Musibah banjir yang melanda Pantai Timur khususnya di Pahang yang paling teruk terjejas, turut mendapat perhatian Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Tanpa mengira perbezaan anutan agama, bangsa dan ideologi politik, DHPP tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat banjir.
Bertindak atas kesedaran dan rasa tanggungjawab, rombongan DHPP Perak turun ke Pahang bagi menghulur bantuan.
Mengetuai rombongan itu Pengerusi DHPP Perak, Beh Hing Kin bersama Adun Gunung Semanggol, Ustaz Mohd Zawawi Hassan.
Bantuan berupa barangan makanan dan juga minuman yang dibawa dengan lori itu diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden PAS.
Tuan Ibrahim ketika mengulas perkara itu berkata, beliau kagum dengan semangat dan rasa kebersamaan yang ditunjukkan oleh DHPP yang turun menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir.
"DHPP telah menunjukkan satu contoh yang sangat terpuji dalam membantu mangsa banjir ini.
"Kita akan sampaikan kepada keluarga yang terjejas dan kita ucap terima kasih kepada DHPP. Kita harap usaha ini diteruskan dalam masa akan datang," katanya kepada Harakahdaily.

No comments:
Post a Comment