Wednesday, December 29, 2010

Najib hakis kesetiaan RAKYAT kepada Raja

Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor nampaknya semakin panas. Banyak pihak melihat pelantikan Kusrin sebagai satu lagi usaha kerajaan BeEnd pimpinan Najib menghakiskan kesetiaan Rakyat kepada institusi Raja. Kerajaan Najib berselindung di sebalik 'kuasa' Raja untuk melantik penjawat awam yang setia kepada BeEnd / umno ke jawatan eksekutif tertinggi di sesebuah negeri terutama yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Kesempatan mempergunakan SUK Negeri Perak dalam peristiwa rampasan kuasa Dewan Undangan Negeri Perak kini digunakan pula di negeri Selangor. Sekali lagi, pihak istana telah dilibatkan bagi mempertahankan tindakan mereka melantik SUK. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bertindak membelakangkan Kerajaan PR pilihan Rakyat pada ketika itu kerana mendapat sokongan pihak istana.
Rakyat melihat sokongan istana ini demi menjaga kepentingan perniagaan kerabat istana Perak dalam GAMUDA. Apa yang kini berlalu di negeri Selangor tidak banyak berbeza. Kepentingan Tengku Arafiah, salah seorang kerabat Diraja Selangoir dalam entiti perniagaan Sunshine Fleet yang bermasalah, dijadikan sandaran kepada kerajaan Najib dalam mendapatkan 'perkenan' Sultan terhadap pelantik SUK pilihan mereka.
Jika di Perak, tindakan kerajaan BeEnd telah berjaya menghakiskan kesetiaan Rakyat kepada Sultan, keadaan yang sama juga bakal dihadapi oleh institusi Raja di Selangor. Demi untuk merampas kembali kuasa di Selangor, kerajaan BeEnd tidak teragak-agak untuk 'memulas tangan' sesiapa sahaja. Bermula dari Istana Iskandariah, kina ia sudah berjangkit ke Istana Kayangan di Selangor.
Kepada kerajaan BeEnd pimpinan Najib, apalah sangat menanggung kos percutian Tuanku Sultan jika negeri yang paling kaya ini dapat dirampas kembali. Sedangkan Rosmah pun boleh membelanjakan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga empat hari. Selamat bercuti Tuanku!

Sultan cuti, kemelut lantikan SUK mungkin berlarutan

Kemelut berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat akan berpanjangan dengan hasrat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menghadap Sultan Selangor hari ini terpaksa ditangguh kerana baginda sedang bercuti.

Laporan media memetik Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah bercuti sejak minggu lalu.

“Untuk makluman, Tuanku sekarang sedang bercuti dan kembali ke istana pada 3 Januari ini.


“Jadi soal Menteri Besar hendak menghadap hari ini tiada sebab pelantikan itu OK dan tiada masalah,” kata laporan Sinar Harian.

Kenyataan Pejabat Menteri Besar kelmarin menyebut Khalid bercadang menghadap Sultan Selangor hari ini.

“Jadi jika ada sebarang pertemuan dengan baginda, ia hanya akan berlangsung selepas itu,” kata beliau dipetik Umno Online.

Munir juga dipetik berkata, dalam perlembagaan negeri Selangor tidak ada peruntukan yang menyatakan mesti dapat cadangan dari Menteri Besar.

“Pelantikan memang dari JPA dengan suruhanjaya berkenaan, ini kena dapat perkenan Tuanku sebab kuasa eksekutif negeri ada hak Tuanku,” kata beliau.

Menurut Munir, beliau telah menyembahkan kepada Sultan Sharafuddin mengenai permintaan Khalid untuk menghadap baginda.

“Tetapi surat Menteri Besar (untuk menghadap) itu dihantar lambat,” katanya.

“Jadi mungkin Khalid boleh menghadap selepas itu,” kata beliau.

Tambah Munir, surat mempersembahkan nama tiga calon SUK juga hanya diterima selepas Sultan Selangor memberi perkenan atas pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Kelmarin, Sekretariat Akhbar Menteri Besar mengeluarkan kenyataan bahawa Khalid akan menghadap Sultan Selangor berhubung pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, hari ini.

Menurut kenyataan itu, Khalid akan menyembahkan kepada baginda yang pelantikan Khusrin yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor tidak dimaklumkan kepada beliau.

Kenyataan itu turut memberitahu, oleh kerana perkara itu di luar pengetahuan Khalid, maka pelantikan Khusrin bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud dianggap belum muktamad.

Pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara menerusi satu kenyataan kelmarin.

Susulan pengumuman itu Pejabat Menteri Besar berkata pelantikan Khusrin belum muktamad tetapi Murni menegaskan ia sudah muktamad.

No comments:

Post a Comment