Saturday, January 22, 2011

Calon BN menerima padah, Tok Ai di 'boikot' !

Setelah tidak terpilih mewakili BN pada pilihan raya kecil DUN Tenang, ketiga-tiga calon yang disebut-sebut mewakili parti itu mula menunjukkan protes atas pencalonan Tok Ai dimana kehadiran mereka pada pagi ini dilihat sekadarnya saja.

Sumber risikan Agensi Berita ABC yang dihubungi di tapak penamaan calon pagi ini menjelaskan berlaku pergeseran dan juih-menjuih mulut yang ditujukan kepada isteri calon BN last minute@Tok Ai oleh Ketua Wanita, Haslinda Salleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pucuk pimpinan parti memilih Tok Ai, menjadi calon. 

Bercakap kepada beberapa pemberita pagi ini, Haslinda  berkata rasa tidak berpuas hati itu terbit bukan sahaja daripada beliau malah turut dirasai oleh para penyokongnya.
Kita hadir pada pagi ini, jika ditanya tahap sokongan, cukuplah saya katakan bahwa saya hanya memberi sokongan 30 peratus sahaja kepada dia(Tok Ai).  Kenapa saya berkata begitu kerana saya tahu pilihan calon yang dilakukan oleh pimpinan BN adalah satu kesilapan, salah pilih maksud saya, dan sudah tentu saya (rasa) tidak berpuas hati.

Ketika ditanya pemberita adakah beliau merajuk, Linda tegas memaklumkan bahawa tidak timbul istilah merajuk kerana tidak dipilih menjadi calon, kerana itu bukan sikap sebagai seorang pemimpin politik yang berpengalaman. 

Walaubagaimana pun beliau melahirkan rasa kecewa, "Saya sudah faham dengan politik, sebab saya mula daripada bawah, saya tahu sepak terajang politik (dan) situasi politik, tetapi akhirnya saya dipinggirkan oleh pucuk pimpinan parti, itu perkara biasa di dalam parti Umno," katanya kesal.

Menurut Haslinda lagi, berlakunya perpecahan sokongan khalayak susulan mereka tidak terpilih menjadi calon. Lagi pula menurut Haslinda apabila ditanya mengenai kebimbangan - Mohd Azahar yang tidak mempunyai jawatan di dalam parti, ini sudah pasti akan memberi kesan penurunan besar pengundian kepadanya.

“Saya berkata (kepada penyokong) kalau begitu (keadaannya), apa salahnya kita beri peluang untuk Cikgu Normala sebagai protes senyap kita kepada parti. Saya ajak penyokong, agar memberi undi buat Cikgu Normala," katanya lagi.


Bagi naib ketua bahagian pula, Hashim Daud, tujuan utama beliau berkecimpung dalam dunia politik "bukan untuk kejar apa-apa". "Kita bekerja sebagai satu pasukan. Saya tidak mempunyai penyokong yang kuat. Kalau ada, sudah tentu saya jadi ketua bahagian. Saya mahu banyak kawan dan nak kurangkan musuh. Saya nak tolong kampung, (oleh itu) tidak semestinya kena jadi macam tu (Tok Ai),” katanya ketika dihubungi pagi ini di sebuah kedai kopi di Pekan Labis.

" Kesilapan memilih calon di DUN Tenang secara tidak langsung telah menyebabkan wujud perpecahan sokongan kepada BN, Umno khususnya mula dilihat berpuak-puak kini atau memang BN memang menempah untuk kalah. Kalau nak kemenangan, buat cara mahu menang, " tegas Rasdin.

Agensi Berita ABC turut mendapatkan pandangan daripada Hashim yang juga bapa saudara Mohd Azhar, dimana beliau pula berkata bahawa, anak saudaranya itu sebelum ini pernah bertanding untuk kumpulan G7 ke persidangan UMNO tahunan, tetapi beliau tewas teruk dalam pemilihan tersebut. 

Menurutnya, pemilihan Azhar atau Tok Ai memang sudah dijangka, malah perkara yang digembar gemburkan bahawa “keluarganya menguasai” untuk jawatan tertentu di kawasan Labis itu adalah benar belaka. “Setengah daripada Labis ini adalah saudara maranya, maka ia akan memberi kelebihan untuk beliau untuk dicalonkan ,” katanya dengan nada yang sedikit angkuh./Albanjari

No comments:

Post a Comment