Saturday, November 12, 2011

"5 SEBAB PR TIDAK BUBARKAN DUN JIKA PRU KILAT DIADAKAN"

Pertama, BN masih belum lagi menyempurnakan janji untuk memansuhkan Akta Dalam Negeri (ISA) dan pengagihan RM500 kepada semua isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Kedua, adalah tidak adil untuk menafikan hak mengundi kepada jemaah Haji yang sedang menunaikan ibadah mereka jika pilihanraya umum diadakan sekarang. ...Kelompok terakhir jemaah Haji hanya dijangka kembali pada 11 Disember. Seramai 30,000 rakyat Malaysia telah ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini.

Ketiga, kegagalan dan keengganan Kerajaan BN untuk menjelaskan penyelewengan dana, penyalahgunaan kuasa dan ketidakseimbangan yang nyata seperti yang telah digariskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. Laporan tersebut telah mengingatkan rakyat Malaysia tentang segala kekurangan dan kesalahan dalam pentadbiran Kerajaan BN. Sepasang binokular marin "visi malam" yang berharga RM1,940 telah dibeli pada harga RM56,350; set TV LCD dan pemain DVD telah dipesan dengan harga kontrak RM16,100 tetapi yang dibekalkan merupakan set jenama bermutu rendah yang berharga RM195; RM770,000 pula telah dibelanjakan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada satu rumah.

Keempat, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk reformasi pilihanraya masih belum lagi selesai dengan pendengaran awamnya untuk melakukan perubahan demi menzahirkan pilihanraya yang bebas, bersih dan adil. Kegagalan untuk melaksanakan perubahan ini akan membolehkan pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah dengan pengundi hantu dan juga pengundi asing yang diberi kerakyatan secara pantas dan ajaib. Adakah nasib dan takdir Malaysia akan ditentukan oleh rakyat kita sendiri ataupun pengundi hantu dan pengundi asing?

Kelima, agenda kebangsaan menjelang akhir tahun ini patut ditumpukan kepada tindakan mitigasi dan pencegahan banjir. Malaysia harus belajar daripada kengerian banjir di Thailand yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa yang tragis dan kerugian kewangan yang besar. Jika pilihanraya umum diadakan semasa musim tengkujuh, ia bukan sahaja akan menafikan hak demokratik mangsa-mangsa banjir tetapi juga bersifat tidak berperikemanusiaan.

Yob ~ Jika Najib berkeras untuk mengadakan pilihanraya kilat pada akhir tahun ini, Pakatan Rakyat akan menganjurkan sebuah konvensyen khas di mana cadangan akan disyorkan supaya pilihanraya negeri tidak akan diadakan bersama dengan pilihanraya umum.
See more

No comments:

Post a Comment