Saturday, November 12, 2011

Nizar terima kunjungan wakil kedutaan Jepun


IPOH, 12 Nov: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah menerima kunjungan hormat daripada Kaunselor Bahagian Politik, Kedutaan Jepun di ibu negara, Natsuko Sakata.
Pertemuan hampir 2 jam di Pejabat PAS Perak itu membincangkan pelbagai isu termasuklah urus tadbir dan  situasi politik di negara ini khususnya dalam konteks negeri Perak.
Natsuko berkata, banyak perubahan dan perbaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat ketika mentadbir Negeri Perak.
Beliau mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Nizar dan menyatakan perasaan bangga dengan pentadbiran baru walaupun hanya berkesempatan memerintah hanya 11 bulan.
“Selepas BN merampas kuasa, ekonomi di negeri ini tidak stabil dan tidak memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur,” katanya.
Tambahnya lagi, beliau sentiasa menyokong dan berharap Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak mengambil kembali tampuk pemerintahan negeri selepas ‘dirampas’ Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment