Sultan Brunei baru-baru ini menerima mengadap Menteri Besar Kelantan bagi merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan kerajaan Brunei melaksanakan Kanun Perintah Jenayah Syariah 2013.
Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pada hari pertama kunjungan itu Sultan Brunei memberi peluang rombongan dari Kelantan mengadap baginda.
“Ini satu penghormatan besar yang diberi kepada kerajaan Kelantan. Malah Tuanku bertitah kepada beberapa jabatan supaya memberi penjelasan kepada rombongan dari Kelantan.
“Kita berkesempatan mengunjungi Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pejabat Peguam Negara, Mahkamah Syariah dan Pejabat Mufti Brunei.
“Di Kementerian Hal Ehwal Agama diadakan perbincangan dari hati ke hati. Manakala di Jabatan Peguam Negara pula kita bersempatan mendengar taklimat bagaimana pelaksanan panel code seiring dengan Kanun Jenayah Syariah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Rombongan dari Kelantan seramai 10 orang turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, anggota Exco, Mufti, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhamad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.
Kunjungan selama empat hari itu bermula pada 16 Disember lalu. Penginapan dan segala keperluan di Brunei dibiayai kerajaan Brunei.
Ahmad berkata, hasil perbincangan tersebut memperlihatkan kehebatan negara Brunei di bawah pemerintahan Sultan sekarang, menggunakan kuasa yang ada pada baginda.
“Pelaksanaannya tidak perlu melalui parlimen seperti di Malaysia. Ini kerana setiap titah sultan akan menjadi sebahagian undang-undang,” ujarnya.
Pelaksanaan kanun tersebut dibuat melalui tiga peringkat, fasa pertama bermula selepas enam bulan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 diwartakan.
Fasa kedua selepas 12 bulan daripada tarikh Perintah Kanun Peritah Jenayah Mahkamah Syariah diwartakan.
Dan fasa ketiga, selepas 24 bulan tarikh Perintah Kanun Perintah Jenayah Mahkamah Syariah diwartakan.
“Maklumat itu cukup penting bagi kita di Kelantan. Ini memberi ransangan kepada kerajaan Kelantan lebih bersedia untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri pada 1993,” katanya.
Menurutnya juga rakyat Brunei pelbagai kaum dan agama menerima perundangan itu tanpa ada sebarang bantahan.
“Cuma ada kedutaan asing datang untuk mendapatkan pencerahan,” katanya.

Majistret menolak permohonan polis untuk menahan reman selama tujuh hari terhadap Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Azan Safar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

Dalam Negeri ( KDN ) bercadang untuk perkenalkan rang undang undang baru dalam usaha memerangi fitnah dan penghinaan ke atas agama Islam dan institusi Raja, khasnya dari media alternatif. Demikianlah kenyataan Timbalan Menteri KDN, Datuk Dr Wan Junaidi di Dewan Negara baru baru ini ( lihat Malaysian Insider 20 Disember 2013 ).

Jabatan Meteorologi Pahang hari ini memberi amaran kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di Pahang bermula 30 Dis.
Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) yang dijanakan oleh mahasiswa membawa perjuangan agar kerajaan minoriti 47% yang ditunjangi Umno BN memahami keperitan rakyat dalam mendepani kenaikan melampau dan mendadak kos sara hidup.
Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) hari ini menggesa kerajaan menyelesaikan segera isu kekurangan diesel di stesen minyak di seluruh negara yang kerap berlaku terutama hujung bulan.
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia membantah kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini yang berbau seksis dan menghina wanita.
XPDC Kita Bantah itu diisi dengan pengedaran risalah penerangan kepada para pengunjung kedai makan sekitar Gombak dan Uptown Sri Gombak.
Ada di kalangan pengundi BN sendiri meminta kerajaan tidak menaikkan kadar tol lebuh raya kerana ia merupakan janji BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Malaysia berhak mendapat Menteri Pendidikan baru yang sepenuhnya komited untuk menangani krisis pendidikan nasional menerusi pelan tindakan yang praktikal dan matlamat yang mampu dicapai bagi mengubah sistem pendidikan negara ini menjadi sistem pendidikan bertaraf dunia, kata Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Kerajaan didesak untuk fahami mesej rakyat dan segera mengambil tindakan wajar untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.