Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) mendapati kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang dan peningkatan tarif elektrik menjadi tiga isu utama yang memberi kesan kepada kehidupan seharian rakyat.
Pengarah UMcedel, Prof Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, tinjauan yang dibuat terhadap 1,676 responden di Semenanjung Malaysia mendapati masyarakat begitu prihatin terhadap kenaikan harga barang ini.
"Tiga perkara ini nampaknya masyarakat cukup prihatin bermakna masyarakat melihat isu ini menjadi masalah kepada kehidupan harian.
"Isu ini berkait rapat dengan segenap lapisan masyarakat dan mereka khuatir dengan isu ini," kata beliau ketika membentangkan kajian hasil Kaji Selidik Politik Malaysia Enam Bulan Selepas PRU Ke-13 di Universiti Malaya, hari ini. (Gambar atas)
Tinjauan yang dilakukan pada 6 hingga 8 Disember lalu mendapati 42% responden merasakan kenaikan harga minyak memberikan kesan kepada kehidupan mereka diikuti 34% kenaikan harga barang, dan 24% kenaikan kadar tarif elektrik.
Selain itu, Prof Redzuan berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak lagi menjadi sesuatu yang istimewa bagi rakyat.
Hasil kajian mendapati seramai 52% tidak bersetuju BR1M akan meningkatkan sokongan kepada BN kerana mampu mengurangkan kos sara hidup, manakala 42% sahaja bersetuju.
"BR1M sebelum ini memberi kesan yang besar kepada BN tetapi sudah menjadi kebiasaan apabila perkara itu menjadi biasa dan pengharapan masyarakat lebih tinggi.
"Bila beri beberapa kali mereka bukan sahaja sudah mengatakan tidak malah meminta lebih kerap dan lebih banyak.
"Pada masa akan datang BN harus berfikir sama ada BR1M boleh membantu seperti pilihan raya umum yang lalu, adakah impak yang sama akan berlaku pada PRU14," katanya.
Sementara itu, dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), sebanyak 61% responden tidak bersetuju GST dilaksanakan dan 20% sahaja yang bersetuju.
Felo penyelidik kanan Umcedel, Prof. Madya Dr. Shaharuddin Badaruddin dari UiTM berkata, Pakatan Rakyat setakat ini berjaya mendahului isu ini kerana kerajaan sendiri gagal memberikan penjelasan mengenai kebaikan GST.
"Jawapan yang diberikan pihak kerajaan khususnya menteri kadang kala tidak jelas.
"Mereka kata GST akan menyebabkan harga barang turun. Bagaimana? Kalau nak sebutkan GST kena bandingkan dengan pengamalan sekarang ini.
"Kalau bandingkan pengamalan sekarang dengan GST dan betul barang turun maka orang boleh yakin tetapi masalahnya disebut GST sahaja tapi tak sebut perbandingan.
"Jadi dengan sendirinya isu GST dikawal pihak pembangkang hatta pegawai kerajaan pun kata GST akan sebabkan harga barang naik," katanya.

No comments:
Post a Comment