Oleh Zolkharnain Abidin
Shahidan Kassim bercadang mentalqinkan Umno Perlis pimpinan Mat Isa. Dia sangat berharap kalau dia sendiri jadi Pengerusi Umno Perlis. Kalau tidak pun, Muhyiddin sendiri. Paling penting bukan Mat Isa.
Impiannya tidak menjadi nyata, Mat Isa tetap kekal dan paling menikam kalbu dia pula dilantik orang nombor dua kepada Mat Isa.
Lantaklah apa nak jadi dengan Umno Perlis. Semenjak sekian lama, cerita Umno Perlis berkelahi sama sendiri tak pernah habis.
Shahidan ada musuh, Mat Isa ada musuh. Yakinlah, kalau naik Muhyiddin pun, dia akan terima nasib lebih kurang macam Shafie Afdhal di Kedah. Dia juga ada musuh. Silap perkiraan, jika Muhyiddin cenderung kepada Sh
ahidan, dia bermusuh dengan Mat Isa. Demikian sebaliknya.
ahidan, dia bermusuh dengan Mat Isa. Demikian sebaliknya.
Bagi Shahidan, Mat Isa belum terbukti jasanya. Kerusi MB yang Mat Isa duduk sekarang ini dilagang oleh Shahidan. Umno Perlis menang adalah dengan jasa Shahidan, bukan jasa Mat Isa. Demikian wirid Shahidan saban hari.
Walau pun ramai orang tak suka Shahidan, tapi Mat Isa tak boleh nafi Shahidan berjasa kepada Umno Perlis. Orang belum nampak jasa Mat Isa memenangkan Umno. Dan, orang pun tahu, Mat Isa bukan jenis orang yang bijak bertarung. Dia menang kerana orang kata dia ‘bagus’.
Orang boleh terima Shahidan sebab ‘duit’ Shahidan. Orang tak kisah sangat dengan fiil perangai Shahidan kerana dia ada duit. Walau pun orang kata Mat Isa ‘bagus’, tetapi bagi mereka Shahidan ‘lebih bagus’ kerana dia seorang yang ‘pemurah’.
Tanya orang Perlis, siapa yang tidak pernah terima duit daripada Shahidan. Ketua jabatan, pegawai kanan kerajaan, orang Thailand, penghulu, imam, bilal, JKKK usah ditanya lagi.
Hatta orang nombor satu PAS sendiri pun pernah terima duit daripada Shahidan. Saya pun pernah menerimanya. Pendek kata, kalau nak banding Mat Isa dengan Shahidan dari sudut duit, subuh-subuh lagi Mat Isa kalah.
Bagi orang Perlis, Mat Isa bagus tapi dia tidak punya kekuatan dan kewibawaan sebagai ketua dan pemimpin. Shahidan pula walau pun fiil perangainya agak ‘gedebe’ sikit, tapi orang nampak dia lebih berwibawa daripada Mat Isa dalam memimpin.
Pendek kata, perang saudara antara Mat Isa dengan gerombolannya berhadapan dengan Shahidan dan konco-konconya hanya akan berakhir dengan peristiwa kiamat sahaja. Selagi tidak kiamat, selagi itulah mereka akan terus bertarung, samada secara senyap atau secara nyata.
Adakah Shahidan akan berjaya mentalqinkan Umno Perlis? Rasanya tidak. Tetapi jika dikatakan Shahidan berusaha mentalqinkan Umno Mat Isa, mungkin ya.
Shahidan sedang mencaturkan supaya orang-orangnya terpilih sebagai calon dalam PRU akan datang. Orang penting yang bakal ditampilkan Shahidan adalah adiknya sendiri, Ismail Kassim, ahli parlimen Arau.
Jika dia berjaya menempatkan adiknya di DUN Tambun Tulang, tidak mustahil adiknya bakal menduduki kerusi MB. Itu pun jika usaha menempatkan adiknya itu berjaya.
Kalau tidak adiknya pun, orang-orangnya. Khabarnya, exco Perlis sendiri sebahagian besarnya adalah orang-orang Shahidan, apatah lagi wakil-wakil rakyat yang lain.
Sekali lagi, lantaklah apa nak jadi dengan Umno Perlis. Buat orang PAS Perlis, usahlah diwiridkan sangat mengenai kekecohan Umno Perlis. Kesannya kepada PAS tidak setara mana. Kalau kekecohan mereka berkesan, tentu sudah lama Umno Perlis tersembam.
Mereka ibarat sekumpulan binatang pemangsa. Mereka memang nampak seperti bertarung sesama sendiri, tetapi apabila mereka nampak habuan, mereka bersatu mengejar habuan itu. Pemimpin Umno sentiasa bersatu kerana habuan.
Bagaimana peluang PAS di Perlis? Entahlah. Namun khabarnya DUN Indera Kayangan, kawasan majoriti pengundi Cina berpotensi untuk menang. Tapi kerusi itu, de factonya milik PKR.
Kerusi Titi Tinggi juga sama situasinya dengan Indera Kayanga. PRU yang lalu, di DUN itu, PKR masuk, bebas pun masuk. Orang Perlis pula tahu siapa calon bebas itu. PRU akan datang macam mana? Entah, usah ditanya sama saya.
DUN Pauh hampir sama dengan Titi Tinggi dan Indera Kayangan. Kerusi ini pernah ditandingi oleh PKR tetapi orangnya adalah PAS. Secara faktanya, kerusi ini milik PAS. Calonnya akan datang, siapa? Entahlah…
DUN lain yang majoriti pengundi Melayu macam mana pula? Entahlah…Kalau hujan ada awannya, kalau api ada asapnya, kalau unta ada tahinya.
Namun, untuk kemenangan kita di Perlis, mudah-mudahan ada tandanya.
No comments:
Post a Comment