Wednesday, December 29, 2010

Novel Sejarah Islam bukannya fiksyen!


Penulis novel Sejarah Islam, Tuan Abdul Latip Talib akan bersiaran dalam rancangan Halaqah di TV9 malam ini (28 Dis. 2010).

Program yang diacarakan oleh Ustaz Badli Shah Alaudin ini akan berbicara mengenai Abu Bakar As-Siddiq. Turut hadir dalam program bual bicara tersebut adalah Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang Al Idrus yang sama-sama berbicara mengenai Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ini.

Jangan ketinggalan menyaksikan rancangan bual bicara Halaqah yang penuh dengan informasi pada jam 10 malam ini khas di TV9.
Ingin saya coretkan di sini perbezaan asas buku fiksyen sejarah dan novel sejarah. Pada hemat saya yang cetek ilmu ini, fiksyen sejarah berkisahkan suatu fakta sejarah dan kemudiannya difiksyenkan. Dalam fiksyen, watak-watak, persekitaran, peristiwa dan penyudahnya boleh sahaja berlawanan dari apa yang dicatatkan dalam buku atau perekodan sejarah.
Fiksyen sejarah juga merupakan imaginasi penulis dengan latar belakang suatu peristiwa sejarah sebagai tunjang. Namun sesuai dengan istilah fiksyen, ianya mengandungi ciri plot dan sub-plot yang dicipta sendiri oleh penulis. Manakala sebuah novel sejarah isinya adalah fakta.

Novel sejarah Islam tulisan Tuan Abdul Latip Talib misalnya, memang mengandungi fakta. Ini semestinya tidak boleh diubah. Itu yang Tuan Abdul Latip Talib lakukan. Sejarah Islam era Rasulullah
(Sallallahhu’alaiwasallam) dirakamkan dalam Quran dan hadis Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam). Justeru itu saya percaya sepenuhnya bahawa Tuan Abdul Latip Talib mesti merujuk kepada buku sejarah, hadis Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) dan Quran dalam penulisannya.

No comments:

Post a Comment