Sunday, October 2, 2011

Oi Hamidah! Usah desak orang lain, hang tu pun orang Islam jugak kan?


WarkahDaily – Apasal la pelik sangat manusia zaman sekarang ni, mengaku Islam, nama pun nama Islam tapi tak mahu laksanakan perintah Allah.

Lepas tu duk sibuk desak orang lain pulak duk laksanakan perintah Allah tapi diri sendiri bagaimana? Kan bahlul namanya tu.

Dilaporkan, ketua Penerangan Wanita Umno pusat, YB Dato Hamidah Osman (gambar) dengan sinis menggesa agar MB Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melaksanakan hukum hudud bukan sahaja di negeri Kelantan malah di semua negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) termasuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor bagi menampakkan kesepakatan dalam PR.

“Sudah sampai masa rakyat mahu melihat perlaksanaan hukum Hudud disegerakan bukan hanya sekadar bercakap kosong.

“Jika terbukti Nik Aziz sudah bersedia, segeralah laksanakan bukan sahaja di negeri Kelantan malah disemua negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat,” sinis Hamidah.

Eh..eh..kenapa hang sibuk dengan PR pulak Midah? PAS Kelantan sudah memperjuangkan pelaksanaan hukum Hudud ni dah 20 tahun dah, namun ianya disekat kerajaan Barisan Nasional (BN). Tapi hang pulak bagaimana, bila nak jadi orang Islam yang betul-betul taat dengan perintah Allah?

Kemudian, kenapa tak desak negeri-negeri yang diperintah Umno-BN pun melaksanakan hukum Allah tu? Rakyat bukan hanya mahu melihat ianya dilaksanakan di Kelantan atau negeri PR yang lain, bahkan di negeri Umno-BN pun mereka nak lihat pelaksanaan Hudud juga.

Jangan desak orang je, tapi diri sendiri masih lagi bersekongkol dengan manusia yang derhaka dengan Allah.

Diri sendiri bersekongkol dengan puak-puak yang tidak suka dengan hukum Allah (Hudud), kemudian duk desak orang lain untuk laksanakan Hudud. Jadi, apa tugas kamu, apa tanggungjawab kamu terhadap hukum Allah tu? Bukan ke kamu tu orang Islam jugak yang sepatutnya turut bersama-sama bertanggungjawab melaksanakan hukum Allah?

Desakan Hamidah yang juga Adun Sungai Rapat itu dibuat selepas mengulas kenyataan yang dibuat oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencabar Nik Aziz supaya melaksanakan hukum hudud dengan segera memandangkan beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri selepas MB Kelantan itu dikatakan selalu menyalahkan Tun Mahathir yang dianggap sebagai penghalang kepada pelaksanaan Hudud di Kelantan.

Mahathir pun satu hal, bila dah tiada kuasa, mula la terhegeh-hegeh konon tak lagi mahu dilabel sebagai orang yang menyekat pelaksanaan hukum Allah. Dah la tu nak bermuka-muka. Kalau betul Mahathir ikhlas nak tengok Kelantan laksana Hudud dan betul-betul mahu menginsafi ‘dosanya’ sebelum ini yang menolak hukum Allah, sepatutnya dia bersungguh-sungguh dan tekad meminta Perdana Menteri sekarang (Datuk Seri Najib) untuk membenarkan Kelantan melaksanakan Hudud.

Tapi belum apa-apa lagi, nampaknya Najib pun seolah-olah menyambung ‘tugas’ Mahathir untuk menyekat Kelantan melaksanakan Hudud walaupun timbalannya, Tan Sri Muhyiddin nampak bermuka-muka, konon terima Hudud.

Buat Hamidah pula, jika beliau tu seorang hamba Allah yang taat, silakan desak ketuanya (Najib) untuk membenarkan pelaksanakan hukum Hudud di Kelantan, bahkan bukan Kelantan aje, atau negeri PR yang didesak oleh Hamidah aje, negeri-negeri yang diperintah Umno-BN pun, perlu melaksanakan hukum Allah itu.
Oi Hamidah! Usah desak orang lain, hang tu pun orang Islam jugak kan?

No comments:

Post a Comment