Rizab Kerajaan Selangor hampir RM3 bilion ketika ini mampu menampung perbelanjaan mengurus ekonomi dan perbelanjaan penting lain untuk jangka masa sehingga tiga tahun sekiranya berhadapan situasi kemelesetan ekonomi.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata disebabkan itu kerajaan negeri komited menyediakan asas ekonomi kukuh sebagai persediaan menghadapi sesuatu keadaan yang tidak dijangka, lapor Selangor Kini.
Katanya, oleh sebab itulah tugas utama beliau memastikan aset dan pendapatan Negeri Selangor dijaga dengan baik kerana ia bukan hak milik saya tetapi amanah rakyat.
“Sekarang, Alhamdullilah dalam jangka masa tidak lebih enam tahun kita sudah capai satu tahap kita tidak takut dengan keadaan dua atau tiga tahun kita tidak mendapat hasil banyak kerana sudah menyediakan rizab hingga RM3 bilion.
“Sungguhpun begitu kalau kita ada duit banyak tetapi tidak dibelanjakan itu pun salah juga kerana duit ini bukan untuk beli beg yang cantik atau kereta mewah Exco tetapi bagi pembangunan rakyat di mana kita akan teruskan melabur untuk rakyat,” kata Abdul Khalid dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Yayasan Selangor di sebuah hotel di Subang.
Ketika menyentuh peranan yang dimainkan Yayasan Selangor, Abdul Khalid berkata, sehingga kini yayasan itu berjaya menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang hingga mampu melahirkan generasi muda yang berguna terhadap agama, bangsa dan negara.
“Tanggungjawab kita bertambah lebih besar lagi dari dua, tiga ratus pelajar kita naikkan ke 1,000 dan kita sudah capai 3,000 dan kini kita akan tingkatkan sasaran kepada 5,000 pelajar yang dikeluarkan Yayasan Selangor ini,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.

No comments:
Post a Comment