Parti Rakyat Malaysia (PRM) sedang mengkaji dan mempertimbangkan cadangan untuk mengundang individu-individu dari parti politik, pertubuhan-pertubuhan dan orang-perseorangan yang selama ini selalu meyumbangkan idea-idea progresif untuk berbincang mencari jalan terbaik untuk masa depan negara. Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong dalam satu kenyataan kepada Malaysian Digest berkata, jika Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (JKP) PRM yang akan diadakan pada Ahad ini menerima cadangan tersebut, beberapa nama terkemuka akan dijemput menyertainya. “Mereka yang ada dalam senarai undangan termasuk veteran pejuang kemerdekaan Ishak Surin, Adun Dr Mohd Nasir, bekas menteri Zaid Ibrahim, Adun Teng Chang Kim, Adun Saari Sungib, Ahli Parlimen Khalid Samad dan Wee Choo Kiong, pakar Perlembagaan Profesor Aziz Bari, peguam hak asasi manusia Raja Aziz, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri dan lain-lain,” kata Koh. “Pada analisis dan telahan PRM, negara kita tidak dapat berkembang dan menemui jalan bantut dalam era globalasasi yang pesat ini, bahkan amat jelas menjadi mundur, dan tekanan kehidupan rakyat kian hari kian besar, puncanya ialah semua sumber dalam negara ini telah dikongkong dan dimanipulasi oleh segelintir elit yang memerintah, elit pemerintah ini bersekongkolan dengan modal asing yang monopoli dan tidak berproduktif, melaksanakan dasar yang semata-mata menjaga kepentingan kumpulan modal monopoli ini,” tambah beliau. Tambah beliau lagi, demi mencengkam dan mengawal sumber-sumber dan kekayaan dalam negara ini, modal monopoli ini mengada-adakan persengketaan, menyemai rasa curiga-mencurigai dan mencetus perpecahan antara kaum dan semua lapisan rakyat yang berlainan agama. “Pada jangkaan PRM, sekiranya keadaan seumpama ini tidak diubahkan atau ditransformasi, malapetaka buruk akan menimpa rakyat dan negara,” tambah beliau. Menurutnya lagi, seluruh pasaran dalaman dan antarabangsa telah dimanipulasi oleh kumpulan modal monopoli yang bersekongkolan dan rakyat perlu memecahkan keadaan monopoli itu untuk mendapat manfaat dan membawa kemakmuran dan keharmonian untuk negara. |
Friday, December 10, 2010
PRM: Perpaduan dan Perubahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment