Kempen pilihan raya kecil Tenang bermula hari ini dengan persaingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.
Kulasegaran juga mengetepikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pertemuan Selasa lalu antara wakil MIC, pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang lain berakhir dengan konsensus bahawa penggunaan novel itu oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lim tidak berniat mahu menghina kaum India.
“Penjelasan sedemikian atau hujah itu sebenarnya mengabaikan satu perkara penting di mana tiada seorang pun mempersoalkan niat penulis,” kata Kulasegaran dalam satu kenyataan hari ini.
“Banyak pihak beranggapan pertemuan itu akan mencapai konsensus bahawa novel itu telah menyinggung masyarakat India dan kontroversi itu mesti diselesaikan segera,” kata Ahli Parlimen Ipoh Barat ini.
Semalam, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran mencadangkan beberapa usul untuk memudahkan tugas guru yang mengajar novel Interlok di sekolah-sekolah termasuk menyediakan glosari dan nota kaki untuk menjelaskan maksud perkataan-perkataan tertentu.
Menteri Pelajaran berkata, pihaknya juga mencadangkan supaya guru yang mengajar novel berkenaan disediakan panduan yang jelas bagi mengelakkan timbul masalah pada kemudian hari.
“Kita ada beberapa perkara sudah kita usulkan dan Kabinet minta kita teruskan perbincangan dengan MIC supaya lebih jelas bagaimana hendak atasi perkara ini termasuk menyediakan glosari, nota kaki dan panduan yang jelas disediakan kepada guru yang mengajar novel ini,” kata beliau ketika mengulas perkembangan terbaru mengenai isu Interlok.
Muhyiddin berkata, perbincangan mengenai novel tersebut akan diteruskan dengan pemimpin MIC sebelum keputusan muktamad diambil Kabinet sama ada meneruskan penggunaan novel tersebut dalam Sastera tingkatan lima atau sebaliknya.
Timbalan Perdana Menteri memberitahu, beliau telah menjelaskan mengenai hasil perbincangan antara panel terdiri daripada wakil Kementerian Pelajaran dan pemimpin MIC sebelum ini kepada Kabinet Rabu lalu.
Berdasarkan makluman, perbincangan itu berlangsung dalam suasana yang baik, intelektual, profesional dan semua ahli panel mendengar hujah dan pandangan dalam suasana mesra, kata Muhyiddin.
Muhyiddin berkata, sekiranya diteliti secara mendalam, (kandungan novel) tidak ada apa yang arus dibimbangkan.
“Pada peringkat akhirnya, saya dimaklumkan semua ahli panel akhirnya bersetuju bahawa novel Interlok adalah sebuah novel yang baik. Novel Interlok menyeru kepada soal perpaduan kaum. Ia selaras dengan gagasan 1 Malaysia,” katanya.
Kulasegaran mendakwa kerajaan persekutuan mengheret isu daripada mencari jalan penyelesaian.
“Sesuatu yang mengecewakan kerajaan persekutuan tidak boleh memahami sentimen masyarakat orang India,” kata beliau.
“Jika pemimpin-pemimpin Kabinet memahami sentimen masyarakat India, maka mereka sudah tentu tiada iltizam dan kemahuan politik untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.
Kulasegaran mendakwa masyarakat India marah kerana banyak fakta dalam novel itu tidak tepat dan membawa maksud menghina mereka.
Wakil rakyat itu juga mempersoalkan sama ada Interlok boleh menggalakkan perpaduan kaum dan sama ada novel kontroversial itu boleh digunakan di sekolah.
“Mengapa sukar sangat bagi Kementerian Pelajaran untuk membetulkan kesilapan?” kata beliau.
“Melainkan diselesaikan, DAP akan terus membawa isu Interlok ketika dan selepas pilihan raya kecil Tenang,” katanya lagi.
Seramai 12 peratus atau 1,780 daripada 14,753 pengundi di Tenang adalah masyarakat India.
Kulasegaran juga memberi amaran tindakan melewatkan keputusan mengenai novel itu akan menyebabkan orang India menentang BN.
“Tiada pihak yang harus terkejut jika isu berlarutan, malah ia berkembang menjadi isu peringkat nasional ketika pilihan raya umum akan datang, dengan kemarahan di kalangan masyarakat terhadap BN,” katanya.
No comments:
Post a Comment