Sunday, January 9, 2011

Jeffrey Keluar Parti Hanya Beri Impak Minima

KELANA JAYA 9 JAN: Penarikan diri oleh Datuk Jeffrey Kitingan dan 26 lagi ahli daripada PKR beberapa hari lalu hanya memberikan impak yang amat sedikit terhadap parti dan cabang asal Jeffrey iaitu Pensingan.
Dalam satu sidang media di ibupejabat PKR petang tadi, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan media arus perdana telah mengembar gemburkan isu tersebut.
"Yang menjadi isu ialah semasa saya sampai, keluar berita, satunya mengenai 27 anggota parti mengumumkan akan menyertai Barisan Bersatu Borneo(UBF), di mana sembilan daripada mereka adalah yang telah digantung ekoran keterlibatan dalam pewujudan Parti Cinta Sabah. Belumpun tempoh penggantungan berakhir, mereka telah memutuskan untuk menyertai UBF," jelas Saifuddin.
Beliau berkata, isu ini diperbesarkan lagi oleh media arus perdana kononnya berlaku satu situasi ahli keluar parti besar-besaran hanya kerana beberapa ahli pimpinan cabang turut serta keluar parti pada masa itu.
Katanya lagi, dalam perjumpaan terbaru beliau dengan pimpinan cabang-cabang negeri Sabah pada 6 Januari lalu, beliau dimaklumkan bahawa tiada seorangpun ahli jawatankuasa Cabang Pensiangan yang turut beserta Jeffrey keluar parti.
"Cabang Pensiangan ketuanya Jeffrey Kitingan, timbalannya memaklumkan kepada saya, pemergian Jeffrey meninggalkan parti tidak diikuti oleh mana-mana annggota pemegang jawatan, samada ahli jawatankuasa (AJK) cabang, Angkatan Muda mahupun Wanita. Begitu juga beberapa cabang lain yang menyaksikan pimpinan keluar tetapi tidak disertai dengan penarikan diri beramai-ramai daripada parti," jelas beliau lagi.
Ditanyakan berkenaan dakwaan berlakunya kekecohan semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) baru-baru ini, beliau menjelaskan kedua-dua mesyuarat yang diadakan dalam tempoh sebulan lalu berjalan dengan amat lancar.
"Umumnya saya tidak melihat, sekurang-kurangnya pada dua 'event' yang saya hadiri, ia berlangsung dengan baik daripada awal hingga akhir tak seperti gegak gempita atau porak peranda seperti yang digambarkan," kata beliau lagi.

No comments:

Post a Comment