Monday, July 29, 2013

Tingkatkan keselamatan pengerusi MyWatch di hospital

PKR menuntut supaya pihak polis meningkatkan kawalan keselamatan pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan dipertingkatkan.

Ketua Umumm PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya berkata, PKR juga menuntut supaya pendedahan Sanjeevan berkaitan penglibatan anggota/pegawai PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram turut disiasat serta membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Sri Sanjeevan, 29, parah di bahagian rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Taman Cempaka, Bahau kira-kira 4.30 petang dua hari lepas.

Ekoran itu, polis menubuhkan pasukan penyiasat berprofil tinggi bagi menyiasat kes itu. Percubaan Sri Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan anggota polis dengan sindiket jenayah, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Kekerapan kes-kes bunuh secara tembakan ala mafia kebelakangan ini yang antara lain menjadikan penjawat awam sebagai mangsa.

Sebelum ini turut mengorbankan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim, yang mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya tiga bulan lalu.

"Merujuk kepada kes Sanjeevan, kami difahamkan bahawa beliau sebelum ini turut menerima ancaman pada 11 April 2013 apabila diserang oleh empat lelaki bersenjatakan parang di basemen aras bawah di sebuah hotel di Kuala Lumpur, dan beberapa minggu lalu diekori oleh beberapa lelaki yang mencurigakan di Terminal LCC, Sepang.

"Insiden tembakan yang melibatkan beliau dua hari lalu turut berlaku beberapa jam selepas beliau memuatnaik tulisan di akaun Twitter miliknya bahawa beliau menerima ugutan tembak dipercayai dari anggota polis," kata Anwar.

PKR tidak menolak bahawa insiden yang menimpa Sanjeevan seperti yang telah dinyatakan oleh mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mungkin memiliki kaitan langsung dengan hasrat beliau untuk  mendedahkan penglibatan anggota/pegawai PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram.

Sehubungan dengan itu, PKR menyambut baik tindakan pantas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berjanji untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap kes ini.

PKR juga menuntut supaya pendedahan Sanjeevan berkaitan penglibatan anggota/pegawai PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram turut disiasat serta membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. 

No comments:

Post a Comment