Ahli DAP yang dipecat, Jenice Lee turut hadir ke Kongres Khas parti itu yang diadakan di sebuah hotel, di sini hari ini.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai itu kelihatan di tengah-tengah para perwakilan dan pemerhati parti itu yang memenuhi Imperial Ballroom, di mana tempat kongres itu diadakan.
Ketika ditemui Harakahdaily, Jenice berkata beliau hadir ke kongres itu bagi memastikan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) ini benar-benar diwakili oleh mereka yang benar-benar berkelayakan.
Beliau yang turut diberikan notis untuk menghadiri ke pemilihan ini, biarpun dipecat mengingatkan para perwakilan agar membuat pilihan terbaik bagi memastikan perjuangan parti itu benar-benar terpelihara.
"Tuhan memberi peluang, bukan sahaja kepada saya, tetapi juga kepada semua perwakilan untuk memilih pemimpin yang benar-benar berpegang kepada perjuangan parti. Walaupun mungkin selepas ini saya 'dibunuh' semula, saya tetap akan menyelematkan parti ini," kata beliau sambil menyifatkan pemecatan beliau sebelum ini sebagai tidak sah.
Bagaimanapun, tambah beliau kehadirannya hari ini di kongres khas itu sebagai usaha beliau menyelamatkan parti dari tergelincir dari garis perjuangan yang dipersetujui bersama.
Jenice, dipecat dari DAP setelah beliau bertindak bertanding sebagai calon bebas di Dun Teratai pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila namanya tidak dicalonkan semula bagi kerusi tersebut.
Tindakannya itu menyebabkan DAP mengambil keputusan memecat keahliannya memandangkan parti itu sudah mengeluarkan arahan awal kepada setiap ahlinya agar tidak bertanding menentang calon yang ditentukan parti.
Pemilihan semula hari ini diadakan berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengumumkan pemilihan sebelum ini tidak sah ekoran dakwaan kononnya terdapat perwakilan yang tidak diberikan notis untuk menghadiri kongres sebelum ini.
Pada pemilihan hari ini, semua senarai calon yang bertanding untuk 20 jawatan tertinggi parti kekal seperti mana pemilihan pada Disember 2012 yang lalu.
Bagaimanapun, terdapat 17 orang calon menarik diri dan dua meletak jawatan menjadikan bilangan yang calon yang bakal dipilih perwakilan berjumlah 47 orang berbanding 66 calon tahun lalu.

No comments:
Post a Comment