Presiden Silidariti Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin (kiri) berkata program itu antaranya bertujuan lebih mendekatkan diri kepada dunia aktivisme mahasiwa.
"Program ini diharap menjadi pemanas badan kepada program lain pada tahun depan," katanya sambil memberitahu ini kali pertama pihaknya menganjurkan program sebegitu.
Menurut Shazni juga, permit polis akan dipohon hari ini bagi menjalankan program yang dinamakan Himpunan Mahasiswa untuk Malaysia.
Sementara itu, dalam satu kenyataan, seorang jurucakap Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) - penganjur bersama - Ahmad Shukri Kamarudin berkata, program lima jam bermula 8.30 pagi itu juga bertujuan memberikan mesej bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat.
Selain itu, tambahnya, ia menujukkan bahawa segala tindakan mahasiswa hendaklah dibuat berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap negara.
Katanya, program itu akan diisi dengan acara melakar kain rentang bertemakan Jalur Gemilang, "pidato mahasiswa berantai" dan pengisytiharan deklarasi mahasiswa 1.1.11 (1 Januari 2011).
No comments:
Post a Comment