
YAB Lim Guan Eng telah memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Persoalannya bila pula Umno memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu? Rakyat tidak dengar pula, pemimpin Umno yang mengatakan Sultan Trengganu binatang kerana tidak puas hati apabila Datuk Seri Idris Jusuh tidak dipekenan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu. Bila pula pemimpin Umno hendak memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu yang mengaibkan Raja-Raja Melayu di persidangan Agung Umno dan rapat umum ketika krisis Pindaaan Perlembagaan Umno 1983 dan 1991?.
Bila umno hendak meminta maaf kepada Sultan Kelantan kerana begitu biadab sehingga tergamak melantik Sultan hanya di padang Sekolah sahaja?
Mungkin pemimpin Umno lupa dan kita cuba peringatkan kepada mereka bagaimana keceluparan mereka kepada Raja-Raja Melayu. Rakyat tidak lupa, mungkin pemimpin Umno buat-buat lupa.
No comments:
Post a Comment