Sunday, September 29, 2013

UMNO Pulau Pinang perkenal kaedah baru untuk pertahan jawatan ke ni?


Menjelang pemilihan UMNO Oktober ini, Pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang dikhabarkan telah menggunakan kaedah baru bagi mengekalkan kuasa ditangan mereka dan juga kroni mereka.

Laporan dari Bernama ini cuma menyebut satu UMNO Bahagian saja yang menjadi mangsa kaedah baru itu, hakikatnya bukan satu sahaja.. tapi banyak lagi Bahagian-bahagian UMNO yang menjadi mangsa..

Yang lain-lain tu cuma berani marah dari belakang saja.. berkumpul kat kedai kopi, lepas tu pakat kutuk dari belakang.. nak kutuk secara berhadapan takut saki baki kepentinganpun hilang..

Antaranya ialah Nibong Tebal, Bukit Bendera dan juga Permatang Pauh.. yang lain-lain aku tak ingat dah..

Kaedah ini ialah mengusulkan kepada pusat untuk menggantung hak keahlian individu-individu yang cuba menentang calon-calon Ketua Bahagian yang merupakan kroni kepada seseorang.

Dengan cara itu kroni mereka akan menang mudah dan UMNO Pulau Pinang akan berada sepenuhnya dalam kawalan individu yang akan bertanding pada peringkat MT itu pula..

Tak kiralah samada individu yang digantung itu telah bersama UMNO sejak 20 tahun yang lalu atau telah bersama UMNO sejak azali lagi..

Ada khabar angin yang mengatakan individu itu akan melawan Ketua Bahagian atau apa saja jawatan yang melibatkan kepentingan kroni.. "Aku gantung hang!!.. biaq padan muka hang!"..

Alasan yang digunakan untuk penggantungan hak keahlian itu ialah kononnya mereka sabotaj UMNO semasa PRU13 yang lalu..

Itulah kaedah baru yang dikhabarkan oleh beberapa orang pemimpin UMNO yang sudah digantung...

Sebahagian anggota Umno di Pulau Pinang hari ini mahu pucuk pimpinan parti itu memberi penjelasan berhubung status keanggotaan mereka selepas menerima surat mengenai perkara itu Rabu dan Khamis lepas.

Sambil meminta perkara itu disiasat, Timbalan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Jasmin Mohamed antara 21 anggota di bahagian itu yang menerima surat berkenaan, berkata surat itu menimbulkan beberapa keraguan berikutan mereka yang menghantar borang pencalonan untuk pemilihan Umno Oktober ini turut ditolak.

"Mengikut fasal 6.2.4 Perlembagaan parti, ahli-ahli yang sedang di dalam cadangan untuk digantung atau dipecat tidaklah hilang hak keahliannya.

"Jadi mengikut fasal apa yang kami dikenakan tindakan seperti ini, kami mohon pihak pemimpin tertinggi Umno menyiasat perkara ini. Kami semua sayang parti sebab itu mahukan penjelasan daripada pucuk pimpinan," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.

Katanya 21 orang termasuk enam anggota di bahagian itu yang menghantar borang untuk bertanding pada pemilihan parti di bahagian itu hilang kelayakan untuk bertanding peringkat bahagian nanti kerana didakwa cuba mensabotaj parti dalam pilihan raya umum lepas.

"Kalau betul seperti itu mengapa surat ini hanya dikeluarkan pada 20 September dan bukan dikeluarkan sebaik pilihan raya umum berakhir pada Mei lalu.

"Tetapi surat itu juga hanya sampai kepada kami pada 25 dan 26 September iaitu selepas tamatnya tempoh 72 jam yang diberi kepada calon yang menawar diri untuk bertanding dalam pemilihan peringkat bahagian nanti," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jasmin yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno negeri, Datuk Daud Taha berhubung tujuh calon yang menawar diri untuk bertanding dalam pemilihan Umno peringkat bahagian di Pulau Pinang digantung keanggotaan mereka kerana cuba mensabotaj parti pada pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Jasmin yang menghantar borang untuk bertanding Ketua Bahagian berkata apa yang berlaku itu seolah-olah menunjukkan wujudnya unsur sabotaj untuk menghalang mereka yang terlibat daripada bertanding.

“Dalam surat yang kami terima menyatakan keahlian kami digantung sehingga siasatan selesai tetapi yang menimbulkan keraguan Lembaga Disiplin parti belum mengeluarkan sebarang keputusan.

"Kami juga dipanggil oleh Lembaga Disiplin pada 12 September dan telah memberi keterangan. Selain itu kami juga dimaklumkan oleh Lembaga Disiplin yang kami boleh bertanding," katanya. – Bernama

Kenapa aku letak gambar Datuk Musa tu... pemimpin UMNO Pulau Pinang tentu faham... macai UMNO tak akan faham punya.. maklumlah.. macai katakan.. ha..ha..ha..

Diharap PKR tidak meniru kaedah ini dalam Pemilihan yang akan datang ni..

No comments:

Post a Comment