Malah, Aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohd Aizat Mohd Salleh menyeru mahasiswa supaya memberi peluang kepada Pakatan untuk diberi mandat dalam pilihan raya umum akan datang, supaya janji-janji berkenaan dapat dilaksanakan.
“Seperkara yang tidak dibuat dan tidak diusahakan pun oleh kerajaan BN pada hari ini adalah menyelesaikan kemelut anak muda ini iaitu bagaimana semua rakyat itu boleh mendapat pendidikan tanpa bebanan, kerana pendidikan merupakan tanggungjawab asasi yang perlu dimiliki oleh rakyat seperti juga air,” kata Mohd Aizat dalam satu kenyataan.
Menurutnya, polisi kerajaan hari ini, yang mewajibkan mahasiswa yang telah menamatkan pengajian di Universiti membayar semula pinjaman PTPTN dalam masa enam bulan, membebankan pelajar.
Sehubungan itu katanya, beliau mahu menarik perhatian mahasiswa dengan janji Pakatan dalam Buku Jingga berkenaan, antaranya memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan, hanya selepas peminjam mendapat pekerjaan tetap.
“Oleh hal yang demikian, saya bukan mahu ‘mengangkat bakul’ kepada janji PR ini, namun ia adalah pendekatan serta penyelesaian realistik yang wajar anak muda hari ini beri perhatian.
“Setidak-tidaknya ‘suara’ mahasiswa dan anak muda didengari oleh pemimpin PR, dan apa salahnya memberi peluang kepada PR mandat memimpin kerajaan Malaysia. Jika janji ini ditepati, maka pada penggal akan datang anak muda wajar meneruskan sokongan. Jika tidak, kita beralih kepada yang lebih baik. Mudah saja,”katanya.
No comments:
Post a Comment