Sunday, January 9, 2011

Sebuah permohonan: Sentuhan Ilahi

Oleh Kassim Muhammad
Ramai-ramailah bersolat, berdoa dan merayu (Tempat: Stadium Melawati Shah Alam, Ahad 9 Jan 2011, jam 8 malam: Acara Solat Hajat Perdana dan Ceramah Mega.) Ada yang menyebutnya sebagai ‘dummy’, ada juga mengatakan bahawa itu adalah ‘diversion’ (lencongan). Bagi anak-anak muda yang gemar menonton bola sepak, ‘dummy’ itu satu istilah yang biasa mereka dengari dalam ulasan selari/pandangan mata bola sepak.


Lencongan atau ‘diversion’ kerap kita temui semasa kerja-kerja pembinaan dilaksanakan. Aliran trafik atau air dialihkan dengan menggunakan lencongan supaya kerja-kerja pembinaan dapat berjalan lancar.
Dalam politik, suasana yang kisruh dan segala hingar bingar kadang-kadang dicipta@disengajakan supaya tumpuan musuh dapat dialihkan buat sementara waktu. Biasanya ini berlaku apabila musuh diserang gencar dan bertubi-tubi atau mereka sedang menghadapi terlalu banyak masalah dalaman besar-besar yang perlu dileraikan segera atau mungkin mereka sudah terlalu penat dan memerlukan masa untuk bernafas:
Keputusan ‘open verdict’ Koroner berhubung kematian Teoh Beng Hock, Cerita gadis Mongolia yang terus-terusan tenggelam dan timbul semula, Kisah Pak Menteri yang katanya merogol amahnya... Pilihan raya kecil di kubu kuat sendiri yang tidak begitu menenangkan jiwa penguasa itu. Senarainya sememangnya jauh lebih panjang...
Buat melegakan kedudukan buat sementara waktu@seketika, perhatian musuh ― dengan sengaja ― mestilah dialihkan ke tempat lain. Untuk itu, lencongan@diversion perlu dibina dengan segera yang mungkin:
Apakah yang disenaraikan di bawah ini dapat dikategorikan sebagai lencongan?
Novel ‘Intelok’ yang katanya menghina kaum India Dakwaan terhadap itu mantan doktor gigi Cadangan penubuhan IRC untuk membungkus kekal kes Toeh Beng Hock
ii.
Kemelut SUK yang disengajakan di Selangor bukanlah lencongan tetapi sebahagian daripada strategi utama@rekabentuk meganya. Bagi mereka, langkah dan gerak geri musuh mestilah diketahui sepenuhnya dan segala kerja buat yang baik-baik mestilah dilambat-lambatkan. Untuk mencapai kejayaan, tidak ada yang lebih baik daripada memasuki kelambu Kerajaan Pakatan Rakyat. Musuh dalam selimut sangat baik untuk meruntuhkan segala macam lawan.
Ya, bagi kita serangan terhadap Selangor bukanlah satu lencongan@diversion kerana itu adalah jurus terbaru yang termasuk dalam siri-siri serangannya terhadap negeri yang terkaya itu.
Isu air yang dikuasai kroni sudah menjadi terlalu besar sehingga segala macam cirit birit mereka telahpun terburai.
Bayangkan mahasiswa yang sekian lama dikurung juga sudah turun untuk menyatakan pendirian mereka! Ini semua tak baik untuk pemerintah.
Pendek kata, Negeri Selangor tidak boleh lagi dibiarkan kekal di bawah Pakatan Rakyat.
Ada kroni@cukong besar yang sangat bimbang dengan segala kerja baik Kerajaan Pakatan dalam menguruskan air. Pendedahan-pendedahan kebejatan seperti gaji CEO yang hampir setengah juta sebulan itu, tidak baik diketahui oleh rakyat jelata.
Lagi lama tidak dirampas, terlalu banyak lagi banyak yang bakal terburai. Dan ini sangatlah tidak mesra untuk para cukong dan kroni.
Maka serangan terbaru terhadap Negeri Selangor dengan melibatkan hal-hal yang biasanya taboo dalam negara ini, lebih-lebih lagi kepada orang-orang Melayu mestilah digunakan sepenuhnya.
(Kisah melipurkan segala lara yang melibatkan misalnya kuasa Melayu akan hilang dan Islam sebenarnya dalam bahaya dan tercemaryang amat sangat sudah tidak begitu lut dalam kalangan rakyat. Kini yang bersisa dan mungkin dapat diguanapakai di sesetengah negeri, ialah kisah durhaka dan kemurkaan yang berkaitan dengannya. Oleh sebab itu, skrip untuk episod sembah durhaka itu mesti dipentaskan semula...)
Jeratnya mestilah dipasang baik-baik supaya racik sembah durhaka ini dapat membidas dengan berkesan. Apakah orang-orang Melayu termakan atau ada orang lain yang bakal terbidas/dibidas jeratnya?
Kita tunggu dan lihat?
Sebagai permulaan Pas Pusat telah merancang sesuatu. Untuk itu seluruh rakyat jelata khususnya rakyat Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri-Negeri yang berdekatan bolehlah membanjiri stadium Melawati untuk merayu secara langsung kepada Maha PenciptaNya. MeRayulah sebagai rakyat yang telah dizalimi sang penzalim.
Silalah datang beramai-ramai untuk sama-sama sembahyang, berdoa, merayu dan memaklumkan kepada yang Maha Esa tentang nasibnya sebagai rakyat jelata...
iii.
Dalam permainan bola sepak, ada orang berkata bahawa strategi pertahanan yang paling baik ialah dengan menyerang.
Apakah bentuk-bentuk serangan Pakatan Rakyat, setelah musuh dengan begitu kotor sekali telah menyerang Selangor?
Apakah kita sekadar tunggu dan ― bertahan?

No comments:

Post a Comment