'Fatwa' terbaru Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria seperti yang disiar Berita Harian bahawa perserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sepatutnya ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)” mengundang amarah rakyat marhaen.
Menyifatkan ianya sebagai menghina rakyat, luahan dan kekecewaan mereka dilemparkan di media sosial Facebook dan Twitter.
"Satu lagi mufti tak cerdik mula dah bercakap.Dia tak tau ke definisi bughah tu apa?" kata salah seorang pengguna Facebook.
"Mmg (memang) sahih ke Harussani cakap camtu? Jika mmg benar dia keluarkan kenyataan itu, wajib dia bertaubat nasuha dan semak kembali niat dan tujuan ilmu dia selama ni," soal seorang lagi pengguna Facebook.
"Huh..cuba tanya Harussani..halal ke biaq (biar) pemimpin tipu n (dan) sapu duit rakyat serupa mak bapak depa punya harta," tanya sorang lagi pemuda.
Harussani dalam kenyataan yang dipetik Berita Harian juga turut membidas PAS ekoran turut menyertai himpunan tersebut dan menyifatkan PAS sebagai cuba berlagak alim tetapi tidak memahami al-Quran.
“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
“Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.
Pada malam 31 Disember lalu, puluhan ribu rakyat marhaen turun ke Dataran Merdeka menyertai Himpunan Turun sebagai membantah tindakan BN menaikkan harga beberapa barangan keperluan yang mengundang kenaikan kos sara hidup.
Himpunan yang berlangsung aman itu sejak awal cuba dilabel sebagai himpunan mengguling kerajaan.
Bagaimanapun tiada sebarang insiden tidak diingi berlaku pada malam itu walaupun pihak berkuasa mendakwa menjumpai bukti senjata yang dikaitkan dengan himpunan itu.
No comments:
Post a Comment