Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini bahawa kerajaan akan mengkaji semula kemudahan dan akses internet di Malaysia bagi mengelak sebarang kekeliruan yang timbul akibat penggunaan Internet diselar PAS hari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man(gambar) menyifatkan cadangan penyelesaian bagaikan orang sakit batuk diberi ubat sakit perut.
Sebelum kerajaan mencadangkan untuk mengawal internet, kata Tuan Ibrahim, kerajaan harus mencermin diri apakah tindakan dwi standard mereka yang menyebabkan warga internet sering terkeliru dengan tindakan kerajaan dalam sesuatu perkara.
“Rakyat menjadi keliru adalah akibat sikap dwi standard kerajaan dan agensi penguatkuasa yang semakin ketara. Contohnya, apabila agensi kerajaan bertindak secara cepat apabila melibatkan para pemimpin Pakatan Rakyat tapi sebaliknya lambat apabila berdepan dengan pemimpin BN,” katanya.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut berkata sikap dwi-standard kerajaan juga ketara di dalam soal sensitiviti antara kaum.
“Kerajaan dilihat cepat apabila bertindak pada pihak yang mencemuh Melayu dan Islam tapi tidak pada pihak yang mencemuh agama-agama yang lain,” katanya.
Dari sudut media, Tuan Ibrahim berkata pihak kerajaan dilihat bertindak dwi standard dan tidak telus apabila tidak membenarkan sebarang peluang untuk berita negatif mengenai kerajaan mahupun berita positif mengenai pihak pembangkang disiarkan.
“Ini mendorong rakyat kepada penggunaan internet yang tinggi untuk menyebarkan maklumat yang lebih adil dan saksama.
"Apabila rakyat tidak dapat merasai kerajaan berlaku adil kepada semua, maka akan timbul pelbagai persepsi dan tanggapan sehingga wujudnya tohmahan kepada kerajaan di internet,” tegas beliau.
Bagi beliau, internet bukanlah punca kekeliruan dalam masyarakat berlaku.
“Dalam Islam, keadilan adalah perkara paling asas dituntut pada pemerintah. Kegagalan bertindak adil adalah punca rakyat bertambah keliru bukan kerana keberkesanan internet untuk menyebarkan maklumat. Menyalahkan internet tapi bukan tindakan kerajaan sendiri adalah perkara yang paling dangkal.
"Rakyat perlu dididik menggunakan internet secara bertanggungjawab dan bukannya dengan mengawal akses internet,” tambah beliau lagi.

No comments:
Post a Comment