Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa kesal sikap pesawah di Kedah yang membuang bekas racun termasuk beg baja ke dalam saliran dan sungai-sungai di kawasan sawah di negeri itu.
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, tindakan tersebut bukan saja mencemarkan sistem saliran dan sumber air di situ malah turut mengancam pembiakan ikan air tawar di kawasan berkenaan.
“Dalam tinjauan yang dibuat SAM mendapati terdapat banyak botol-botol racun dan beg plastik baja terapung di permukaan air di beberapa saliran dan sungai di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) serta luar Mada,” ujarnya dalam satu kenyataan. (Gambar atas)
Katanya, selain jenama racun keluaran tempatan terdapat juga racun yang diharamkan penggunaannya di negara ini digunakan oleh para pesawah terbabit.
Menurutnya lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan penggunaan racun di kalangan pesawah di kawasan Mada dan luar Mada di negeri itu begitu aktif dan ketara berikutan berlakunya ancaman makhluk perosak yang serius seperti tikus, siput gondang dan juga pembiakan rumput sambau.
Keadaan itu, ujarnya amat membimbangkan SAM kerana amalan tersebut gagal dikawal dengan berkesan oleh pihak berkenaan.
Menurut beliau, masalah pencemaran air di kawasan sawah di situ menjadi lebih serius apabila terdapat juga pihak yang menggunakan bahan toksik itu bagi membunuh rumpai untuk membersihkan saliran dan sungai di negeri itu.
Katanya, sisa rumput yang mati mendap menyebabkan saliran dan sungai menjadi cetek, manakala tebingnya pula runtuh dan mengalami hakisan.
Keadaan itu, katanya lama kelamaan boleh mencetuskan ancaman banjir.
Sehubungan itu, katanya SAM menggesa pihak Mada, Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengawal masalah itu dari berterusan.
“SAM percaya jika keadaan ini dibiarkan bukan saja alam sekitar akan terjejas dengan lebih teruk lagi pada masa akan datang tetapi juga kesihatan pesawah akan terancam, ikan air tawar yang menjadi sumber pendapatan dan sumber protein penduduk luar bandar akan pupus serta ancaman banjir yang lebih buruk mungkin berlaku,” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment