Friday, December 10, 2010

Faekah: Desak TPM buktikan Selangor salahguna peruntukkan


Kemukakan bukti jika kerajaan negeri menyalahgunakan dana yang diberi oleh kerajaan pusat, itu yang dikatakan oleh setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika dihubungi oleh Selangorkini.
Menurutnya lagi, kerajaan pusat perlu memikirkan kesan kepada kampung-kampung dalam tindakan menyalurkan dana dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri, dengan menggunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
“Timbalan Perdana Menteri kena buktikan bahawa dana yang dia bagi sebelum ini kepada kerajaan negeri, secara langsung telah disalahgunakan baru dia boleh kata dia wujudkan JKKP kerana tidak mahu sebarang dana daripada pusat disalahgunakan,” jelasnya.
JKKKP ialah satu badan yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan selepas 8 Mac 2008. Ia bertindan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) sedia ada yang ditadbir oleh kerajaan negeri.
Ketua kampung menjadi pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Biasanya setiap kali mesyuarat JKKK, penghulu akan turut hadir.
Di empat kerajaan negeri Pakatan Rakyat, kerajaan pusat telah melantik lebih 3,000 anggota JKKKP – satu langkah yang dilihat sebagai usaha Barisan Nasional (BN) mahu mengawal pemimpin-pemimpin akar umbi di negeri-negeri terbabit.
Penubuhan ini juga mengelirukan rakyat kerana terdapat dua jawatankuasa berbeza seolah berlumba dalam mentadbir urusan di sesebuah tempat.
“Semua orang tahu dia wujudkan JKKKP itu kerana nak mewujudkan satu pentadbiran dalam pentadbiran kerana dia nak memecah belahkan  instituisi dalam kampung.
“Dia tidak mahu menerima kenyataan bahawa Kerajaan Negeri Selangor boleh bergerak sendiri dan juga mereka telah kalah di Selangor,” tambahnya lagi.
Faekah yang menjawab kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa kerajaan persekutuan hanya mahu memastikan peruntukan kewangan disalurkan kepada negeri diuruskan dengan berkesan.

No comments:

Post a Comment