Saturday, January 22, 2011

Tenang: Mampukah PAS berdepan Umno?

Calon PAS Normala Sudirman, 38, akan menempuh laluan amat sukar untuk meraih kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

NONEWalau tempoh kempen belum bermula, pertandingan kali ini sudah nampak berat sebelah apabila beliau menghadapi tentangan daripada calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39.

Di satu sudut, Mohd Azhar dilihat berkelebihan. Keluarganya dianggap sebagai antara golongan elit tempatan di Tenang.

Allahyarham bapanya Ibrahim Daud merupakan wakil rakyat kawasan ini dari tahun 1999 hingga 2004.

Bapa saudaranya Hashim Daud pula kini merupakan timbalan ketua bahagian Umno kawasan ini.

Keluarga Mohd Azahar membentuk semacam satu dinasti di Labis yang merupakan pusat bandar bagi kawasan DUN Tenang.

NONEWalau isu nepotisme dan politik dinasti mungkin akan menimbulkan persoalan dan kekhuatiran di kalangan pengundi, boleh jadi ia tidak akan menjadi faktor besar di kawasan ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sendiri yang terpalit dengan skandal seks pula telah berjaya melepaskan kedudukannya sebagai ahli parlimen Labis kepada anaknya -- Chua Tee Yong.

Umno akan rapatkan saf

Desas-desu timbul sejak Rabu lalu bahawa pengumumnan Mohd Azahar sebagai calon akan menimbulkan perasaan tidak senang dalam barisan kepemimpinan Umno tempatan yang telah melobi kedudukan tersebut.

Nama Mohd Azahar tidak ditimbulkan sebelum ini dan calon itu pula tidak menjawat apa-apa kedudukan dalam struktur Umno bahagian.

azlanBagaimanapun, seperti jentera BN lain dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini, pertelagahan dalam parti akan diketepikan sebaik tempoh kempen bermula.

Pemimpin Umno bahagian lain seperti pemangku ketuanya Rusdin Mahamud dan ketua wanitanya Haslinda Salleh yang telah dispekulasi sebagai calon sebelum ini telah menafikan wujudnya pertikaian berhubung sokongan kepada calon BN.

Bagaimanapun, kedudukan Mohd Azahar sebagai bekas timbalan pegawai daerah Rengit mungkin meletakkan beliau dalam keadaan sukar.

Pengundi luar bandar Melayu yang masih hormat kepada pegawai kanan kerajaan dan terbudaya dengan politik naungan mungkin akan melihat Mohd Azahar sebagai calon semulajadi.

Namun lain pula halnya dengan pengundi Cina.

Pengundi di kalangan masyarakat inilah yang biasanya memegang kuasa ekonomi seperti di kawasan separa luar bandar seperti Tenang.

Urusan pegawai di pejabat tanah dan daerah mungkin menjadi satu proses birokratik kepada golongan pengundi ini sehingga menimbulkan kejengkelan terhadap pihak berkuasa tempatan.

Perasaan ini mungkin menjadi lebih kuat sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Pendek kata, latar belakang Mohd Azahar itu mungkin membawa mudarat kepada beliau sendiri dalam berhadapan masyarakat Cina yang membentuk 39 peratus daripada pengundi di sini.

No comments:

Post a Comment