Saturday, September 8, 2012

Ramah Mesra Aidilfitri Merdeka PAS Batu 8 Sept


Bertemakan "Perpaduan Rakyat" PAS Kawasan Batu mengundang semua rakan-rakan bukan Islam dan orang ramai ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Merdeka 2012 pada Sabtu, 8 September mulai jam 8.30 malam di Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.


Menurut Yang Dipertuanya, Ishak Surin (gambar) para tetamu yang akan hadir juga menampilkan masyarakat majmuk dan ikatan perpaduan rakyat yang kukuh.

"Kami jangkakan lebih 2,000 akan hadir. Sebanyak lapan khemah disediakan. Seramai 300 kanak-kanak akan diberi duit raya kali ini," ujar beliau.

Katanya, antara tetamu yang akan hadir penyanyi terkenal Dayangku Intan; Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw; adik Mat Indera, Baharom Shah Indera; adik allahyarham Dr Burhanuddin Al-Helmy, Dr Norbit Mohd Nor; Naib Presiden PRM, Koh Swee Yong;  bekas Timbalan Menteri Tanah & Koperasi Malaysia, Datuk Dr Tan Kwee Kwong; Ketua Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Phang Chaw; dan Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua;

Selain mereka, juga akan hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak yang juga Presiden Bapa, Razman Zakaria; Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah merangkap Pengerusi Juham, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi; MPT PKR, Mustafa Kamil Ayob; Adun Hulu Klang, Shaari Sungib; Exco Muslimat PAS Pusat, Cikgu Normala Sudirman dan suami; Setiausaha Agung PSM, Arul Selvam; Penyajak, Dinsman, Pyanhabib; Setiausaha GMP, Husni Abas dan ramai lagi...

Ishak berkata, pelbagai menu disediakan bagi meraikan hadirin yang telah mendokong dan menyokong perjuangan PAS Batu selama ini.

Antaranya mi kari, lemang, rendang, nasi himpit, sate, laksa, bihun goreng dan mi goreng serta pelbagai jenis kuih-muih.

Katanya, segala menu disediakan hasil gotong-royong PAS cawangan di semua peringkat di samping tajaan individu tertentu.

No comments:

Post a Comment