Fitnah yang dilemparkan kepada golongan ulama sejak kebelakangan ini membuktikan manusia zaman sekarang semakin hilang ketakwaan dalam diri, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, takwa yang menjadi aspek utama bertindak penyekat dan mengawal manusia daripada melakukan kejahatan mahupun keburukan.
“Kunci kita ialah takwa kepada ALLAH, bila negara kita ini tolak Islam, automatiknya takwa itu tidak ada, kerana takwa ini datangnya daripada Islam,” katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam.
Beliau diminta mengulas isu fitnah menerusi penyebaran video lucah di laman sosial yang dikaitkan dengan seseorang yang mirip pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.
Menurutnya, pemfitnah itu seharusnya memahami dan tahu apa dilakukan adalah satu kesalahan dan dosa, malah tiada siapa boleh ampunkan dosa itu kecuali mereka bertaubat.
Mengulas isu penguatkuasaan peraturan mewajibkan lelaki Islam menunaikan solat Jumaat di negeri ini, beliau berharap agar undang-undang tersebut berjaya mendidik bagi patuh pada peraturan Islam.
“Orang yang kaki solat, tidak ada masalah dengan tindakan ini, bimbang takut nanti anak-anak akan meniru. Berbeza dengan orang yang tidak solat, dia akan marahlah, sama juga macam pelaksanaan hukum hudud, yang bisingnya bukan sahaja orang Cina, tetapi orang Melayu sendiri pun ada, benda-benda pelik begini kita perlu sedar,” katanya.
Sementara itu, beliau turut diminta mengulas isu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang yakin dengan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya yang dijangka diputuskan minggu hadapan.
“Saya tak nak komen sebab ia adalah kes mahkamah, tetapi yang peliknya kenapa orang ‘menekan’ (fokus) Anwar, sedangkan pemfitnah itu tidak diberi tumpuan. Yang menuduh ini adalah orang besar, negeri kita ni takut kepada orang besar, tapi neraka tidak takut,” tegasnya.

No comments:
Post a Comment