Perangai sebenar ulamak Syiah |
dalam kajian itu juga terbukti tanpa sedar orang melayu nusantara yang mengaku sunni masih lagi mengamalkan unsur-unsur syiah yang disangka sebagai ibadah
Kemunculan aj aran dan pemikiran budaya Syiah menj adi salah satu aspek perbahasan yang penting dalam kajian para sarjana mengenai sejarah kedatangan Islam ke Alam Melayu. Pemikiran Syiah telah dibincangkan bersama pengaruh-pengaruh lain seperti Arab dan Parsi yang dianggap penyumbang terbesar dalam pemikiran keagamaan dan budaya umat Islam di rantau ini.
Beberapa sarjana cuba menjelaskan bahawa aliran Islam yang terawal diterima oleh masyarakat melayu di Alam Melayu adalah fahaman Syiah sebelum dikuasai oleh aliran teologi Ashairah bermazhab Syafie.Kenyataan ini telah cuba dinafikan oleh beberapa sarjana yang menganggap bahawa Syiah tidak memiliki pengaruh teologi selain hanya telah bercampur aduk dengan budaya Arab-Parsi yang telah meresap dalam pemikiran tasawuf Sunni dan sastera Melayu klasik. Kajian ini dilakukan untuk membincangkan tentang kemunculan pemikiran budaya Syiah diAlam Melayu.
Kajian ini juga akan menyentuh pengaruh Syiah dalam budaya Melayu, khususnya dalam bidang pemikiran tasawuf dan sastera Melayu. Kertas kerja ini akan membincangkan pemikiran budaya Syiah sejelasnya wujud di Alam Melayu bermula pada abad ke-12M, menerusi aj aran tasawuf falsafah. Pengaruh budaya Syiah in sangat ketara terdapat dalam beberapa amalan ritual dan sastera melayu klasik bersifat keagamaan dalam masyarakat Melayu.
Perkembangan budaya Syiah telah dibantu dan diperkukuhkan lagi oleh peranan pendakwah golongan berketurunan Ahli Bayt dan kegiatan ahli tasawwuf falsafah yang dianggap mempunyai peranan yang sangat besar dalam penyebaran Islam di Alam Melayu.
Baca selanjutnya >> Download file disini:
Baca Selengkapnya - Kami SokongTokguru: Kajian UKM Menunjukkan Ulamak Syiah Adalah Pendakwah Awal Datang Ke Nusantara Sebelum Sunni http://ijoks2009.blogspot.com/2013/12/kajian-ukm-menunjukkan-ulamak-syiah.html#ixzz2nXXZEEqi
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
unsur syiah bukan sepatutnya dilabel syiah. melayu makan nasi, bangsa lain makan nasi juga, maka tk semestinya kita kata mereka ade unsur/ciri melayu.
ReplyDeleteIslam sanjung sahabat termasuk Ali rdh dan 12 imam tapi bukan semesti syiah. syiah yg guna mereka utk kepentingan politik laknat mereka. tapi kalau sanjung khomeini itu sah sokong syiah sebb khomeini bukan imam 12.
Mungkin ade benar unsur syiah masuk lama dulu ke tanah melayu tp ajaran islam yg benar juga mengambil peranan dan berjaya mengislamkan raja2 melayu mengikut ajaran sunni. maka terselamatlah tanah melayu dpd pengaruh syiah.