Pemuda PAS Malaysia akan memastikan seluruh tenaga anak muda disatukan bagi memberikan tekanan yang kuat kepada Umno BN pusingan kali ini.
“Saya ingin menyatakan keazaman Pemuda PAS Malaysia untuk menggembleng tenaga seluruh pemuda Pakatan Rakyat dan aktivis anak-anak muda dari pelbagai bangsa, jalur fikrah dan latar belakang untuk bersatu memberikan tekanan yang sama ke arah Umno BN yang telah menekan rakyat Malaysia dengan seribu satu bebanan,” ujar ketuanya, Suhaizan Kaiat.
Katanya, GST, pengurangan subsidi, kenaikan tarif elektrik, kos pengangkutan awam dan umumnya seluruh harga barang yang bakal menyaksikan peningkatan; merupakan 'hadiah' kerajaan Umno BN kepada rakyat menjelang tahun baru.
“Pemuda PAS Malaysia bertekad mengenepikan segala perbezaan-perbezaan kecil dikalangan pelbagai lapisan aktivis anak muda dan memberikan fokus kepada persamaan bersifat sepunya iaitu amarah anak muda yang muak dan benci dengan tekanan kos sara hidup dikenakan pemerintah Umno BN,” ujarnya.
Menurutnya, Umno BN hakikatnya sedang berkerja keras untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar.
Tambahnya, tuduhan Syiah dalam PAS cuba didendangkan tanpa pembuktian yang kukuh.
“Lojikkah menteri kanan membuat tuduhan syiah terhadap Timbalan Presiden PAS sekadar berasaskan 'Abang Mat mengkagumi revolusi Iran dan Khomeini'? Ini gila namanya,” katanya.
Sedangkan, katanya satu dunia sudah tahu Perdana Menteri Najib Razak sendiri pernah bertemu Pope tidak lama dahulu.
“Apakah menteri yang sama boleh mendakwa Najib sebagai Kristian? Apa maknanya semua ini?” tanya beliau lagi.
Tambahnya, tidak lain hanyalah untuk mengaburi rakyat dari isu sebenar iaitu 'pemerkosaan' Umno BN terhadap kantung rakyat menerusi pelbagai dasar baru yang memiskinkan.
“Saya amat yakin rakyat semakin bijak. Bahkan rakyat menjadi bertambah-tambah bijak dengan melihat tindakan Umno BN yang semakin hari mentadbir negara menggunakan 'akal tiga suku'!” katanya.
Justeru, katanya sayap-sayap pemuda Pakatan Rakyat, mahasiswa, aktivis dari kalangan NGO/NGI, aktivis seni dijalanan, professional, akademia dan seluruh anak muda dari apa jua latar belakang akan digembleng bagi memastikan kesedaran rakyat serta arus penentangan terhadap polisi tidak menyebelahi rakyat yang dibuat Umno BN akan terus mendapat tekanan.
“Pemuda PAS serius. Bahkan kami sudah menyusun beberapa siri pertemuan dengan beberapa kumpulan mewakili anak-anak muda untuk merancang strategi.
“Kami akan pastikan seluruh tenaga anak muda disatukan bagi memberikan tekanan yang kuat kepada Umno BN pusingan kali ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment