Sunday, January 9, 2011

Akibat menjerat, Umno-apco kini terjeratrym

Hukum karma kini mula menghimpit umno-apco-BeEnd. Bak kata mat salleh 'What goes around, comes around'. Terlalu banyak hukum undang-undang hinggalah ke Perlembagaan yang telah dipinda bagi disesuaikan dengan kehendak umno-apco-Be End untuk mencengkam kuasa.
Jika pun ada undang-undang yang didapati tidak menyebelahi mereka, pengamal undang-undang termasuk hakim akan diumpan, diupah dan ditekan bagi membuat penghakiman yang menyebelahi kehendak mereka. Sebagai contoh, kes kuasa Speaker DUN Perak ketika umno-apco-BeEnd merampas negeri Perak daripada PR, kerajaan pilihan Rakyat.
Jelas dalam Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri, tidak ada mana-mana pihak termasuk mahkamah boleh mencabar apa-apa keputusan yang dibuat oleh Speaker di dalam Dewan Undangan Negeri.
Bila terhimpit dalam keadaan sebegitu, mereka telah 'memulas' tangan hakim agar mahkamah 'over rule' apa yang telah tercatat di dalam Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Akibatnya, satu entiti yang sepatutnya mengintepretasi dan mempertahankan Perlembagaan dan Undang-undang iaitu mahkamah, telah menceroboh kuasa entiti yang bertanggungjawab menggubal undang-undang iaitu DUN. Maka satu dahuluan (precedent) telah dibuat dan akan menjadi rujukan.
Baru-baru ini, apabila Speaker Parlimen melakukan tindakan yang dilihat tidak mengikut peraturan, pihak Pakatan Rakyat berhasrat mengheret Speaker ke mahkamah, maka riuh-rendahlah puak pencacai umno-apco BeEnd mengatakan tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan. Tiba-tiba kuasa Speaker kembali kebal dan tindakan Speaker tidak boleh dipersoal di dalam mana-mana mahkamah sedangkan sudah ada kes dahuluan yang telah mereka cipta di negeri Perak melibatkan Perlembagaan yang sama.
Sejahat-jahat negara Israel pun, ia tidak mempergunakan perlembagaan dan undang-undang mengikut sesuka hati. Tapi apalah sangat segala hukum-hakam perlembagaan ciptaan manusia. Hukum-hakam Allah SWT pun puak umno-apco-BeEnd boleh letak ke tepi demi mempertahankan kuasa. (Rujuk: Retro: Umno larang guna Al-Quran dan Hadith demi kekalkan kuasa).
Kemelut yang sama sedang membelenggu negeri Selangor dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang terang-terangan melanggar Perlembagaan yang telah umno-apco-BeEnd pinda pada tahun 1993 lalu. Mereka telah meminda perlembagaan bagi melucutkan kuasa Sultan dalam soal pelantikan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang negeri.
Kuasa memilih dan melantik pegawai-pegawai berkenaan telah diberikan kepada Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri. Menteri Besar atau Ketua Menteri selaku Ketua Eksekutif negeri hanya perlu memaklumkan kepada Sultan. Sama ada Sultan setuju atau tidak setuju, dalam tempoh 30 hari sebarang keputusan menjadi sah dan terpakai. Itulah inti pati penting Pindaan Perlembagaan 1993.
Dalam pertemuan antara TS Khalid Ibrahim (MB Selangor) dengan Sultan Selangor, perkara berkenaan telah disentuh dan Sultan Selangor akur terhadap bidang kuasa baginda yang telah dilucutkan melalui pindaan Perlembagaan 1993. (Rujuk: Kenyataan MB Selangor dalam isu Khusrin).
Bagi mengatasi kemelut 'SUK lantikan Ketua Setiausaha Negara' yang bertindak lebih MB daripada MB dan lebih Sultan daripada Sultan demi tunduk kepada kehendak umno-apco-BeEnd, TS Khalid bercadang mengadakan sidang khas Dewan Undangan negeri Selangor bagi meminda semula Undang-undang Tubuh kerajaan negeri Selangor untuk mengembalikan semula kuasa Sultan yang telah dilucutkan oleh umno-apco-BeEnd.
Dalam situasi ini, umno-apco-BeEnd akan tersepit sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat membuat usul pindaan berkenaan. Sebagai pihak yang sentiasa berlakon, mereka kononnya sentiasa menyebelahi Sultan dan raja-raja, kini mahu atau tidak mahu, mereka mesti berikan sokongan. Jika mereka cuba mengelak diri daripada memberikan sokongan terhadap usul pindaan berkenaan, jelaslah bahawa MEREKALAH YANG MENDERHAKA KEPADA RAJA. (Rujuk: Kali ini, suka atau tidak, umno kena sokong! )
Inilah lagi satu contoh sebaik-baik dan sehebat-hebatnya aturan dan perancangan ciptaan Allah. Allah SWT telah mengaturkan dalam DUN Selangor, PR tidak mempunyai jumlah ADUN yang mencukupi dua pertiga untuk meluluskan usul pindaan berkenaan secara bersendirian. Jadi usul ini perlu disokong oleh pihak umno-apco-BeEnd. Mereka terperangkap dengan jerat yang telah mereka pasang sebelum ini. Inilah keindahan aturan dan perancangan Allah (kepada yang mampu melihat). Jika PR mempunyai ADUN yang mencukpi dua pertiga, tidaklah umno-apco-BeEnd terseret dalam keadaan yang akan menghenyak mereka sebegini. Allahhuakbar!!!

Prof. Dr. Abdul Aziz Bari: Umno terjerat:   Pindaan Perlembagaan 1993, dedah tembelang kemelut di Selangor
Ketika Umno anti Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu, dan mahu kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja dikurangkan, presidennya, Tun Mahathir Mohamad telah  melakukan pindaan terhadap Perlembagaan dan kini tindakan memerangkap Umno sendiri.
Menegaskan perkara ini, pakar Perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, Umno terlupa bahawa Perlembagaan telah dipinda oleh pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila melalui pindaan itu mempertimbangkan "nasihat" hendaklah difaham sebagai "menerima nasihat".
Beliau berkata, Umno sebenarnya sudah lupa perlembagaan telah mereka pinda dan usaha untuk mensabotaj Kerajaan Selangor akan gagal kerana jalannya sudah ditutup oleh mereka sendiri dahulu.
Kata Aziz, isu penting dalam kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor ialah cara perlantikan dan ini perlu ditangani dengan cara yang telah ditetapkan.
Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jelas memperuntukkan bahawa Sultan diberi tanggung jawab melantik ahli ex-officio Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) termasuk Setiausaha Kerajaan, tegasnya.
Bagaimana pun, kata beliau, baginda Sultan diminta mempertimbangkan syor Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan sebelum itu mempertimbangkan nasihat Menteri Besar.
Jelas Aziz, nasihat itu mesti dipatuhi oleh sultan.
Aziz berkata Kerajaan Selangor boleh membawa isu ini ke mahkamah untuk mendapat penjelasan, dan bila ditanya tentang kebebasan mahkamah beliau menegaskan itu soal lain.
"Apa yang penting ialah kita ada masalah; yakni pertikaian tentang siapa yang benar dan ini perlu diselesaikan melalui tafsiran undang-undang oleh mahkamah.
"Memang selama ini mahkamah sentiasa mengikut telunjuk Umno. Jadi kita nak tengok kali ini apa mahkamah nak buat. Ke mana hakim nak pergi", jelasnya.
Pensyarah kanan UIAM itu berkata, apa pun keputusan mahkamah Umno tetap dalam dilema dan malu.
Sekiranya mahkamah hendak menyebelahi Umno dalam isu SUK Selangor ini ia terpaksa mengisytiharkan bahawa Pindaan 1994 yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu tidak sah, dan ini mempunyai kesan yang mendalam selain memalukan Umno sendiri khususnya Mahathir yang sekarang memainkan peranan penting dalam politik Umno, tegasnya.
Dengan kata lain untuk mempertahankan kedudukannya di Selangor, ujar Aziz,  Umno perlu mengorbankan ego dan maruah Mahathir.
Ditanya mengenai upacara angkat sumpah SUK di depan Sultan Selangor beliau berkata ia tidak dikehendaki oleh Perlembagaan kerana ia menetapkan bahawa upacara itu perlu dibuat di depan Menteri Besar.
"Walau apa pun angkat sumpah soal kedua, ia tidak berguna sekiranya pelantikannya sudah tidak sah. Yang penting pelantikan itu mesti dibuat dengan betul; yakni mengikut ketetapan Perlembagaan," tegas beliau.
Dalam soal ini Kerajaan Persekutuan, melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, telah melanggar Perlembagaan kerana mereka tidak ada peranan dan kuasa langsung dalam soal perlantikan SUK di Selangor dan negeri-negeri lain.
Kalau ada pun hanyalah bersifat pentadbiran dan ini perlu dibuat di dalam kerangka undang-undang yang begitu jelas sebagai mana yang dinyatakan tadi, ujarnya lagi.
Aziz juga mempersoalkan mengapa pelantikan SUK itu dibuat dengan tergesa-gesa.
"SUK tidak penting sangat. Lagipun penyandang yang ada boleh berkhidmat sehingga bulan Mac 2011. Mengapa dengan tiba-tiba beliau berhenti?
"Kalau itu tidak dapat dielakkan sekalipun, bukankah ada dua orang Timbalan SUK yang boleh memangku dan menjalankan kerja-kerja SUK?" soal beliau sambil menegaskan perlantikan itu boleh ditangguh dan tidak perlu dibuat dengan pantas.
Beliau menambah, perlembagaan negeri tidak menetapkan tempoh tertentu dan adalah tidak betul apabila Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Munir Bani menyalahkan kerajaan negeri yang didakwanya lambat menghantar calon untuk SUK.
Aziz mengimbau perletakan jawatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 1997 selepas ditahan di Australia.
"Menteri Besar amat penting kerana beliau adalah tonggak kerajaan. Dalam kes Muhammad itu, Selangor ketika itu sebenarnya tidak ada kerajaan kerana apabila Menteri Besar meletakkan jawatan, semua Exco secara automatik juga meletakkan jawatan bersamanya.
Bagaimanapun Almarhum Sultan ketika itu menyerahkan kepada Mahathir untuk memberi calon baru dan ini mengambil masa beberapa bulan, ujar beliau.
Aziz mempersoalkan sekiranya Selangor boleh bergerak tanpa kerajaan selama beberapa bulan apalah sangat dengan SUK; apatah lagi apabila jawatan itu boleh dipangku oleh pegawai lain. 

Kitu tunggu dan lihat apa iblis utusan ini akan meracau dalam isu usul pindaan berkenaan selepas ini...

No comments:

Post a Comment