang pernah menjadi Ahli Parlimen Labis dan Exco kerajaan negeri. Johor pula ialah kubu kuat BN yang selama ini memang sukar untuk ditembusi oleh PKR, DAP mahupun Pas.
Mungkinkah faktor cuaca buruk atau boikot pengundi Cina menjadi puncanya? Bagi sesetengah penganalisis, mereka menyatakan kejanggalan kerana peratusan keluar mengundi di kawasan majoriti pengundi Cina ini begitu rendah. Di Labis hanya 53 peratus, Bandar Labis Tengah 30 peratus manakala Bandar Labis Timur 51.4 peratus.
Tidak seperti lazimnya, pengundi kaum Cina yang selalu dikenal kental dengan semangat ‘satu undi’ tidak menterjemahkannya di Tenang. Di Tenang, suasananya berbeza sehinggakan para juru kempen DAP pun sempat panik. Pada awal proses pengundian, mereka menggunakan segala langkah merayu pengundi Cina agar keluar mengundi.
Pakatan pembangkang memang sangat mengandalkan 39.08 peratus pengundi Cina untuk membuat kejutan atau setidak-tidaknya, mengurangkan majoriti BN di Tenang. Mereka terutama Pas, sangat optimis untuk melakukannya.
Tetapi momentum itu tidak lagi menyebelahi pakatan tiga parti ini. Waktu manis seperti itu sudah semakin berlalu. Kebiasaan menuding hanya BN yang salah, sudah kurang menyengat hati pengundi. Janji mewujudkan kesejahteraan rakyat ditakrif hanya gema pemanis mulut.
Faktanya, BN menang dengan majoriti lebih besar pula. Bulan menjadi saksinya. Dacing tetap mewakili hati majoriti penduduk Tenang. Dan dalam skala nasional, momentum kemenangan BN selepas DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah memberikan signal yang jelas. Kian hari jalan ke Putrajaya untuk pembangkang kian suram.
Sindiran DAP mahupun PKR ke atas Soi Lek yang dianggap kalah dalam permainan di kubu majoriti Cina, hanyalah helah supaya dalam kalangan komponen BN terus saling menyalahkan. Memang Soi Lek boleh berasa bangga. Pendekatan ‘tidak menonjol dan menggunakan pemimpin tempatan’ menjadi di Tenang. Mungkinkah ia boleh dilakukan di tempat lain?
Jangan pandang ringan strategi gegak-gempita PAS, DAP dan PKR. Sebenarnya beban BN terutama MCA dan Gerakan semakin berat dengan kelicikan pembangkang memanipulasi suasana dan sentimen. Dan mereka akan terus mendendangkan Bulan mewakili hatiku dan pada masa sama menyanyikan lagu undi BN itu jahiliah, undi BN itu haram.
Bulan Menjadi Saksi
Kau bertanya kepadaku
Cintakah padamu
Cintaku tulus
Suci dan murni
Bulan menjadi saksi
Kau bertanya kepadaku
Sayangkah padamu
Hanyalah engkau
Yang kusayangi
Bulan menjadi saksi
Pelukan yang hangat
Menyejukkan jiwaku
Kucupan yang mesra
Meluluhkan hatiku
Kuberjanji kepadamu
Cintaku abadi
Sampai kiamat
Takkan berubah
Bulan menjadi saksi
(versi Indonesia) — Utusan Malaysia

No comments:
Post a Comment