Tuesday, February 1, 2011

JANGAN JADI BANGANG !!!

INI LAH SEJARAH


nota:
seratus tahun dari hari ini
gambar gambar ini akan dilihat
sebagai artifek sejarah - sesiapa
yang berada tahrir square minggu ini
pastilah menjadi sebahagian dari sejarah dunia!





MESIR : AMK DESAK KERAJAAN BERTINDAK SEGERA
– harakah daily

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) kesal dengan kelembapan Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Luar dalam memberi respons balas mengenai krisis yang sedang melanda Mesir yang kini turut mengesani komuniti Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa.

Seramai 11,319 pelajar Malaysia didaftarkan secara rasmi menuntut di Mesir dalam pelbagai disiplin terutama dalam bidang perubatan dan agama.

Dalam jumlah ini lebih daripada 70 peratus pelajar terlibat dengan kawasan darurat terutama di Kaherah.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, keadaan makin meruncing apabila Presiden Hosni Mubarak tetap berkeras untuk mengekalkan kuasa diktaktornya, rakyat semakin bangkit dan pihak penjenayah mengambil kesempatan untuk merompak dan membakar bangunan.

“Dalam keadaan yang meruncing ini, adalah mustahil untuk para pelajar mendapatkan bekalan makanan dan kewangan memandangkan kedai semuanya ditutup,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak AMK telah menghubungi wakil AMK di Mesir dan pihak pelajar sendiri, mendapati bahawa keadaan di sana semakin teruk akibat daripada lambatnya bantuan daripada kerajaan Malaysia dan kedutaan.

Beliau berkata, bekalan makanan tidak mencukupi dan tidak menyediakan kemudahan pengangkutan untuk pulang atau keluar daripada kawasan darurat.

No comments:

Post a Comment