Monday, July 29, 2013

INIKAH MOTIF PEMBUNUHAN PENGASAS ARAB MALAYSIAN BANK?

Pembunuhan Hussain Ahmad Berkaitan Wang RM300,000?

Pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dipercayai mempunyai kaitan dengan tuntutan wang berjumlah RM300,000 antara pihak beliau dengan sebuah tokong Cina di Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu Mynewshub, sebelum kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, mangsa telah bertemu dengan seorang lelaki bergelar datuk berhubung pembelian saham harta kuil Cina yakni sebuah kedai 3 tingkat di Jalan Berangan.

“Pertemuan antara mangsa dengan isterinya bersama datuk ….. mengambil masa lebih kurang 20 minit dan datuk berkenaan telah keluar meninggalkan kawasan kuil selepas itu.

“Mangsa dan isteri bagaimanapun duduk berbincang lanjut dengan penjaga kuil,” katanya.

(Baca – SEGERA: Pengasas Arab-Malaysian Bank Mati Ditembak Lelaki Tidak Dikenali, Isteri Parah)

Tambah beliau, selepas beberapa minit selepas mangsa dan isteri berjalan menuju ke kawasan meletak kereta berhampiran kuil itu apabila seorang suspek lelaki dari
arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa.

Dipercayai 3 lelaki Cina berumur antara umur 35 ke 40 tahun yang menunggu di luar kuil ketika Hussain bertemu lelaki bergelar datuk berkenaan menjadi suspek utama kejadian.

Senjata yang digunakan dipercayai jenis 9mm Luger

Hussain disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di sini untuk rawatan.

Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang.

“Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment