Oleh : Al Fadhil Yb. Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abd Aziz
AJK PAS Pusat
1) Dalam memahami ugama Islam, 3 perkara perlu difahami agar tidak ada kecelaruan semasa aplikasi dakwah kepadanya;
- Usul atau asas tegaknya ugama samada dalam akidah, fiqh, tasawwuf, akhlak dan lain-lain.
- Matlamat atau tujuan utama kedatangan ugama dan syariatnya, iaitu untuk kemaslahatan manusia di dunia dan akhirat.
- Jalan atau cara menuju matlamat ugama tanpa tersasar daripada asas ugama.
Justeru asalkan asas dijaga dan matlamat dicapai, maka jalan atau uslub boleh dipelbagaikan. Fiqh Dakwah adalah ilmu membincangkan kaedah dan jalan dakwah yang menepati sunnah al Rasul yang memperteguhkan hubungan di antara asas dan matlamat ugama.
2) Seorang ulama akan menumpukan segala usahanya untuk mencapai ketepatan hukum dan keredhaan tuhannya.
Seorang ahli politik pula akan menumpukan usahanya untuk mencapai kemenangan dan kekuasaan. Itu tugas mereka.
Siasah Syar'ieyah adalah ilmu dan kaedah yang dipakai untuk mencapai kemenangan dan kekuasaan yang diimpikan oleh ahli politik di samping ia juga menepati hukum syariah yang menjadi tumpuan ijtihad para ulama. Itu tugas ilmu ini.
Justeru seorang ahli politik muslim mestilah bergerak di atas landasan Siasah Syar'ieyah. Di saat dia memperolehi kemenangan, dia juga akan memperolehi redha tuhannya. Malah, tanpa kemenangan pun, dia tetap menang dengan memperolehi redha Allah.
Ilmu Siyasah Syar'ieyah hakikatnya adalah jambatan yang menemukan antara ulama dan ahli politik. Jika ia dimiliki, maka ia akan menjadikan ulama atau ahli politik itu begitu sempurna.
3) Dua ayat dan petunjuk Allah yang mesti difahami dalam aplikasi dakwah;
- Ayat yang dibaca dan didengar iaitu al Quran.
- Ayat yang dilihat dan diperhatikan iaitu alam maya dan kehidupan.
Kedua-dua ayat agung tersebut perlulah difahami seiringan. Sebagaimana kedua-duanya memperkenalkan hamba kepada makrifatuLlah, ia juga memperkenalkan hukum dan sunnah Allah di muka bumi.
Hukum al Quran tidak akan bertembung dengan hukum Alam kerana kedua-duanya adalah daripada Allah.
4) Memahami waqi'ie Malaysia adalah memahami sunnah Allah.
- Sejarah Malaysia
- Geografi dan iklim Malaysia
- Populasi dan kepelbagaian bangsa Malaysia
- Sistem politik semasa Malaysia
- Sistem sosio ekonomi
5) Isu-isu dakwah negara
- Raja Berperlembagaan @ Demokrasi Beraja
- undi Melayu dan undi non muslim
- Islam dan demokrasi
- Islam dan liberalisme
- Tahaluf Siyasi
- Islamisasi UMNO
- Sabah dan Sarawak
- Anak muda dan masa depan
- Ekonomi umat Islam
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
AJK PAS PUSAT
16/10/14
Pulau Melaka

No comments:
Post a Comment