Perjuangan ini Sebuah Ujian
1. Perjalanan ini tidak dekat namun boleh sampai. Perjuangan ini tidak mudah namun boleh gapai. Justeru itu tiada alasan untuk menangguhkan perjalanan ini sebagaimana tiada alasan untuk menguzurkan diri dari perjuangan yang suci sebegini. Jauhnya perjalanan dan getirnya perjuangan adalah ujian Allah swt yang telah dijanjikan kepada kita. Firman Allah swt :
لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu dirasakan jauh dan sukar bagi mereka.
At Taubah : Ayat 42
2. Ujian sedemikian menjadi saringan untuk cari yang terbaik. Pastinya syurga adalah kediaman orang - orang yang terbaik. Sementara yang terbaik itu ialah pejuang yang sabar dan tabah mendepani ujian. Tidak cepat panik, gusar, lemah semangat apatah lagi berputus asa dan lari meninggalkan jamaah. Orang terdahulu telah menempuhnya dengan jaya, lalu kenapa kita tergesa - gesa dan mudah hilang pertimbangan dengan sedikit ujian yang kita tempuh ? Hayatilah Firman Allah swt ini :
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga (secara percuma), padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
Surah Al Baqarah : 214
Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Risalah Dakwah. Siri 049
Risalah Dakwah. Siri 049
Dengar dan Taat
1. Perjuangan yang kita dokong ini adalah satu ibadah. Selama mana niat, objektif, matlamat, dasar, misi dan visi perjuangan kita ini patuh syariat, maka ia adalah satu ibadah yang diganjari pahala oleh Allah swt. Insyaallah. Justeru itu, yakinlah dengan perjuangan serta optimis dengan masa depannya yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Firman Allah swt :
وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
As Saff : Ayat 13
2. Sebahagian dari Sirrun Najah ( Rahsia Kemenangan ) ialah "dengar dan taat" kepada arahan pucuk pimpinan serta keputusan yang telah dimuktamadkan oleh jamaah. Ia adalah akhlak berjamaah serta asas keutuhan sebuah organisasi. Rahsia umum ini telah didedahkan oleh Nabi saw sebagai satu syarat kemenangan yang mesti dimiliki oleh anggota jamaah Islam.
Dari Al Haaris bin Al Haaris Al Asha'ri Rha. Sabda Nabi saw :
أنا آمرُكم بخمسٍ ، اللهُ أمرني بهنَّ : السمعُ ، و الطاعةُ ، و الجهادُ ، و الهجرةُ ، والجماعةُ ، فإنه من فارق الجماعةَ قَيْدَ شبرٍ ، فقد خلع رِبقةَ الإسلامِ من عُنُقِه ، إلا أن يراجِعَ
Aku perintahkan kamu dengan 5 perkara sedang Allah memerintahkan aku dengan 5 perkara tersebut. Dengar, Taat, Jihad, Hijrah dan Jamaah. Maka barangsiapa yang memisahkan diri dari Jamaah ( meskipun ) kadar sejengkal maka sesungguhnya ia telah merombak ikatan Islam dari lehernya melainkan ia kembali semula ( kepada Jamaah )
Riwayat Imam At Turmuzi
Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS pusat.

Risalah Dakwah. Siri 048
Risalah Dakwah 048
Kita Pendakwah Bukan Penghukum
1. Kerja dakwah adalah satu seni yang kaya dengan taktik dan teknik dari sudut skil dan skimanya. Setiap dae'i mesti mempelajari dan menguasainya. Kerja dakwah juga adalah satu tugas yang memerlukan kekuatan spiritual yang utuh. Sabar dan tabah mengawal minda dan mengurus emosi. Supaya tugasan dakwah dapat digalas dengan jaya dan cemerlang.
2. Pendakwah (dae'i) mesti menguasai ilmu Islam dengan baik sebagai "Product Knowledge" agar Islam dapat "dipasarkan" kepada masyarakat dengan berkesan. Kaedah umumnya :
فاقد الشئ لا يعطيه
" Orang yang tidak memiliki apa - apa , dia tidak dapat memberi apa - apa"
3. Namun pendekatan dakwah antara subjek terpenting dalam kerja - kerja dakwah ini. Jangan gopoh dan jangan pula lengah. Jangan menghukum dan jangan pula membiarkan ummah tanpa batas sempadan. Nyatakan batas Iman dan Kufur, Islam dan Jahiliyyah Munafiq dan Mutadayyin ( berpegang teguh dengan agama ) supaya ummah tidak terjerumus dalam bahaya kufur, jahiliyah dan nifaq.
Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

Risalah Dakwah. Siri 047
Risalah Dakwah. Siri 047
Arah Perjuangan Islam ialah Islam
1. Islam adalah Ad Deen yang diwahyukan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia dan sekelian makhluk. Justeru itu Islam dibina atas prinsip dan ketetapan yang telah dimuktamadkan melalui wahyu dan sunnah NabiNya saw. Ilmu Islam pula telah dilangsungkan secara terkawal disiplin dan manhajnya oleh para ilmuan Islam secara riwayah dan dirayah disepanjang zaman.
2. Lantaran itu, Jamaah kita meletakkan sumber rujuk tertinggi ialah Al Quran, As Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qias yang Muktabar. Kembalilah kepada 4 sumber ini dalam melestari perjuangan suci ini. Jangan biarkan kita terhuyung hayang dalam mencari arah tuju dan terkinja - kinja dalam mencari pedoman gerak kerja Amal Islami di bumi tercinta.
3. Apabila Erdogan menang di Turki, maka semua mahu meniru cara Erdogan, apabila PKS menang di Indonesia, maka mereka mahu PAS jadi PKS, apabila Ghonnusi menang di Tunisia, maka mereka tukar haluan kearah Ghonnusi pula dan apabila Jokowi menang di Indonesia maka mereka cepat beralih untuk memakai feqh Jokowi pula. Ini bukan cara Islam tapi ini cara gerakan Pragmatisme.
Ingat bagaimana petunjuk Rabbul Izzati :
فَإِنْ آمَنُوا بِمِثْلِ مَا آمَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَوا وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan kekal dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami mengabdikan diri".
Surah Al Baqarah : ayat 137 - 138

Risalah Dakwah. Siri 046
Risalah Dakwah. Siri 046
Jangan Leka dan Alpa
1. Ummat Islam tidak boleh leka. Terutama saat ancaman dan tekanan dilipat ganda oleh musuh yang tidak pernah tinggal diam. Mereka mahu melemahkan setiap saraf dan sendi ummat Islam dengan aneka serangan termasuklah serangan pemikiran yang mampu melumpuh fikrah ummah dan meliberalkan pemikiran mereka.
2. Bangkitlah dari segenap penjuru di mana sahaja anda berada. Pastikan Islam tidak diceroboh dari arah mana anda berada demikianlah pesan Nabi saw :
" كُلُّ رَجُلٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ عَلَى ثَغْرَةٍ مِنْ ثُغَرِ الإِسْلامِ ، اللَّهَ لا يُؤْتَى الإِسْلامُ مِنْ قِبَلِكَ " .
3. Manafaatkan setiap ruang yang anda miliki., untuk mempertahankan Islam dan syariatnya dari fitnah musuh. Sempurnakan setiap peluang yang anda perolehi , untuk menjulang kalimah Allah swt sehingga ia lebih tinggi dari ideologi yang direka cipta oleh manusia. Jangan lengah dan alpa. Dakwah Islam ini adalah tanggungjawab anda semua.

No comments:
Post a Comment